Pages

|

Thursday, 5 June 2014

Kelar

Karya: Kimenta


Esakan Sal makin kuat didengari. Orang sekeliling tidak diendahnya. Sejurus melangkah ke dalam rumah, Sal terus menuju ke bilik tidurnya.

Bang!

Pintu bilik itu nyaris terkopak akibat hempasan halilintar. "Kau tipu aku! Apa jenis lelaki kau ni? Kata je nak sehidup semati. Ini dah masuk sehidup sehati disakiti." Sal melepaskan aura geramnya. Darahnya mendidih. Air matanya merembes. Sekelip mata bilik tidurnya bertukar menjadi tongkang pecah. Barang-barang di dalam biliknya dah selamat jadi skydiver tak berlesen dek tangan Sal. Adeh.

Sal terduduk lemah di tepi birai katil. Mukanya habis lencun disiram air mata. "Aku dah bagi hati aku... macam ni kau buat." Rintihannya rendah. Sal terus menangis. Kecewanya ditinggalkan lelaki yang genap sebulan menjadi dekorasi hatinya masih belum surut. Siapa yang tak sakit hati bila sayang dia tusuk belakang sendiri?

Mata sembab Sal mengerling pisau kecil dengan hujung mata. Perlahan-lahan dia mengambil. Esakannya belum habis.

***

Kolam darah semakin membuak di lengan kirinya. Tersembul nama seseorang di situ. Jed. Lelaki yang pernah bertakhta di hati... hingga kini. Sal mengetap bibir menahan sakit. Empangan matanya terus pecah. Pisau kecil di tangan kanannya terlepas.

Sal leka melayan perasaannya. Segala memoir yang mengukir pelangi sehinggalah menelan hempedu bersama Jed menari diingatannya kembali.

"I love you."

"ARGH!" Sal mengusir bisikan suara Jed itu dari ingatannya. Mukanya jelas kepenatan. Dia memejamkan matanya.

Pang!

Sal terkujat. Tak bergerak walau seinci. Matanya terbuka membulat. Pipi kirinya terasa panas menyambar. Ditampar?

Rasa ingin membelai pipinya meredakan sakit. Tapi... "Apa benda ni? Dah kenapa tangan aku kena ikat." Sal merengus menghadap ke depan. Sekali lagi dia terpempan. Bilik gelap itu disapu matanya sekilas. Bukan biliknya. Wajah Sal makin berkerut.

Mata Sal menyepet. "Apa kenalah silau ni?" Satu spotlight difokuskan di tempatnya. Keningnya berkerut lagi.

"Pelik huh?" Satu suara membisik di telinga Sal. "Ini bukan bilik kau."

Sal berpaling ke arah suara itu. Tak ada. Dia mencari dengan matanya. Tak ada. Huh?

"ARGH! SAKIT LAH!" Sal mengerang kesakitan. Dilihat kedua-dua lengannya sudah dikelar. Darah memancut keluar dari kesan kelaran itu.

"Baru sekarang kau rasa sakit? Oh baru aku tahu. Selama ni tangan kau tu memang tak ada deria rasa. Eh? AHAHAHA." Suara itu bergema.

Barang-barang di dalam ruangan itu tercampak ke arah Sal. Sal mengelak. Sesekali terkena di badannya. Bingung!

"Kau nak apa hah? Kau ingat dengan kelar tangan aku ni boleh bagi apa yang kau nak?" Sal mendengus geram. Dahlah kecewa tadi tak surut lagi. Tiba-tiba buka mata dia dah ada dalam bilik ini dengan suara yang entah dari mana entah.

"Kau ingat dengan kau kelar tangan sendiri tu boleh selesaikan masalah?" Nada suara itu seperti sedang tersenyum sumbing.

Sal terkedu. Dipandangnya sekilas lengan kirinya. Jed. Kesan kelaran itu masih terpahat. Cuma bezanya darah disitu sudah membeku. Sal kembali memandang ke hadapan. Rasa takut menyelimuti dirinya. Setitis air mata jatuh ke riba. "Allah.. apa aku nak buat ni?"

"Heh. Baru sekarang kau ingat Tuhan? Dasar manusia tak tahu untung. Dah sakit baru cari Tuhan." Suara tanpa jasad itu seolah-olah menghentak bumi. Barang-barang di atas lantai terus terangkat dan melayang ke arah Sal. Dia cuba mengelak. Tak tunggu sesaat, benda berdarah tercampak tepat ke muka Sal. Sal melihat benda tersebut. Terpempan. Tangan yang terputus dari jasadnya yang telah dikelar. Gulp.
"Umur pun setahun jagung lagi. Ada hati nak sehidup semati. Last sekali apa pun tak jadi. Akal pun tah mana pergi. Tambah lagi tu kelar pulak tangan sendiri. Kapel lah lagi lain kali." Dengan dua nafas suara itu bergetar.

"Kau... tak rasa." Ujar Sal perlahan. Dia tertunduk. Esakannya semakin kuat.
"Kau ada Tuhan untuk kau luahkan. Bukan tangan untuk kau sakitkan. Tak ke gila kelar tangan sendiri? Sakit sendiri jugak tanggung. Bersyukurlah Allah dah buka mata kau yang lelaki tu bukan untuk kau. Tak nampak lagi ke hah?" Suara itu meninggi.

"Tengok depan."

Kepala Sal diteleng kuat.
Bergegar otaknya. Kelihatan cermin samar di depannya. Dengan air mata mengalir, Sal melihat tulisan yang tertera pada cermin. Tulisan berdarah. "TUHAN DAH BAGI TANGAN. KAU TINGGAL JAGA JE."

Seketika kemudian, darah yang terlekat pada cermin itu bergumpal meluru ke arah lehernya membentuk rupa seperti sebilah pisau kecil. ZASS!

"ALLAH!" Sal tersedar. Dilihat sekelilingnya. Fuh. Tangannya tak terikat lagi. Bilik itu kembali seperti sedia kala. Syukur.


***

Allah ada
Adu pada-Nya

Kelar tangan tak ada guna
Kau juga yang merana

Lagi satu hal kau perlu tahu
Kapel itu haram wahai kamu