Pages

|

Tuesday, 3 June 2014

Kerana Kek Coklat

Karya: Adeny


Kerana kek coklat itu…..

Masa terus berputar terundur ke belakang…

“Anis, kau makan kek coklat aku ke hah?!” Amira menyergah adiknya, Anis dari belakang. Tanpa salam.

Anis terkejut. Dia sungguh takut dengan sikap kakaknya sekarang. Anis mula kecut perut. Bibirnya pucat. Badannya terketar-ketar.

“Hey kau takde mulut ke hah? Kau dah bisu ke apa? Ke kau dah pekak hah?! Aku tanya ni jawablah!” Kata Amira sambil menunjal-nunjal kepala adiknya. Sungguh, dia rasa sangat marah. Kek coklat itu adalah kek kegemarannya. Sesiapa yang menyentuh kek kegemarannya itu, mesti Amira akan naik angin.

“Eh bodohnya kau ni! Kau ni patutnya dilahirkan sebagai pekak ngan bisu kau tahu tak!” tempik Amira lagi. Menunjukkan amarahnya.

Anis mula berpeluh. Sungguh, dia tersangat takut sekarang. Mahu mengharapkan pertolongan daripada ibu dan ayah, namun ibu dan ayah kini berada di kampung menjenguk nenek.

“Kau keluar daripada rumah ni! Serabut aku tengok muka kau! Keluar!!!” Amira menolak Anis keluar daripada rumah.

Di depan pintu pagar rumah mereka, Amira menolak secara kasar tubuh Anis lalu Anis terjelepok jatuh di jalan raya itu.

Dan secara tiba-tiba…..
BAMMMM!!!!!!!

Anis jatuh tergolek di tepi jalan. Kepalanya dibasahi dengan darah. Gadis kecil itu menggeletar menahan sakit. Kereta yang baru sahaja merempuh badan Anis pantas memecut laju melarikan diri.

Amira berpeluh-peluh. Matanya terkebil-kebil. Tidak sangka insiden itu berlaku di depan matanya sendiri. Dia terus berlari menuju kearah adiknya lalu memangku adiknya. Amira menangis.

“Akak…. Maafkan adik, kak. Adik mintak maaf sangat-sangat. Adik tak makan banyak pun kek coklat akak tu. Adik makan sikit je kak… kak… maafkan aa..dik kak…” Anis bersuara lalu pengsan.

Amira yang sedang memangku adiknya itu menangis teresak-esak. Kesal dengan tindakannya. Dia segera menghubungi ambulans, dan tidak lama kemudian ambulans datang membawa adiknya pergi ke hospital. Amira menangis lagi disamping adiknya di dalam van ambulans tersebut, sambil diperhatikan oleh petugas-petugas disitu.

Kini dia menyesal. Dek hanya kerana kek coklat, dia sanggup berlaku kasar terhadap adiknya sendiri lalu mengakibatkan adiknya itu dirempuh kereta sewaktu dia menolak adiknya ke jalan raya.
Lalu, dia berjanji pada dirinya sendiri pada adiknya itu, sambil tangan Anis yang longlai itu digenggam erat.

“Kakak janji, lepas ni kakak akan jaga Anis baik-baik. Kakak tak kisah, Anis nak makan kek coklat kakak banyak mana pun boleh. Asalkan Anis selamat. Asalkan Anis selalu ada dengan kakak. Maafkan kakak ya?” ujar Anis. Tangan Anis yang kecil dan lembut itu diciumnya dengan penuh kasih sayang.

“Jangan risau, dik. Adik kamu ni tak teruk mana pun. Dia akan selamat.” ujar seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat kecemasan di dalam van tersebut. Cuba menenangkan Amira yang semakin panik.

Amira tidak menjawab. Dia hanya berharap adiknya akan selamat. Sungguh, dia tidak mahu kehilangan adiknya itu.

“Maafkan kakak, Anis…..”



- TAMAT -