Pages

|

Ahad, 8 Disember 2013

Obsesi


*******

NURIZYAN menghirup perlahan secangkir Nescafe panas sambil menikmati kedinginan udara pagi di balkoni chalet  tempat dia menginap. Sesekali dia menggigil kesejukan apabila bayu menyapa tubuhnya. Bunyi deruan ombak dan air laut pasang sudah cukup mendamaikan hati dan menenangkan mindanya pada pagi itu.

             Stres dengan kerjayanya, minggu ini dia mahu menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan. Kerjayanya sebagai CEO di sebuah syarikat perkapalan milik keluarganya ternyata bukan kerja yang mudah seperti yang disangkakan. Tanggungjawabnya untuk menanda tangani kontrak, menyemak fail projek, meluluskan projek, melawati tapak projek dan beberapa tugas sampingan yang lain membuatkan dirinya terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berehat. Nasib baik dia masih lagi bujang. Kalau tidak, ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Mana tahan! Itupun Mama dan Papa sibuk tanya bila dia hendak berkahwin.

            "Yan, kamu sampai bila nak jadi macam ni?"soal Mama.

"Jadi macam ni, macam mana pula Mama?"Nurizyan sengaja buat tidak faham.

            "Kamu tu, sampai bila nak membujang? Kalau tak ada calon, biar Mama dan Papa tolong carikan,"Mama memberi cadangan.

            "Alah Ma. Soal kahwin ni nanti dulu lah. Yan sibuklah dengan kerja. Nanti macam mana nak bahagikan masa? Dengan tanggungjawab di pejabat, nak jadi isteri orang lagi. Jaga anak. I am not ready yet,"jelas Nurizyan.

            "Umur kamu dah 27 tahun. Bila lagi kamu nak kahwin? Takkan nak jadi anak dara tua? Bukan tiada yang minat kamu. Kamu cantik, berpendidikan, ada stail lagi. Kalau ada suami nanti tak adalah Mama risau sebab ada orang akan jaga kamu nanti,"Mama tetap mempersoalkan tentang hal itu.

            "Anak dara tua pun tak apalah Ma. Kalau ada jodoh adalah. Tapi buat masa sekarang ni, Yan nak tumpu pada kerjaya Yan dulu. Yan tak bersedia lagi. Tak apa Ma, Yan boleh jaga diri,"ujar Nurizyan cuba meyakinkan Mama.

            Akhirnya Mama menghela keluhan berat. Mama tidak berkata apa. Terus menapak pergi meninggalkan Nurizyan dengan fail-fail kerjanya diatas meja.

            "Suka hati kamulah Nurizyan. Malas Mama nak cakap lagi,"ujar Mama dalam hati. Sedikit kecewa dengan sikap Nurizyan yang degil.

Chirp chirp !!!

            Nurizyan tersedar dari lamunannya lalu segera mencapai Iphone 5 yang berada di atas meja. "One Message Received." Butang 'Read' ditekan.

            Yan, I really love you. Love you so much.

            Wajah Nurizyan mula berkerut. Dia memeriksa nombor penghantar mesej tersebut,

            "Private number? Siapa ni?? Mesti prank dari member terdekat ni !"tebak Nurizyan sambil menekan terus butang "Delete Message". Malas mahu melayan.

            Tiba-tiba...

Ding dong!!

            Tidak semena-mena jantungnya mula berdegup kencang. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Ah, pekerja chalet kot. Dalam keadaan diri yang sedikit cuak, dia melangkah perlahan mendekati pintu utama. Dia mengintai keadaan di luar melalui lubang yang ada dipintu.

            Seorang lelaki yang dalam lingkungan usia awal 20-an, berambut lurus rapi tersikat dengan berpakaian seperti pekerja Awana Resort. Boleh tahan kacak juga budak ni. Nurizyan tersenyum.

            "Like I guess, pekerja chalet. Fuh!"dia menghela nafas lega lalu segera membuka pintu.

            "Yes? Ada apa ya?"soal Nurizyan sambil tubuhnya disembunyikan disebalik pintu. Dia terlupa untuk memakai pakaian yang lebih sopan. Seksi. Kalau tunjuk diri, ada juga yang kena 'terkam' nanti.

            "Ada orang bagi akak ni. Katanya ini hadiah untuk akak,"ujar lelaki itu sambil menghulur sebuah kotak yang bersaiz sederhana berwarna coklat dan juga sekeping kad berwarna merah kepada Nurizyan.

            "Sorry tangan kiri. Siapa bagi?"soal Nurizyan pelik sambil hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kotak bertukar tangan.

            "Entah. Dia pakai sweater biru gelap, pakai capjeans hitam. Katanya kawan lama akak. Tapi dia tak bagitahu pula namanya. Lepas bagi saya benda ni, dia terus bla,"jelas pemuda yang bernama 'Haikal' itu. Sempat Nurizyan mengerlingkan pandangan ke arah tag nama yang terlekat pada kemeja putih yang membaluti tubuh tegap pemuda itu. Diamati wajah pemuda dari atas sampai bawah. Budak ni nampak macam tak mencurigakan. Dari riak wajahnya dia seorang yang jujur dan lurus bendul. Mungkin.

            "Tak apalah. Terima kasih,"ucap Nurizyan sambil mengukir senyuman manis menggoda. Sengaja. Kadangkala, dia sendiri suka menyakat hati dan perasaan lelaki. Kadangkala dia suka menjadi perhatian orang ramai.

            "Sama-sama,"Haikal menundukkan kepala. Enggan memandang senyuman Nurizyan sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita itu dengan mainan fikirannya. Dia teringat tentang firman Allah dalam al-Quran supaya menundukkan dan menjaga pandangan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dia berusaha mematuhi perintah Allah itu.

            Namun, tidak pula bagi Nurizyan. Dia berasa seolah dirinya terhina kerana tidak dipandang. Begitulah wanita sekarang, dididik oleh media massa yang dipengaruhi Barat untuk kelihatan cantik dan menggoda semata-mata untuk dipandang dan dipuji ajnabi.

            "Ish budak ni. Orang senyum kat dia, bukan nak balas ke apa. Sombong betul!"bebel Nurizyan dalam hati sambil menutup pintu.

            Kotak yang baru diterimanya tadi diletakkan di atas katil seraya melabuhkan punggungnya diatas katil empuk beralaskan cadar baldu itu.

            Siapa pula yang bagi aku kotak ni? Fikirannya tidak berhenti memikir siapakah gerangan yang memberinya hadiah. Hatinya berbaur dengan perasaan hairan, curious, takut dan sedikit seronok. Yalah siapa yang tak suka apabila diberi hadiah kan? Cuma, pemberi hadiah yang tidak diketahui identiti membuatkan dirinya berasa hairan. Bimbang ntah apalah yang terisi di dalam kota tersebut. Mana tahu bom ke, binatang liar ke, who knows right?

            Nurizyan tidak menunggu lama lagi, dia terlebih dahulu membuka kepingan kad merah yang ditaruh di atas kotak.

             Hadiah ini khas untuk Nurizyan yang I sayang. I love you so much sayang. Please accept my heart.

               White roses with blood on it

               I give my heart to you, for you to keep it

               Like or not, you still have to believe it

               That I am always with you in 'it'.

-   Hafif 

"Hafif?? W-who the hell is this?!"Nurizyan tak sabar lagi. Dia segera membuka cellophane tape yang menutup kotak itu. Lalu, 'mulut' kotak dibuka.

Tiba-tiba ada satu bau yang hanyir dan busuk menusuk ke hidungnya.

"W-whatt ?! Apa semua ni ?!!!"

***

             "Dia bagi kau apa Yan?"soal wanita yang berambut pendek berkemeja T biru itu sambil duduk di samping Nurizyan di atas katil.

"Ni ha.."Nurizyan mengambil sebuah kotak coklat dan sekeping kad merah yang diterimanya pagi tadi lalu dihulurkan kepada sahabatnya itu. Muka Nurizyan berubah masam. "Kau tengok sendirilah Pipah."

             Kotak dan kad bertukar tangan. Afifah segera membuka kotak tersebut. Kad berwarna merah diletakkan disisinya. Mungkin dia lebih berminat untuk tahu apa yang ada di dalam kotak itu.

             "What is this?! Setangkai ros putih berdarah dengan segumpal... jantung?!"Afifah terkejut seusai sahaja membuka kotak coklat tersebut. Dia membelek-belek jantung yang berbau hanyir dengan darah yang masih segar melekat padanya. Dia sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru memang tahu sedikit sebanyak tentang anatomi dan pembedahan.

             "Ini darah fresh ni Yan! Siapa bagi kau benda ni?!"soal Afifah masih dalam keadaan terkejut. Namun dia tidak secuak Nurizyan kerana dia sudah terbiasa dengan darah pesakit-pesakit di hospital, malah pernah membantu doktor di dalam bilik pembedahan. 

"Tadi ada budak resort hantar aku benda ni. Katanya ada orang bagi. Tapi tak tahu siapa,"jelas Nurizyan sambil meraup wajahnya yang putih gebu itu.

             "Entah-entah budak tu yang bagi kau tak?"Afifah menebak.

"Ish bukanlah! Aku tak suspek dia. Aku rasa bukan dia. Tapi... Entahlah. I have no idea siapa si gila yang berani hantar aku benda-benda macam ni. Bodoh betullah! Serious not funny!"Nurizyan seakan mahu menangis. Dia takut. Teramat takut dengan apa yang dia hadapi sekarang ini.

             "Mana kau tahu Yan? Who knows dia stalk kau sejak awal kau masuk sini? Anyway, kenapa kau tak buang je benda ni?"soal Afifah lagi.

"Aku nak tunjuk dekat polis. Sebagai bahan bukti. Pipah macam mana ni?? Aku takut..."Nurizyan meluah rasa takut pada sahabat karibnya itu. Tubir kelopak matanya mula berembun. Biji mata mula berkaca. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Afifah.

             "Dah.. dah... Yan. Jangan menangis please? Aku kan ada?"pujuk Afifah. Kepala Nurizyan dibawa ke atas pehanya. Jemarinya membelai lembut rambut sahabatnya itu.

"Terima kasih Pipah sebab selalu ada dengan aku,"ucap Nurizyan terharu dengan keprihatinan sahabat yang dikenalinya semenjak mereka kolej lagi.

             "Sama-sama,"jawab Afifah sambil mengukir segaris senyuman.

             Afifah terpaksa pulang selepas itu kerana sudah lewat malam, dia tidak dapat menemani Nurizyan di resort kerana keesokan harinya dia ada on call

             "Kalau ada apa-apa bagitahu aku tau Izyan." Ucap Afifah sebelum berlalu pergi.

             Nurizyan hanya mengangguk faham.

***

             Nurizyan terduduk di sudut bilik sambil menangis teresak-esak melihat tiga buah kotak yang berisi benda-benda yang menakutkan. Jantung dan ros putih berdarah, tangan wanita yang jarinya manisnya bercincin berlian dan anak patung beruang yang terburai isi dengan ulat-ulat sampah di dalamnya.

             Setiap hari dia mendapat mesej daripada orang yang tidak dikenali dengan mesej-mesej ungkapan cinta yang menakutkan. Stalker. Mungkin itu semua kerja orang yang selalu memerhatikannnya.

"Apa yang buat dia terlalu obses dengan aku, sampai hantar aku benda-benda yang menakutkan ni?"soal Nurizyan dalam esakan.  Air matanya tidak berhenti mengalir kerana takut dengan keadaan yang dihadapinya.

             Dia mahu pulang tetapi tidak boleh kerana satu-satunya jambatan yang menghubungkan resort dengan bandar telah runtuh akibat banjir besar yang melanda. Keretanya pula rosak dan tidak dapat di hantarkan ke bengkel. Dia seolah-olah tiada pilihan lain melainkan tetap terus tinggal di resort itu.

             Dia cuba menghubungi Afifah, tapi gagal. Line coverage Maxis tiba-tiba tidak ada. Dia cuba menggunakan telefon resort tetapi receptionist cakap line telefon terputus akibat banjir kilat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Damn! Nurizyan menghentak lantai. Geram.

             Sudah tiga hari dia tidak keluar dari chalet. Bimbang dia diekori dan dilakukan apa-apa kepadanya. Dia hanya meminta Haikal untuk membelikan dan mendapatkan segalanya untuk dia. Dia percaya pada Haikal kerana wajah Haikal tidak seperti penjenayah langsung. Malah Nurizyan amat berterima kasih kepada Haikal kerana hanya dia selama ini yang banyak membantunya. Teringin untuk dia beri sesuatu untuk membalas jasa-jasa Haikal.

             Dia bangun lalu menyimpan kotak-kotak pemberian pemerhatinya itu di bawah meja solek. Dia merebahkan diri di atas katil. Hendak melayari internet pun tak boleh sebab memang tidak ada line. Dia kebosanan. Sangat bosan. Dia perlukan penghibur, perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah dan ceritanya. Haikal!

             Cepat jemari menekan butang 1 untuk memanggil room service yang biasanya dilakukan oleh Haikal. Tidak lama kemudian, Haikal datang.

Ding dong!!

             Nurizyan bangun dari katilnya lalu berlari ke arah pintu utama. Pintu dibuka. Kelihatan Haikal berdiri di depan pintu sambil wajahnya seperti biasa, tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Hanya Nurizyan yang tampak teruja melihat wajah tampan Haikal itu.

"Masuklah,"ajak Nurizyan sambil mengukir senyuman.

             "Buat apa kak?"soal Haikal bingung.

"Service lah,"jawab Nurizyan. Dia berhenti tersenyum. Bimbang Haikal takut pula dengannya. Dia bukan gila. Cuma suka melihat wajah tampan Haikal yang ibarat wajah Edward Cullen, artis Barat yang membintangi filem Twilight itu.

             Haikal melangkah masuk ke dalam chalet Nurizyan. Bersih lagi. Tidak ada apa sangat untuk dikemaskan melainkan katil yang sedikit bersepah. Haikal segera membetulkan cadar dan kedudukan bantal.

             "Dah kak. Saya rasa itu je kot. Saya minta diri dulu,"Haikal cepat meminta diri untuk kembali kepada tugasnya yang lain. Bimbang jika terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap dirinya dan wanita cantik itu.

             Memang Haikal akui, wanita yang bernama Nurizyan itu sangat cantik. Tapi dia tidak mahu terjebak dalam perkara yang membuat Allah murka. Ah! Tak sanggup untuk aku masuk neraka hanya kerana pandangan mata.

"Eh kejaplah. I nak tanya sikit ni. Duduk dulu,"Nurizyan cuba melengahkan Haikal.

             Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa dia kak?"soalnya mahu tak mahu sambil melabuhkan punggungnya diatas katil.

"Siapa selain I yang tinggal di resort ni?"soal Nurizyan yang masih berdiri di balkoni menatap keindahan pantai di waktu senja.

             "Tak ramai. Sebab bukan cuti sekolah. Hanya tiga orang yang menginap di resort kami ni. Satu pasangan dan seorang lagi lelaki tua yang kaya raya. Kenapa kak?"

"Tak ada apa, cuma bertanya sahaja. Yalah, dah tiga hari I kat tinggal sini, bermacam hadiah pelik dan menakutkan yang I dapat. I takutlah,"luah Nurizyan sambil duduk disebelah Haikal dan menghela nafas berat.

             Tiba-tiba Haikal berasa tidak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang. Mana tidaknya, seorang wanita cantik hanya berbaju tidur yang nipis dan jarang duduk di sebelahnya. Sungguh teruji imannya ketika itu. Syaitan pun mula menggelojakkan nafsu Haikal yang kini tidak menentu.

             Haikal membisu. Tidak memandang. Dia menjarakkan dirinya sedikit daripada wanita itu.

"Boleh tak you teman I malam ni? I takut dia datang ganggu lagi,"

             "Err...kak. Maaf. Saya ada kerja lain ni. Saya minta diri dulu,"Haikal segera berdiri dan bersedia untuk pergi meninggalkan chalet itu. Dia rasa lain macam dengan Nurizyan.

"Eh, tunggulah dulu. I seorang je kat sini. Tak kesian kat I ke? Pleaseee..."Nurizyan merayu sambil menggenggam pergelangan tangan Haikal.

             Seluruh badan Haikal menjadi seram sejuk. Bulu roma berdiri bagaikan terkena renjatan. Jantungnya bertambah laju degupannya. Selama ini dia tidak pernah dipegang wanita mahupun memegang wanita. Ini kali pertama.

             "Aduh apa aku yang nak buat sekarang ni? Nak tolak membazir peluang pulak,"ujar Haikal di dalam hati. Dia lemah digoda Nurizyan. Akhirnya dia memilih untuk kembali duduk diatas katil bercadar baldu putih itu. Nafsunya berombak. Syaitan tersenyum gembira melihat lelaki yang tampak beriman akhirnya jatuh ke tangan seorang perempuan.

Kedua belah tangan Nurizyan yang lembut merayap ke dada tegap Haikal lalu menolak perlahan tubuh Haikal jatuh ke katil. Nurizyan tersenyum nakal. Dan selepas itu...

***

KRINGGG!!
Alarm telefon bimbit Haikal berbunyi bingit.

            Haikal terjaga dari tidurnya, dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan diatas meja disebelah katil tempat dia berbaring. Alarm dimatikan. Sepi.

              Dia melihat Nurizyan masih terlena disampingnya.

"Nasib baik dia tak terjaga,"dibelai lembut rambut wanita lalu mengucup dahi Nurizyan.

              Dia teringat lagi luahan perasaan Nurizyan terhadapnya. Suara Nurizyan yang manja itu masih terngiang ditelinga.

"I love you Haikal. So much,"

               Namun segera dimatikan lamunannya itu. Sudah pukul tepat 8 pagi. Dia sudah terlambat.

"Bos tentu marah sebab aku lambat hari ni. Adeh."

              "Terima kasih kak,"ucap Haikal sambil tersenyum. Sungguh, kenikmatan yang dilaluinya semalam tidak bisa diucap dengan kata-kata. Puas meskipun tahu pasti Allah akan membalas maksiat yang dilakukannya.

"Ah! Tuhan kan Maha Pengampun. Nanti aku taubatlah. Sekali je pun,"getus Haikal dalam hati seakan tiada sedikit pun rasa bersalah diatas perbuatannya semalam.

              Dia perlahan-lahan bangun dari katil. Tidak mahu Nurizyan terjaga dari tidurnya. Dia mencapai seluar slack hitam dan kemeja putihnya di lantai lalu menyarungnya dengan segera.

              Haikal keluar dari chalet itu dengan senang hati. Mungkin malam nanti dia akan datang lagi untuk menemui Nurizyan, teman wanitanya. Teman wanita? Mungkin.

Tidak jauh dia berjalan keluar dari bilik Nurizyan, tiba-tiba...

BAMM!!!

               Terasa kepalanya dihentak dari belakang oleh satu objek tumpul yang keras. Kepalanya mula pening. Pandangannya kabur dan kemudian... gelap. Dia rebah ke bumi.

***

              NURIZYAN terjaga dari tidur setelah merasakan Haikal sudah tiada disisinya. Dia mencari kelibat lelaki itu disekeliling tetapi tiada.

              "Mungkin dia dah pergi. Tak apalah. Asalkan perasaan aku sudah terluah. Dan kini, risau dan gundah aku sudah berkurang,"bisik hatinya sambil tersenyum.

              Dia bangkit dan turun dari katil, lalu membaluti tubuhnya dengan tuala. Segera dia ke tandas untuk mandi. Dia tidak mahu terlewat untuk sarapan. Bimbang gastriknya datang lagi.

20 minit kemudian...

           Nurizyan keluar dari tandas. Usai membersihkan diri dia terus mencapai bagasi hitam berbentuk segi empat tepat yang terletak di dalam almari pakaian lalu mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai.

            Hari ini, Nurizyan mahu keluar ke pantai. Hujan sudah berkurangan. Banjir pun sudah mulai reda. Esok, mungkin dia sudah boleh keluar dari tempat itu. Dia tidak sabar lagi untuk lari daripada orang yang mengintipnya setiap hari. Dia ingin melaporkan segalanya kepada polis. Dia ingin bawa Haikal sekali bersamanya.

            Nurizyan memilih dress berwarna biru laut pemberian Mama sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada dua bulan yang lalu.

"Aku akan kelihat cantik dengan pakaian ni,"dia tersenyum sendiri lalu menyarung pakaian itu pada tubuhnya yang sedang-sedang elok. Tidak ramping sangat dan tidak pula gemuk. Berisi tapi tidak terlalu berlemak.

            Kemudian, dia berjalan menuju ke arah cermin. Melihat penampilan diri. Gincu berwarna merah dikenakan pada bibir munggilnya. Bedak disapukan sedikit pada muka.

"Okay, cukuplah ni. Blusher? Tak payah pakai lah. Malas. Muka aku tak perlu make up lebih pun dah hot,"ujar Nurizyan sambil tersenyum melihat dirinya yang anggun di dalam cermin. Baginya memuji diri sendiri dapat menambahkan keyakinannya.

***

Splash!!

            Terasa mukanya disimbah dengan air hangat. Tapi air itu berlendir dan berbau hanyir. Haikal terjaga dari lena. Perlahan-lahan dia membuka mata, pandangan masih kabur. Kepalanya juga masih terasa sakit akibat hentakan kuat sebelum itu.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh sederhana yang memakai sweater biru gelap dan berseluar jeans hitam serta memakai cap Lakers berwarna ungu putih berdiri tegak di hadapannya.  Di sisi lelaki itu pula ada sebuah baldi berwarna perak yang kosong. Mungkin baldi itu digunakan untuk menyimbah air ke arahnya.

            Kemudian Haikal menarik pandangan ke arah tubuhnya sendiri yang tersandar di dinding berdebu. Tubuhnya penuh dengan cecair likat berwarna merah. Darah ke ni?!

            Pandangan kemudian dilemparkan ke segenap ruang bilik yang hanya diterangi cahaya suram dari beberapa buah mentol yang tergantung di siling. Tampak ada beberapa buah meja yang tersusun rapi dan tiga buah kerusi yang bersepah di atas lantai. Dinding bilik yang kelabu itu dipenuhi tompokan dan percikan darah. Kelihatan juga kepingan-kepingan gambar Nurizyan yang terlekat pada dinding di setiap sudut bilik. Eh! Gambar aku di atas katil dengan Yan pun ada sekali? Stalking habis dia ni!

Tapi apa yang lebih mengejutkan lagi apabila Haikal melihat beberapa kujur tubuh tergantung dengan berlumuran darah seperti lembu-lembu yang baru disembelih dan digantung untuk dipamerkan kepada pembeli.

            "Bos?!! Sarah!! Nia!! Aqil!!"satu persatu nama disebut apabila melihat mayat-mayat yang tergantung itu. Dia bagaikan tidak percaya apabila melihat majikan dan rakan-rakan sekerja mati tergantung di situ dalam keadaan yang ngeri dan menyayat hati.

            Disudut bilik sebelah kiri pula ada dua pasang mayat, lelaki dan perempuan. Mayat lelaki itu dadanya seolah dibelah dan isinya dikeluarkan. Terburai. Mayat perempuan pula kehilangan tangan kanannya seolah dipotong oleh seseorang. Gila! Ini betul-betul gila!

Dia kembali melihat lelaki yang berdiri tegak dihadapannya. Tubuhnya menggigil. Jantungnya berdegup laju.  A-aku ke-kenal le-lelaki ni, dia yang bagi semua hadiah pelik kat Yan. Ya! Dialah orangnya!!

"Kau siapa hah? Kau nak apa?! Kenapa kau bunuh semua kawan-kawan aku??!"soal Haikal dengan nada suara yang bergetar.  Dia ketakutan. Dia merasakan ajalnya pasti akan sampai sekejap lagi. Hanya menunggu masa sahaja.

            "Nama aku Hafif,"ujar lelaki itu mencapai sebuah gergaji kecil, mirip alatan bedah yang digunakan pada zaman dahulu yang terletak di atas meja, lalu lelaki yang tidak jelas wajahnya itu menghampiri Haikal.

            Haikal mengensot-engsot tubuhnya cuba menjauhkan diri dari Hafif.

            "Kau nak lari mana?!"tempik Hafif. Tapi suaranya tidak seperti lelaki. Lembut tetapi nyaring apabila menempik. Apakah dia seorang wanita?

Haikal tidak mahu berfikir banyak tentang hal itu. Kini nyawanya dalam bahaya. Dia mesti melarikan diri tapi kepalanya masih sakit. Haikal menggagahkan diri untuk berdiri, sambil tangan kirinya menyokong tubuh untuk menegakkan kaki. Akhirnya, dia berjaya. Dia cuba pula untuk berlari tapi malang sekali kedua belah kaki mengkhianatinya. Dia kembali terjatuh. Kakinya terasa kejang. Tidak boleh bergerak.

Hafif semakin menghampiri Haikal, semakin lama semakin dekat. Kemudian, terdengar bunyi hilai tawa yang menyeramkan, bergema di segenap ruang bilik.

"Kau ingat kau dapat lari daripada aku??"ujarnya sambil menghidupkan gergaji automatik itu.

GRRENNGGG!!!

Bunyi bingit gergaji automatik seperti menjadi irama kematian yang menakutkan bagi lelaki yang bernama Haikal itu. Dirinya kini diambang maut, namun dia tidak mahu mengalah sebelum berjuang mempertahankan nyawanya.

            Saat Hafif mendekatkan diri kepadanya, Haikal bertindak menendang kuat perut lelaki itu.

"Aduhh..."Hafif terduduk sambil tangan kirinya memegang perutnya yang sakit. Tangan kanan masih menggenggam erat gergaji automatik itu. Mujur tidak terkena pada dirinya sendiri.

            Haikal hanya tersengih puas. Dia cuba mengheretkan tubuhnya untuk menjauhi lelaki gila itu.

            "Tak guna!!"marah Hafif sambil menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan picagari yang mengandungi cecair putih yang Haikal sendiri tidak tahu apa kandungannya. Mungkin itu ubat pelali ataupun racun.

            Hafif bertindak melompat ke atas tubuh Haikal dan terus mencucuk picagari ke leher Haikal sebelum pekerja resort itu sempat berbuat apa-apa.  Kedua-dua lututnya menindih tangan pejal Haikal. Haikal tergeliat. Sakit. Lalu kaku tak bergerak dan juga terdiam membisu. Namun matanya masih celik. Memandang tepat ke arah Hafif yang tersengih nakal. Wajahnya tak seperti lelaki. Dia memang benar seorang wanita! Getus Haikal dalam bisu.

            Mata Haikal mula kemerahan. Kotak suaranya seolah tidak berfungsi untuk berkata-kata lagikan pula untuk menjerit meminta tolong. Dia bisu dan lumpuh. Hanya mata yang bisa menyaksikan apa yang bakal dilakukan Hafif seterusnya.

"Ya Allah, tolong aku! Apakah ini balasannya kerana aku melakukan maksiat tanpa memikirkan azab-Mu?? Ya Allah ampunilah aku ya Allah. Aku menyesal!!"teriak Haikal di dalam hati. Dadanya mula berombak tak tentu hala. Sekali sekala bahunya terhenjut sedikit dan empangan air mata turut melimpah setelah berasak lama mahu keluar.

            "Heh, kau pasti sedang menyesal dengan perbuatan kau kan? Sanggup kau tidur dengan perempuan yang kau sendiri tak kenal? Kau usik dia, pegang dia, malah lebih daripada itu! Aku sendiri belum melakukan seperti apa yang kau lakukan semalam. Kau tahu tak Yan tu milik aku?!!"ujar Hafif dengan nada yang keras dan tinggi.

            "Gila apa?! Kau tu perempuan! Kenapa kau nak kan Nurizyan?!!"Haikal masih tidak faham dengan Hafif. Aneh sungguh. Mungkin Hafif adalah seorang tomboy yang punyai nafsu songsang.

"Ahhh... lepaskan aku lah sial!!"hatinya memberontak kuat.

Hafif mula menghidupkan gergaji automatiknya semula sambil menyanyi riang.

GRRRENNGGG!!! GRRRRENGGGG!!

Aku burung

Di dalam sangkar

Hidup terkurung

Hatiku susah

Ingin aku

Terbang bebas

Bersama kawan

Tinggi di awan


GRRRENNGGG!!! GRRRRENGGGG!!

            Irama ngeri berselang-seli dengan hilai tawa Hafif itu kembali menghantui diri Haikal. Air mata kian laju melencuni pipi.

            "Mak tolong makk... Haikal tak nak mati lagi!!! Allah tolong akuu....."batin Haikal menjerit-jerit ketakutan. Meronta-ronta minta dilepaskan.

            Tetapi rayuan Haikal tiada siapa yang mendengar. Terbuntang mata Haikal melihat wajah Hafif yang tersenyum nakal melihatnya. "Ya! Tak salah lagi. Dia seorang perempuan. Tapi siapa dia? Apa kaitan dia dengan Nurizyan? Ah tidakk... aku taknak mati !!! Aku belum sempat taubattt!!!"

Mata gergaji yang berputar laju itu semakin menghampiri lehernya. Dan kemudian menyentuh kulit leher Haikal.

SRRRETTTTT!!!

Percikan darah mengenai wajah Hafif. Tubuh Haikal menggeliat dan bergetar-getar apabila gergaji itu mula menembusi lehernya. Kemudian terdengar bunyi tulang belulang patah.

"Rasakan!! Ini akibatnya bila merampas hak orang lain!! Ini juga mungkin balasan Tuhan untuk kau yang suka buat maksiat!!! HAHAHAHA!!!"Hafif ketawa berdekah-dekah, mengilai-ngilai.

            Akhirnya, kepala dan jasad Haikal bercerai dari badan. Terjelir lidahnya saat diambang maut. Hafif memberhentikan gergaji lalu menjilat darah yang terpancut-pancut dan mengalir membasahi jasad Haikal yang kaku tak bernyawa itu. Dia tidak suka melihat jeliran lidah Haikal yang seolah-olah mengejeknya lalu menarik rakus lidah Haikal hingga putus. Lalu di campaknya ke dinding. Wajah Haikal dijilat lembut sebelum kepala lelaki malang itu di bawa ke atas meja yang tersedia.

            "Malam ini, aku ada hadiah istimewa untuk kau Yan,"ujar Hafif sambil mengukir senyuman.

***

"Ke mana perginya Haikal ni? Katanya semalam nak datang jumpa aku malam ni. Satu hari tak nampak dia,"rungut Nurizyan dalam hati. Mulai resah.

            Sedari pagi tadi, selepas dia pulang dari pantai, dia tidak nampak pun kelibat Haikal di sekitar resort. Dia ada bertanya kepada seorang tua yang mungkin penghuni chalet di resort itu juga tentang Haikal, namun orang tua itu hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu Haikal berada di mana.

            Kini hari sudah malam, Haikal masih tidak datang menjenguknya.

            "Haikal... mana you pergi ni? Janganlah buat I risau macam ni..."Nurizyan buntu dan bimbang dengan keadaan Haikal. Dia dengan perasaannya mudah terguris dan sensitif mula tersedu-sedan. Bebola matanya yang cantik mula berkaca lalu air mata segera jatuh berderai membasahi pipinya yang putih kemerahan itu.

DING DONGG!!

Loceng berbunyi.

"Hah! Itu pasti Haikal,"tebak Nurizyan sambil kedua belah tangannya sempat mengesat air mata. Tidak mahu lelaki itu tahu yang dia baru sahaja lepas menangis.

Namun, apabila pintu dibuka, dia lihat tiada siapapun yang menanti di luar. Kosong. Tiada orang. Cuma sebuah kotak coklat yang sama seperti sebelumnya terletak elok di atas lantai di hadapan pintu chalet.

            Hati Nurizyan mula rasa kurang enak. Jantungnya berdegup kencang saat mengangkat kotak coklat itu. Kali ini kotak itu agak berat daripada sebelumnya. Pintu dibiarkan terbuka. Dia hanya memikirkan apa yang ada di dalam kotak tersebut.

            Dia duduk diatas kerusi di sebelah televisyen. Nurizyan membuka perlahan-lahan mulut kotak tersebut dan kemudian...

            "HAIKALLLL!!!!"jerit Nurizyan apabila melihat kepala kekasih barunya di dalam kotak coklat yang dipegangnya. Ngeri! Tak sanggup melihatnya lalu Nurizyan menolak kotak itu jatuh ke bawah. Jauh darinya. Tergolek kepala Haikal jatuh ke lantai chalet.

            Nurizyan menangis teresak-esak. Kedua belah kakinya diangkat naik ke kerusi. Memeluk tubuh. Takut. Teramat takut. Pelbagai persoalan yang semakin menyesakkan meluru masuk ke mindanya.

Siapa pelakunya?

Kenapa dia melakukan semua ini?

Kenapa harus Haikal menjadi mangsa?

Kenapa perlu dia bertindak kejam begini?

Apa yang dia mahu?


            "Aku mahu kau Yan!"tiba-tiba suatu suara yang memekik, menarik Nurizyan keluar dari kotak pemikiran.

Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik. Kelihatan seseorang yang memakai sweater biru gelap, berseluar jeans hitam dan memakai cap Lakers berwarna ungu putih berdiri sambil di tangan kanannya memegang sebilah pisau panjang yang tajam.

"Si-si-siapa kau hah?! K-k-kau nak apa?!"tanya Nurizyan sambil terus bangun dari kerusi dan mengundurkan dirinya jauh daripada manusia misteri itu. Mungkin ini dia stalker aku yang obses dan gila tu!

            "Asalkan nampak aku je, mesti tanya buat apa. Aku tengah memancing. Tak nampak? Hahahaha!!"manusia itu ketawa terbahak-bahak.

"Serious tak lawak weh! Kau nak apa dengan aku?!! Kau siapa?!! Apa salah aku sampai kau buat aku dan Haikal macam ni?!!!"Nurizyan terus melontar soalan sambil tangannya cuba membuka sliding door balkoni, namun tidak dapat. Terkunci. Kenapa tak boleh buka ni? Aduhh... Nurizyan semakin cemas. Tubuhnya berpeluh-peluh. Pundinya seolah-olah mahu melimpah akibat terlalu takut dengan keadaan yang dihadapinya sekarang.

            "Aku Hafif ataupun nama lama aku...."ujar manusia itu sambil membuka topinya dan menanggalkan sweater yang tersarung pada tubuh. "AFIFAH!"dia menyambung ayat lalu melempar senyuman ke arah Nurizyan yang terduduk melihat sebentuk tubuh berpakaian kemeja berwarna peach, berambut pendek kemas dan teratur. Nurizyan kenal wajah itu.

"Pi-pi-pah! K-ke-kenapa k-kau buat aku macam ni?? K-kau kan kawan aku??"ujar Nurizyan dalam esakan tangis. Nurizyan mengheret badannya ke tepi apabila Afifah semakin menghampirinya.

            "Kau tak sedar ke selama ni aku sukakan kau? Aku cintakan kau Yan!! Sejak kita kolej lagi aku adore dengan kau!! Sebab kau cantik,"luah Afifah sambil tangan kirinya mengusap lembut rambut lurus Nurizyan yang lembut itu.

"Kau dah gila ke hah!? Kau kan perempuan? Aku perempuan. Mana boleh perempuan cintakan perempuan!! Itu dah nafsu songsang namanya!!"Nurizyan menempik. Marah. Tangan Afifah yang membelai rambutnya ditepis keras.

            Afifah cuba bersabar. Dia tersenyum sambil tangan kanannya bermain-main dengan pisau mendekati wajah Nurizyan yang masih cantik meskipun dilencuni air mata.

            "Sebab itulah aku bunuh si lelaki miang tu! HAHAHAHA!!!"Afifah ketawa besar. Bangga dapat membunuh kekasih hati sahabat karibnya sendiri. Afifah mencangkung di hadapan Nurizyan yang tersandar pada sliding door dalam keadaan menggigil ketakutan. Tangan kanannya segera mencapai rambut Nurizyan lalu menariknya keras. 

           "Arghh..." jerit Nurizyan kesakitan.

            "Takut?"soal Afifah lembut tapi penuh dengan sinis. Dia tersengih.

            Nurizyan memandang tepat pada mata Afifah yang kemerahan seperti dirasuk itu. Dia menyesal kerana mengenali Afifah sewaktu di kolej dulu. Dia menyesal tidak mendengar amaran rakan-rakan yang lain bahawa Afifah ini tidak seperti yang dia sangkakan. Kini terbukti yang Afifah memang benar GILA!! OBSES!!

            "Kau dah GILA!! OBSES!! Jangan ganggu aku lah setan!!"tempik Nurizyan lagi. Dia menumbuk wajah Afifah.

"Aduh!"Afifah mengaduh sakit.

Nurizyan segera bangun berdiri dan cuba untuk lari. Namun, sempat kakinya digenggam kuat oleh Afifah. Nurizyan terjatuh lalu kepalanya terhantuk pada meja televisyen yang berada berhadapan dengan katil. Nurizyan rebah. Pandangannya kabur.

            "Ahh! Mata, tolong jangan lelap. Badan, tolong kuatkan diri! Aku tak mahu mati! Aku mahu lari dari perempuan gila ni!"ronta Nurizyan dalam hati meminta agar tubuhnya kembali kuat untuk bangun dan melawan seterusnya menyelamatkan diri.

            Namun, segalanya sia-sia. Afifah menarik lengan Nurizyan lalu mencampakkan wanita itu ke atas tilam. Kekuatan Afifah ketika itu sangat luar biasa. Entah apa yang membantunya ketika itu, Nurizyan sendiri tidak pasti. Kini dia pasti nyawanya akan turut melayang seperti Haikal. Dia cuba sedaya upaya untuk melawan tapi apakan daya, tubuhnya semakin lemah. Kepalanya terlalu sakit untuk bangkit.

            "MEMANGG!! MEMANGG AKU OBSES!! MEMANG AKU GILA!!! SEBAB KAULAH AKU GILA!! SEBAB KAU OBSESI AKU!!!"Afifah menempik kuat ke arah Nurizyan yang kini terbaring di bawah celah kelangkangnya. Kini dia berada di atas tubuh Nurizyan. Cara yang sama dilakukan untuk membunuh Haikal.

            "Tolong Pipah... jangan bunuh aku... kita kan sahabat karib... takkan kau sanggup..."belum sempat Nurizyan menghabiskan kata rayuannya Afifah mengangkat pisau yang dipegang lalu mencucuk laju ke arah wajah Nurizyan.

            Terhenjut-henjut katil empuk itu saat Nurizyan meronta-ronta kesakitan. "ARGHHH... T-T-TI-TI-TIDAKKK!!! JANGANNNNN!!! SAKITTTT!!!! TO-TOLONGGG!!! ARGHHH!!"teriak Nurizyan kesakitan sambil Afifah hanya tersenyum dan ketawa mengilai tidak henti-henti. Tangannya terus menikam wajah Nurizyan.

CHRURPP!! CHRURPPP!! CRHURRPP!!!

Darah pekat terpercik dan memancut-mancut ke muka dan tubuh Afifah juga menghiasi dinding chalet yang berwarna putih.

"Heh! Art of Blood !"getus Afifah dalam hati sambil menyambung hilai tawanya.

            Tak cukup dengan itu, dia menikam pula dada Nurizyan sehingga berlubang-lubang tubuh wanita itu. Akhirnya, wanita malang bernama Nurizyan itu tidak bergerak lagi. Mati.

            Afifah hanya tersenyum memandang Nurizyan yang sudah tiada rupa lagi.

            "Aku rasa make up macam ni lagi sesuai untuk kau Yan,"ujar Afifah sambil mengucup sisa bibir Nurizyan yang hancur ditikam itu. Dijilat darah yang membasahi pisaunya lalu dijilat juga darah-darah yang membasahi wajah dan di tubuh Nurizyan.

Sedap! Aku mahukan darah lagi selepas ini. Dahaga! Getus hatinya sambil mengukir senyuman lebar.

       White roses with blood on it

       I give my heart to you, for you to keep it

       Like or not, you still have to believe it

       That I am always with you in 'it'.

       -   Hafif

"I am always with you forever. Forever in HELL, Nurizyan ! Wait for me... HAHA !!!"

       *Hafif = Fifah

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan