Pages

|

Wednesday, 4 June 2014

Qawiy

Karya: Zeddka


Titisan air mata mengalir deras. Bibirnya diketap menahan keperitan. Tetapi tidak sekalipun Shah menghentikan langkahnya. Langkahnya semakin dipercepat.

"Oh, kau dah berubah lah ni. Dah dapat hidayah Allah lah? Hahahahaha." 

"Haha, kau jangan berlagak alim sangat lah. Dulu, kau bukan baik sangat. Ada hati nak berubah. Hahahahaha." 


  Segala ejekan dan sindiran rakan-rakannya terngiang ngiang di telinga Shah. Shah menutup telinganya. Shah menggaru garu kepalanya. Dia tertekan. Dia terus menangis dan menangis.

"Aku tak nak berubah. Aku nak jadi macam dulu! Semua orang benci aku bila aku berubah." Shah menyeka air matanya. Semakin diseka, semakin deras mengalir. Dia mencampakkan kopiahnya ke lantai. Kopiah yang sentiasa dipakainya untuk melakukan ibadat. Hatinya penuh dengan amarah. Hatinya tertanya tanya. Mengapa semua orang membencinya? Kenapa? Salahkah untuk dia berubah?

 Dia membaringkan jasadnya. Kepenatan.

"Qawiy..."

Shah mengangkat muka apabila terdengar satu bisikan.

"Qawiy.."

 Shah menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa.

"Shahir, la tahinu. Qawiy!!."

Shah merasakan sesuatu.

Tiba tiba, satu cahaya muncul menyilaukan pandangannya.

"Shahir.." satu suara muncul. Suara itu sama seperti suara yang berbisik tadi. Dan satu lembaga putih mula muncul.

"Ka..kau...kau siapa?" Shah ketakutan.

"Shahir, itu tidak penting. Bangunlah anak muda. Kamu mengatakan bahawa semua orang benci akan perubahan kau. Tetapi, Allah tidak. Allah tidak membenci hambaNya yang bertaubat dan berubah ke jalanNya. Shahir, jangan kamu berputus asa. Teruskan, istiqamah." kata lembaga itu.

"Ta..tapi, aku tidak setabah mana." kata Shah yang masih ketakutan.

"Kuat lah kerana Allah. Insha Allah, Allah akan memberi kekuatan kepada kamu." balas lembaga itu lagi.

Shah membisu. Memikirkan kata kata lembaga itu. Shah, mengangkat muka. Lembaga itu hilang. Shah ketakutan.

"Ah!" Shah menjerit. Dia terbangun dari tidurnya. Shah melihat sekeliling biliknya. Dia mencari lembaga putih itu. Tiada.

"Mimpi kah?" bisik hatinya. Tiba tiba, dia tersenyum. Dia mencari sesuatu. Ya. Kopiah putihnya.

"Ha, itu pun kau. Sorry, sebab baling kau tadi." Shah menepuk nepuk kopiahnya yang sedikit kotor.

  Shah menyarungkan semula kopiahnya. Dia kembali tersenyum. Dia tersilap, biarlah manusia benci akan perubahannya, sekurang kurang Allah tau apa yang dia sedang lakukan. Dia ingin berhijrah, dia mahu tinggalkan zaman jahiliyahnya.

Shah melihat jamnya.

"Sudah masuk waktu asar." katanya perlahan. Dia membuka langkah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.



****

La tahinu. Qawi lillahi Ta'ala.


"Jangan lemah. Kuat kerana Allah."