Pages

|

Monday, 16 June 2014

Haters

Karya: Zelkahf




Yo! Nama aku Umar a.k.a (also known as) Numair. Aku adalah seorang penulis thriller yang suka mengambil idea-idea jalan cerita berdasarkan apa yang aku alami dan apa yang aku nampak. Maknanya, setiap karya yang aku tulis adalah based on true story and true experiences yang aku garap menjadi sebuah novel atau cerpen. Nah, aku bukan sahaja menulis cerpen dan novel, tapi aku juga penulis lirik lagu dan puisi. Nampak macam hebat je kan? Tapi sebenarnya aku biasa-biasa saja. Ada yang lebih gempak daripada aku, macam Hlovate, Fynn Jamal, Syafiq Aizat, Ainum Solehah dan ramai lagi penulis dan sasterawan yang hebat-hebat. Seriyes, aku sangat jeles dan teringin nak jadi seperti mereka. Tapi tak dapat doe. Haih.

Dan walaupun aku hanya golongan marhaen dalam bidang penulisan ni, selain ada peminat kipas-susah-mati aku tetap tidak lepas daripada mempunyai sebilangan haters yang sangat suka menyusahkan hidup aku. Heh. Mereka fikir mereka bagus sangat. Tak apa. Selagi mereka tidak melampaui batas aku masih bisa bersabar.

Kan sabar itu sebahagian dari iman? Tak gitu ostaj ostajah?
Okay, sekarang ni nak sambung menulis. So, jangan ganggu aku.

“Woi gilaa!! Lepaskan aku lah!!!” suara itu memekik dari dalam bilik tengah. Aku yang sedang berada di ruang tamu hanya tersenyum membiarkan suara itu terus terpekik terlolong.

Idea mencurah-curah.
Jari jemari terus ligat menaip papan kekunci ASUS X552C berwarna hitam.

***

Jam 2 pagi,
Villa Sri Menanti.

Umar masih berjaga di hadapan komputer ribanya. Sambil ditemani muzik hard metal Slipknot dan segelas hot chocolate untuk diminum, Umar cuba menyiapkan bab terakhir novelnya. Bergegar satu rumah dengan muzik Slipknot berjudul Sulfur tu. Mana taknya si Umar ni memang suka kalau dengar lagu, dia naikkan volume sound hingga yang paling maksima.

Akibat terlalu lama duduk menghadap laptop, sesekali Umar meregangkan otot-otot tubuh yang lenguh dan terasa kebas. Kemudian, dia termenung. Hendak memikirkan idea, kepalanya terasa berserabut. Lalu dia berhenti seketika.

Tetingkap Microsoft Word dikecilkan. Browser dibuka. Kebiasaannya Umar memang suka memeriksa emelnya. Mana tahu ada mesej balas ke apa dari pihak penerbitan. Pautan inbox di klik. Terbuka.

“2 New Messages”. Umar menekan pautan tersebut. Emel pertama menarik perhatiannya. Umar membaca emel itu dengan penuh teliti. Sesekali dahinya berkerut. Bibirnya mengucap kata-kata kesat. Bengang. Mungkin ada sesuatu yang menyakiti hatinya pada isi kandungan emel tersebut.
Dia terus tutup laptop. Nasib baik dah save document manuskrip novelnya tadi. Kalau tidak, satu hal lagi dia nak buat balik. Dia bangun dari tempat duduk. Lalu menuju ke katil. Tubuh direbahkan. Dia mengeluh.

“Haih. Aku rasa macam nak hentak je kepala haters yang menyorok disebalik emel ni. Kalau aku dapat dia memang lunyai dia aku kerjakan.”

Mata dipejam. Membayangkan sesuatu. Tak lama kemudian, dia tersenyum. Satu idea bernas mula hinggap di kepalanya.


***

Emel yang menjengkelkannya semalam dibuka semula. Butang “Reply” di klik. Dia memasukkan satu pautan yang telah diubah suai dan diprogramkan sebagai ‘phishing agent’ ke dalam kotak emel tersebut. Kemudian, butang “Send” ditekan sambil senyuman lebar turut terukir dibibirnya.

“Aku harap kau tekan link tu anon. Bila kau klik link tu, segala maklumat dan data di mana kau online dan hantar emel tu dekat aku, aku akan tahu. Mail phishing ni akan bantu aku cari kau.”, Umar tersengih sendiri.

Umar menanti dengan penuh kesabaran. 

Tett!! Tett!! Tett!!
“Yes! Terumpan!” segera Umar membuka tetingkap perisian Mail Phishing yang tersorok pada taskbar.

“Wuhooo!! I got you haters !” bersorak gembira Umar melihat segala maklumat tentang penghantar emel yang merosakkan mood menulisnya semalam.

“So, apa yang aku nak buat dengan budak bodoh ni? Hm. Aku mesti fikirkan cara yang menarik untuk beri kejutan pada dia.”, ujar Umar sambil menggosok-gosok dagunya. Tetikus digerakkan, jari jemari laju menekan butang-butang huruf pada keyboard. Informasi penghantar emel, ip address, kod algoritma lokasi penghantar emel itu dicatat ke dalam sebuah buku nota kecil dengan pena tinggalan arwah ayahnya.

Kemudian, dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan lelaki itu. Lelaki yang selalu mengejek, mengutuk, mengugutnya melalui emel.

“Ini masanya untuk aku balas dendam dan buat kau senyap. Sepi. Selamanya.”


***

Jam 4 pagi,
Laman parkir Safari Night Club,
Kuala Lumpur.

“You kenal ke penulis Numair tu? I ada baca novel dia. Macam teruk je ah. Geli I baca. Banyak lucah. Jalan cerita pun berterabur.”, ujar perempuan berambut perang itu kepada teman lelakinya.

“Kan? Tu yang I condemn dia habis-habisan. Padan muka dia! Biar dia rasa!” kata Farhan dengan penuh rasa bangga. Tersenyum angkuh. Bercakap seolah-olah tiada malaikat yang mencatat niat busuk hatinya itu.

Kedua pasangan itu menghampiri kereta Myvi berwarna jingga milik Farhan yang diparkirkan di kawasan parkir Safari Night Club.

“S***!” Farhan menyumpah apabila perasaan tayar keretanya kempis. Bocor. Farhan mengeluh. Menepuk dahi.

“Kenapa ni sayang?” soal teman wanitanya.

“Tayar bocor! Damn lah! Siapa punya kerja ni?!” Farhan menyumpah-nyumpah lagi. Sakit hati.

“Sabar ya sayang, kita ambik teksi je.”

Tak ada pilihan. Farhan dan teman wanitanya terpaksa pulang dengan menaiki teksi. Nasib baik ada seorang abang teksi yang menunggu di hadapan kelab malam itu.

“Bang, hantar kami ke Gombak. Boleh?” tanya Farhan dengan sopan.

“Boleh boleh. Masuklah.”, pelawa lelaki bertopi dan berkumis tipis itu sambil tersenyum. Farhan dan teman wanitanya pula terus masuk ke dalam teksi tersebut tanpa berfikir panjang.

Akibat terlalu mengantuk, di tambah lagi udara penghawa dingin yang sejuk, kedua mereka terlena. Si abang teksi hanya tersenyum melihat mereka terlena.

“Penatlah tu. Tak apalah berehatlah. Esok mungkin hari paling sukar buat korang berdua…”


***


Sinaran cahaya matahari menyilaukan matanya. Farhan baru terjaga dari lena. Dia cuba menggerakkan tubuh tapi tidak bisa. Pergerakannya terbatas. Dia lihat tubuhnya yang terikat di sebuah kerusi besi. Kakinya juga terikat rapi pada kaki kerusi. Kemudian, pandangannya meneliti ke setiap sudut bilik yang terlihat. Dia tidak bisa memandang kebelakang kerana keadaannya ketika itu.

Oh ya, tidak jauh berada dihadapan Farhan ada sebuah kamera yang terpasang diatas tripod stand. Lampu merah yang berkelip-kelip pada kamera itu tanda ia di dalam mode on record. Namun, Farhan tidak berminat untuk memikirkan tentang kamera itu. Dinding berwarna putih yang berada dihadapannya dipandang kosong. Farhan mula bingung dan bengang.

“Woiii gila!! lepaskan aku lah….” Farhan memekik. Namun, tiada siapa yang menjawab.

Kemudian, Farhan mula perasan Diyana, teman wanitanya sudah tiada. Dia cuba menoleh namun kepalanya tidak bisa digerakkan kerana ada besi yang terpasang di kepala dan leher Farhan.

“Mana awek aku? Kau buat apa dekat dia??” jerit Farhan lagi. Dahinya mula berpeluh-peluh. Sesekali dia mendengus kasar. Barangkali keletihan dengan posisi tubuh yang sebegitu. Tidak bebas dan tidak bisa bergerak. Kelenguhan.

“Sayangg!! Tolong I… I dekat belakang you!!” jerit Diyana yang berada di belakangnya. Diyana menangis teresak-esak ketakutan. Farhan bertambah marah. Dia mahu tahu siapa dalang disebalik semua ini. Farhan cuba melepaskan diri. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, meronta-ronta tapi usahanya hanya sia-sia. Akhirnya, dia mengalah lalu melepaskan keluhan berat. Badannya mula berpeluh. Begitu juga dengan wajahnya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang manusia bertopeng putih dan berpakaian serba hitam menuju ke arahnya. Di tangan manusia bertopeng itu ada sebilah pisau rambo yang berkilau tajam.

“Kau siapa hah?!!! Apa kau nak!!!” tengking Farhan.

“Amboi, buruknya muka bila marah? Haha. Rileks bro. Aku cuma nak tunjukkan sesuatu yang thrilling dan menarik dekat kau. Nak tengok tak?” soal manusia bertopeng itu sambil kepalanya di dekatkan pada wajah Farhan yang tengah buat muka ketat tu.

Puihh! Cecair berlendir dari mulut Farhan segera menerjah ke wajah manusia bertopeng tu.

“Huhu.. Garangnya? Tak apa. Aku boleh bersabar lagi,” ujar manusia bertopeng itu. Air liur Farhan yang busuk itu dikesat dengan tangannya yang bersarung hitam. Kerusi tempat Farhan duduk dan terikat dipusingkan ke belakang.

Farhan terkejut melihat Diyana yang sedang menangis di dalam sebuah kotak kaca yang besar. Diyana menangis sambil mengetuk-ngetuk kotak kaca itu dari dalam. Cuba bermohon untuk melepaskan diri. Di sudut bilik berhampiran dengan kotak kaca itu ada sebuah lagi kamera yang terpasang. Mungkin tujuannya adalah untuk merekodkan kejadian yang berlaku. Sekali lagi, Farhan tidak terlalu memikirkan soal kamera yang terpasang disitu tetapi dia lebih risaukan Diyana yang terperangkap di dalam kotak kaca itu.

“Lepaskan dialah setan!! Apa salah kitorang??!” soal Farhan. Nada suaranya masih tinggi. Manusia bertopeng tadi masih berdiri dihadapannya. Farhan kembali melihat ke arah aweknya yang terperangkap di dalam kotak kaca itu.                                                                                                                                                           

“Aha! Soalan yang baik. Bagus betul kau tanya soalan tu dekat aku. Sebelum aku jawab, aku nak kau tanya satu soalan. Kau kenal Umar tak? Penulis novel thriller seram tu?”

“Kenallah! Penulis gila dan bodoh tu. Apasal? Apa kena mengena dengan kau??” dengan beraninya Farhan menjawab.

“Wahh… bagus. Confirm lah kau yang send emel dekat dia dengan kata-kata kesat dan caci maki kan? Am I right bro?!!” soal manusia bertopeng itu lagi.

Tapi kali ini Farhan mendiamkan diri. Tidak menjawab.

“Lepaskan aku lah bodoh!!” sumpah Farhan.

Manusia bertopeng itu kelihatan seperti tidak boleh bersabar lagi. Perangkap kepala yang dipasangkan pada Farhan dicabutkan. Lalu segera beberapa das tumbukan dilepaskan ke arah wajah Farhan yang tak berapa nak hensem sangat tu.

Wajahnya berdarah. Bibirnya pecah. Matanya lebam dipukul.

“Kau nak tahu aku siapa?”

“Siapa kau?!!” tanya Farhan dalam kesakitan.

“Akulah Umar yang kau selalu kutuk tu.” Manusia bertopeng itu membuka topengnya. Lalu melempar senyuman paling manis kepada kepada Farhan.

“S***!! Kau lelaki gila tu rupanya!!” Farhan menyumpah lagi tanpa rasa takut. “Lepaskan aku lah b******!!” Farhan meronta-ronta untuk dilepaskan.

“Relaks lah. Pertunjukkan baru je nak mula.” Ujar Umar sambil tersenyum. Dia keluar sebentar dari bilik tersebut. Meninggalkan sepasang kekasih dengan adegan melankolik dan syahdu mereka.

“Sayang… tolong I. Lepaskan I. I takut….”, rayu Diyana. Dia terus menangis sambil kotak kaca itu dihentak-hentaknya lagi. Berharap kotak kaca itu akan pecah dan dia boleh terlepas dari lelaki gila bernama Umar itu.

“Sayang, sabar ya? I janji I akan usaha untuk lepaskan you.” Farhan menyusun janji.

“Hey guys! I am back!” Umar kembali masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa satu guni yang entah ada apa di dalamnya Farhan pun tidak pasti. Umar tersengih-sengih sambil mengheret guni itu ke arah Diyana.

“Kau nak buat apa dengan Diyana hah?!! Jangan sakiti dia!! Kalau kau sentuh dia, mati kau aku kerjakan!!!” Farhan memberi amaran.

“Wahh… serammm nih. Tapi sekarang ni aku nak tunjukkan kau satu benda yang menyeronokkan dan lebih seram dari ugutan kau tu…” Umar membuka sedikit kotak kaca yang berisi Diyana itu, namun Diyana yang masih cuba untuk keluar tidak bisa keluar dari lubang kecil yang dibuka itu. Lalu, Umar menuangkan isi guni yang dibawanya tadi ke dalam kotak kaca tersebut.

Alangkah terkejutnya Diyana dan Farhan apabila hampir 10 ekor ular berlainan spesies memenuhi kotak kaca yang menempatkan si Diyana yang malang. Diyana yang ketakutan menjerit meminta tolong. Kotak kaca dihentak bertubi-tubi. Diyana mulai sedar yang dia kini sedang menghadapi ajalnya.

“UMARRR!!! Lepaskan awek aku… tolong… aku rayu… tolonglahhh….” Farhan mula mengalah. Cuba untuk berlembut dan memujuk Umar. Tapi malangnya rayuan Farhan tidak diendahkan.

“Hahahaha!!! Sekarang aku nak kau tengok puas-puas macam mana awek kau mati. Seronokkan??” Umar ketawa berdekah-dekah. Dia mula berasa gembira dapat melepaskan amarahnya kepada Farhan dan aweknya itu.

“Farhannn…. Tolong I… Selamatkan I….” rayu Diyana. Pipinya yang gebu itu lencun dek air mata yang mengalir. Begitulah rayuan terakhir Diyana sebelum 10 ekor ular berbisa mematuk, membelit dan menggigitnya. Kemudian, ada beberapa ekor ular kecil yang memasuki lubang hidung, mata, mulut dan telinganya. Tubuh Diyana tergeliat kegelian dalam keadaan terseksa dan sakit. Diyana merintih lagi minta dilepaskan sebelum dia mati. Namun, Umar tidak mempedulikannya. Penulis thriller itu hanya melihat Diyana mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

Umar tersengih puas.

Farhan mengerang kesakitan. Hatinya terasa seperti ditikam bertubi-tubi. Pedih. Perit. Sedih melihat wanita yang dicintainya mati dalam keadaan ngeri dan menyayat hati. Farhan menangis dan meraung semahunya. Sempat juga dia menyumpah-nyumpah Umar dengan kata-kata kesat yang dipelajarinya dari rakan-rakan sebayanya sewaktu berada di sekolah rendah lagi.

“Aku belum habis lagi Farhan. Dendam aku masih belum terbalas…” Umar merapati tubuh Farhan yang lemah. Pisau rambo yang tersimpan dibelakang tubuhnya dicapai laju. Satu persatu jari jemari kasar milik Farhan dipatahkan. Dan setiap kali itu lah Farhan menjerit kesakitan.

“Arghhh… Arghhh…. Erghhh… Umpphh…” kesakitan yang teramat sangat sehingga air matanya semakin deras membasahi pipi. Baju dan seluarnya basah dengan keringat peluh.

Umar mengesat peluh di dahi. Dia pun keletihan menyeksa kedua pasangan itu. Namun, apa yang penting baginya adalah kepuasan untuk membalas dendam.

“Kau ingat kau hebat sangat sampai nak kutuk-kutuk aku?? Hah?? Lepas tu kau buat gambar-gambar super impose lepas tu sebar dekat Internet. Kau ingat aku lupa?? Lain kali Tuhan kasi nyawa tu jangan duk suka aniaya orang. Tak baik. Dosa.” Umar bersarkastik. Menambahkan lagi sakit dihati Farhan.

“Kau ingat kau Tuhan ke nak hukum aku macam ni?? Kau pun samalah pembunuh! Nanti Tuhan bakar dekat neraka nanti…” balas Farhan.

“Ohh.. Tahu neraka? Ingatkan tak kenal neraka tu apa. Sebab tu aku nak tunjukkan dekat kau neraka dunia sekarang ni. Haha! Anyway, kau cakap aku bukan Tuhan nak hukum kau macam ni?? Ya! Memang aku bukan Tuhan! Kau pun bukan Tuhan nak judge penulisan-penulisan aku…!!” Satu das tumbukan hinggap di muka Farhan. Kemudian satu lagi. Dan satu lagi tumbukan dilepaskan.

Jari jemari Farhan yang patah itu Umar potong dengan pisau rambonya satu persatu. Kedengaran suara erangan, esakan dan teriakan Farhan yang memecah kesunyian tengah malam. Diselangi bunyi salakan anjing yang bersahut-sahutan.

Darah memancut-mancut terkena baju dan muka Umar. Namun, Umar tidak peduli, malah tetap meneruskan.

“Tolonglah Umar…. Aku minta maaf dekat kau. Aku menyesal… Lepaskan aku… Ya? Lepaskan aku eh?” Farhan mula merayu. Dia akhirnya menundukkan ego demi menyelamatkan nyawanya sendiri.

“Dah terlalu jauh aku melangkah, takkan nak berpatah balik kan? Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan ya dak? Hehe…” sengih Umar. Dia tetap nekad meneruskan agenda yang seterusnya.

“Now it’s time to play ‘Cabut Kuku Game!’”, Umar menyeluk poket seluar jeans hitamnya lalu mengeluarkan sebatang playar gabung. Tersenyum.

“Weh weh… kau nak buat apa ni?” soal Farhan ketakutan.

“Nak cabut kuku kaki kau lah. Panjang sangat. Mak aku kan, marah tengok kuku kaki panjang-panjang ni. Mak aku cakap pengotor orang simpan kuku pepanjang…”  Umar mula mengepit kuku ibu jari kaki kanan Farhan.  Kemudian, PAPP!! Umar menyentap playar gabung tersebut. Tercabut kuku itu dari tempatnya. Menjerit Farhan kesakitan.

“Makk… tolong Paan mak… tolong mak…” Farhan menangis teresak-esak.

“Alolo… kesiannya aku tengok kau ni.. menangis macam budak-budak… Anak manja mak ke?”

Farhan hanya mengangguk.

“Tak apa… sekejap je ni.. Jangan risau okay? Tak lama lagi aku akan tamatkan penderitaan kau ni.. Sikit je lagi.. bersabarlah.. Kan Tuhan bersama-sama dengan orang yang sabar… Ingat Tuhan sket…” Umar memujuk sambil kuku kedua Farhan dicabutnya perlahan-lahan.

Farhan menjerit lagi. Kali ini lebih kuat.

“Shhh… diam sikit. Jiran sebelah tu nak tidur. Anak-anak kecil lagi…” ujar Umar sambil jari telunjuknya diletakkan ke bibir, tanda menyuruh Farhan untuk diam.Umar hanya tertawa melihat gelagat Farhan yang baginya sangat melucukan.

“Tak apa, I will make it fast.” Kemudian Umar mencabut lagi kesemua kuku-kuku kaki Farhan yang tertinggal. Gelak tawa Umar diselangi dengan jeritan dan esakan tangis Farhan.

Farhan semakin lemah. Dia sudah tidak menjerit dan bercakap lagi. Hanya dengusannya yang kedengaran.

“Okay. This is finishing.” Umar sudah keletihan. Dia perlu berhenti segera. Tapi sebelum dia berhenti, dia perlu buat sesuatu kepada Farhan. Tukul besi kuku kambing yang berada dipinggang dikeluarkan dari bekasnya. Lalu dihayun terus ke arah wajah Farhan. Berkali-kali. Dari arah yang berlainan. Kiri dan kanan.

BUKKK!! BUKK!!

“Erghh.. Arghhh… Umphh…” Farhan mengerang. Sakitnya tidak bisa diungkap lagi. Barisan gigi yang tadinya tersusun rapi kini tercabut dari gusi. Mulutnya berlumuran darah. Wajah Farhan pula penuh dengan lebam-lebam akibat pukulan-pukulan tukul besi yang dilepaskan Umar.

Umar kemudian mengambil gam gajah dalam poket jaket hitamnya lalu menaruh gam itu ke bibir Farhan yang pecah. Berdarah. Farhan kelihatan sudah tidak berdaya, namun dia masih hidup. Umar memang tidak bercadang untuk membunuh Farhan kerana dia mahu lelaki itu terseksa sepanjang hidupnya.

“Tak apa. Aku biarkan kau hidup. Kejap lagi polis dan ambulans datang selamatkan kau.. Sabar ya bro. Aku pergi dulu. Jaga diri…” ujar Umar kepada Farhan yang tak mampu lagi membuka mulutnya untuk berbicara akibat digam.

Umar ke arah kamera yang berada tidak jauh dari tempat dia menyeksa Farhan. Di hadapan kamera dia meninggalkan pesanan terakhir...

“So, guys. Aku just nak pesan pada korang semua. Jangan sesuka hati mengutuk orang lain dan cuba menjatuhkan maruah orang lain. Terima kasih. Adios!”

Sekarang aku dah ada idea nak menulis bab terakhir novel aku.


“Thanks Farhan.”, ucap Umar sambil tersenyum.