Pages

|

Thursday, 31 July 2014

Hamasah

Karya: Estra


Masjid Sayyidina Abu Bakar.

“Kau buat apa ni Faa?” sapa Amani yang baru usai solat.
“Menulis.”
“Tulis apa? Dari lepas asar tadi aku tengok kau tekun menulis. Tak siap lagi ke?”
“Karya baru aku.”
“Ohh okay. Tak siap lagi ke?”
“Belum. Ada sikit lagi.”
“Nanti aku nak baca tau. Hehe.”

Faa seorang pelajar kejuruteraan di salah sebuah universiti terkemuka negara. Walaupun Faa belajar dalam bidang teknikal tetapi dia sangat obses dengan penulisan. Ke mana sahaja dia pergi, Mac Book nya pasti ada bersama sebagai ‘kertas’ untuk diconteng segala idea. Bagi dirinya, tulisan itu ilham dan ilham itu ibarat kata-kata yang terlontar ikhlas dari hati.
Amani, rakan sekelas Faa merangkap sahabat baik. Ke mana sahaja ada Faa di situ pasti ada Amani.

“Eh Faa aku nak tanya kau lah, kenapa kau suka menulis eh….dan kenapa prefer alam maya instead of buku?” tanya Amani lalu mengambil tempat disebelah Faa yang sedang tekun menaip.
Mata Faa yang sedari tadi tertancap pada skrin Mac Book nya sekarang beralih ke arah Amani.
“Aii soalan.” Faa sengih.
Bahu Faa ditepuk lembut.
“Laa kau ni, sengih-sengih pulak.”
“Okay okay. Saja je nak tengok muka kiut kau yang tengah merajuk tu. Haha.”
Amani tarik muka sambil membetulkan hujung tudungnya yang dikelepetkan kerana hendak solat tadi.
“Hmm, aku dah lama minat menulis. Cuma yelah tak ada peluang nak buat buku. Haha. Eh tak..tak bukan tak berpeluang cuma kurang yakin dengan karya sendiri. Macam “extra” komersial pulak bila buat buku ni. Lagipun, aku lebih selesa menulis di alam maya dan sejujurnya aku belum berpuas hati dengan karya aku lagi.” Faa senyum sambil memandang Amani yang tekun mendengar.
“Tapi karya kau dah banyak kot. Aku baca boleh tahan sentap lah, sampai menangis jugak kadang.”
“Itu kau. Orang lain?”
“Eh sejak bila kau pandai ambil kira persepsi orang ni?” Amani pandang Faa sambil kedua-dua belah keningnya terangkat.
“Amboi ayat. Haha. Aku faham maksud kau, tapi…hmm aku risau kalau nanti aku buat buku tak ada orang nak beli. Haha. Gurau-gurau.”
“Kau ni! Aku tengah serious ni kau main-main eh?Tapi serious la karya kau terbaik! Pernah sekali aku suruh adik usrah aku baca karya kau. Apa eh nama cerpen tu? “Futur” aku rasa. Ada kan?”
“Oh, ha’ah “futur”.”
“Haa betul lah….aku suruh adik usrah aku baca sebab masa tu dia tengah stress. Alhamdulillah, habis je dia baca karya kau dia terus tanya aku tu karya siapa dan dia cakap karya tu banyak bantu dia. Haa kau tengok!”

Senyuman dilemparkan kepada Amani.

“Kau doakan lah aku. Tapi buat masa ni aku rasa belum masanya lagi. Aku nak mantapkan penulisan aku dulu.”

Alat tulisnya yang bersepah dikemas, Mac Book nya disimpan dalam beg sandang kegemarannya.
“Eh kau tak jawab lagi soalan aku.” Tangan Faa ditarik Amani.

Faa berhenti daripada mengemas dan matanya tertancap pada muka Amani.
Senyuman dilemparkan.

“Kita keluar dulu ya, dah lewat ni nanti tertinggal bas pulak.” Matanya serta-merta dialihkan ke arah jam tangannya berjenama Quartz.
“Okay. Jom! Kau tunggu aku kat luar eh? Aku kemas barang kejap.”
“Kita keluar sama-sama lah, okay?” Faa senyum dan tanpa diarah jari-jemarinya mula sibuk membantu sahabatnya mengemas barang.
Amani membalas senyuman Faa.

Malam itu selepas solat Isya’ berjemaah, Faa duduk berteleku di atas sejadah dengan terjemahan Al-Quran berwarna biru muda kemas dalam genggamannya. Surah Al-Mulk dibaca dengan penuh tertib.
Menjadi kebiasaan Faa membaca surah Al-Mulk setiap malam. Walaupun sibuk belajar, dia masih tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslimah sepenuh masa.
Tak lama selepas itu, Amani datang dan mengambil tempat disebelah Faa.

“Faa, dah habis baca Al-Mulk?”
“Hm, dah.” Jawap Faa sambil senyum memandang Amani.
“Ha kalau dah sambung lah cerita kau petang tadi. Hehe.”
Faa mengerutkan dahinya.
“Alaa, tak kan kau lupa kot.” Amani mendengus.

Al-Quran yang sedari tadi kemas dalam genggaman Faa diletak di atas meja belajar. Telekung dibuka dan diletak di hujung katil. Faa mencapai telefon bimbit jenama Apple pemberian Abahnya dan kembali duduk disebelah Amani sambil matanya tertancap pada skrin telefon bimbitnya.

*Two unread messages*
“Hm, kejap lagi lah buka.” Getusnya dalam hati.

“Hm, kau nak tau sejak bila aku menulis dan kenapa aku menulis kan?” tanya Faa sambil melemparkan pandangannya kepada Amani.
“Ha’ah!” Cepat-cepat Amani menjawab sambil tersengih gembira.
Faa senyum.

Sudah terlalu lama Amani menunggu saat ini. Amani sangat kagum dengan Faa. Hampir semua karya Faa, Amani baca. Karya-karya Faa banyak membantu dirinya. Kalau boleh dia mahu tahu siapa yang banyak memberi inspirasi kepada Faa sampai kan Faa begitu tekad untuk terus menulis walaupun bidang ini jauh beza dengan apa yang dia belajar di kampus sekarang.

“Adalah. Someone.” Faa senyum sinis.
“Alaaa.” Amani memuncungkan hidungnya tanda tidak berpuas hati.
“Kau ni kalau tak merajuk sehari tak boleh ke?” Faa ketawa sambil hidung Amani dicuit lembut.
“Hehehe.” Amani senyum.
“Aku suka dengan penulisan dia. Buat semangat aku berkobar-kobar nak menulis. Walaupun aku tak lah pandai sangat menulis tapi disebabkan dia, aku tekad nak mula menulis dan terus menulis. Walaupun kadang-kadang ada jugak terasa macam “ada ke orang nak baca apa yang aku tulis ni?” Tapi akhirnya aku tetap teruskan jugak. Sebab aku tahu tujuan aku dan aku akan teruskan demi tujuan aku tu.”

“Tujuan? Maksud kau?” Amani mengerutkan dahinya tanda tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Faa.
“Hmm, aku tanya kau satu soalan. Kita hidup atas muka bumi ni sebab apa?”
Amani pandang sekeliling seolah-olah sedang mencari jawapan yang tepat untuk diberikan.
“Hmm, untuk jadi khalifah dan untuk beribadah kepadaNya?”
(Surah Al-Baqarah, ayat 30. Surah Adz-Dzariyat, ayat 56)

“Betul, dan apa aku buat sekarang ini adalah wasilah yang aku guna untuk aku capai tujuan aku.”
“Maksud kau sampai kan dakwah?”

“Yep, sampai kan dakwah. Setiap dari kita ada potensi masing-masing dan aku rasa aku ada potensi untuk menulis dan aku patut kembangkan potensi ni untuk sebarkan dakwah dan beri manfaat pada ummah. Dah menjadi tangggungjawab kita sebagai muslim untuk sampaikan islam pada semua. Bukan saja untuk sampaikan mesej dakwah, tetapi juga untuk sebarkan hamasah (semangat) dan fikrah (pemikiran) islamiyyah kepada syabab dan fatayat yang ada atas muka bumi ni.
Sebarkan hamasah supaya syabab dan fatayat segera mulakan gerak kerja dan sebarkan fikrah islamiyyah supaya semakin bertambah ramai ikhwah dan akhwat yang sedar akan tujuan hidup mereka yang sebenar. Bukan sekadar pergi kelas balik kelas tapi disamping waktu-waktu itu ada sesuatu untuk islam yang sedang mereka perjuangkan.
Aku tak kan kuat buat semua ni sorang sorang. Lepas aku jumpa dia. Aku jumpa ramai lagi ikhwah dan akhawat yang terjun dalam bidang penulisan ni. Aku nampak makin ramai yang berminat nak serbarkan hamasah dan fikrah islamiyyah. Aku jadi makin bersemangat. Tak aku nafikan, terlalu banyak rintangan. Tapi aku jadikan halangan tu sebagai penguat semangat. Hidup dan kehidupan yang kita diami sekarang ni kan memang untuk diuji?”
Pandangannya dilemparkan kepada Amani. Amani yang sedar situasi itu menganggukkan kepala dan melemparkan senyum kepada Faa.
Tiba-tiba …
Amani bersuara.
“Aku dah faham dah sekarang kenapa kau tekad sangat nak menulis. Semua demi islam kan? Aku bangga dengan kau Faa. Kau doakan lah aku supaya aku pun boleh turut serta dalam misi sebarkan hamasah dan fikrah islamiyyah ni ya. Aku pun sebenarnya sedang tercari-cari apa yang boleh aku lakukan untuk ummah.”
“Alhamdulillah.” Detik Faa dalam hati. Tersenyum.

“Eh tapi aku curious lah siapa inspirasi kau tu eh?”
Faa bangun dari tempat duduknya dan melemparkan pandangannya kepada Amani.
Dia senyum dan terus berlalu.



“Pemikir hanya seorang pemikir. Penggerak adalah kedua-duanya, seorang pemikir juga seorang penggerak. Yang mana satu kita?”  
 – Faa