Pages

|

Monday, 2 June 2014

Histeria



Karya: Achagembeng



“Weh Dell, hati-hati sikit dengan budak tu. Tu kan budak histeria. Kang tak memasal kau kena.” Bisik Hanani walaupun bisiknya itu cukup jelas untuk aku dengar.

Ah, apa aku kesah dengan kata orang. Mereka tak faham. Mereka belum lalui. Kalau dah kena, habislah kau nanti. Baru kau rasa macam mana aku rasa.

Kedua-dua sahabat itu melencong ke arah lain apabila bertembung dengan aku. Sentap mak. Aku hanya buat dunno. Alahai, dorang tu dengki dengan aku. Tapi kadang-kadang letih sebab terpaksa sedapkan hati sendiri walhal ujian datang bertingkek-tingkek.

Bahuku disentuh lembut. Kaget aku dibuatnya. “Hehehe, takkan lah terkejut? Berangan letew. Qiara sihat?” Tanya Piah dengan lembut. Ah, mujur saja Piah datang tepat pada masanya.

“Eheh dia ni. Mana tak terkejut, nasib baik tak melatah. Kalau tak, kantoilah. Tak comel nanti. Hihihi. Alhamdulillah, feeling better than yesterday. How about you, intan payungku?”

Piah tergelak kecil. Piah terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut. Nak dibandingkan dengan aku ni, alahai menyimpang sungguh.

“Wah wah, siapa kata Qia comel? Piah lagi comel tauu! Alhamdulillah sihat juga. Allah masih beri peluang untuk berjumpa dengan Qia ni kira nikmatlah.” Piah menghadiahkan senyuman manis.

“Eh jom kita ke surau. Dhuha sama-sama.” Piah agak terkejut dengan ajakanku. Dulu aku memang selalu mengelak kalau diajak ke surau tapi entahlah. Mak cik Hidayah dah terajang aku agaknya.

Kami berdua jalan beriringan menuju ke surau Al-Fateh. Banyak yang aku nak cerita kat Piah ni. Maklumlah, Piah ni pendengar yang setia. Pandai jaga rahsia pula tu. Tapi aku tidaklah menggunakan peluang itu untuk meluahkan segala masalah aku. Aku ni kadang-kadang tu baiklah jugak. Eheh.


***


Tiba-tiba badanku seram sejuk setelah melepasi laluan itu. Seramnya lain macam. Aku genggam tangan Piah sekuat hati. “Qia, okay tak ni? Selawat banyak-banyak. Sampai je ke surau, terus ambil wudhu tau. Qowiy Qia!”

Piah tahu aku tak boleh lalu di laluan tu tapi kami mahu ke surau. Takkan nak terbang pulak. Terpaksa.

Sampai saja di surau, aku rebah. Langsung tak sedar. Piah tenang. Dia memanggil Aqilah dan Fatin yang sedang makan di meja bulat. Bukan niat nak mengganggu tapi Piah tahu mereka itu dah biasa handle kes macam aku ni.

Aqilah dan Fatin mengambil wudhu sebelum masuk ke surau. Wajah mereka tenang. Dalam surau, hanya ada aku, Piah, Fatin dan Aqilah. Tak nak ramai-ramai, nanti makin ramai kena.

Tiba-tiba saja azan dilaungkan Aqilah. Dengan suaranya yang serak basah tu, waduh boleh meleleh air mata. Merdu woi!

Fatin pula berperanan untuk memegang tubuhku. Selalunya mangsa histeria ni meronta-ronta. Rontaannya pula bukanlah rontaan yang macam bapuk kat Jalan Chew Kit tu. Bapuk tu kalau kena macam aku pun ganas jugak. Eheh.

Telingaku kepanasan. Mata aku pedih. Tak boleh buka langsung. Sakitnya badan aku. Tambahan pula, Aqilah azan kat telinga aku. Memang ah!

Aku tak henti-henti menangis. Badan aku meronta dengan kuat hingga memaksa Fatin menampar mukaku. Ya, sakit. Tapi aku tak rasa sakit disebabkan tamparan itu. Tiba-tiba mataku terbuka. Merenung Fatin yang cuba memegang tanganku.

“Istighfar sayang. Ingat Allah. Lawan Syaitan tu. Kenapa lemah-lemah ni? Tak sayang aku ke?” pujuk Fatin perlahan. 

Tapi aku tak endahkan pujukan itu. Aku mencekik leher Fatin sekuat hati. Piah terkedu. Tiga saat berlalu, barulah Piah tersedar dan cuba menenangkanku. Tapi ternyata sia-sia. 

Piah mencapai secawan air zam-zam lalu diusapkannya ke mukaku. “Woi apa kau letak ni woi! Sakit woi! Pedih kau tahu?! Aku benci kau! Aku benci kau sampai mati! Aku benci kau!” 

Piah tersentak. Fatin mengusap bahu Piah, “Piah, bukan dia yang cakap tu. Sabar weh. Husnuzon. Korangkan sahabat baik.” 

Piah senyum kelat. 

Balqis berlari anak menuju ke arah aku yang semakin teruk ini. Balqis meminta Piah mengambil baldi kosong. Tak pula dinyatakan tujuannya.

Aqilah memegang kuat tengkuk aku. Lalu diazankannya. Aku didudukkan dalam keadaan melunjurkan kaki ke arah qiblat. Sejadah diletakkan di atas riba. Baldi diletakkan disisiku. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 

“Piah, sakit Piah... Piah tak kesian kat Qia ke? Piah.... Tolong Qia.. Sakit sangat Piah..” rayuan aku tidak diendah Piah. 

Air mata mengalir. Piah tak sanggup melihat keadaan Qiara begini. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami. Kasihanilah Qiara ini.

Semakin kuat azan, semakin kuatlah tangisan aku. Perutku kembong. Sendawa tak henti-henti. Sendawa angin. Tak busuk pun. Tapi Aqilah tahu, itu tandanya ‘dia’ tak tahan berada di dalam tubuhku. Sakit mungkin.

Aku rasa seperti ada cecair yang nak keluar dari tekak. Loya sangat. Aku menepuk perutku berkali-kali. Fatin mendekatkan baldi kosong itu. Diurutnya bahuku dan diiringi dengan alunan azan. 

“Qiara, kuatkan semangat. Jangan dilayan Syaitan laknat tu. Kenapa kau nak mengalah dengan Syaitan durjana tu? Kuat Qiara! Qowiy lillahitaala sayang!”

***


Peristiwa bulan lepas bermain-main di kotak mindaku. Mana mungkin aku bisa kuat semangat secepat kilat. Jatuh bangunku, Piah sentiasa disisinya. Bersyukur ke hadrat Ilahi.

Kepalanya sakit lagi. Heh kepala, penat aku melayan kau. Bilanya aku nak belajar dengan tenang? Ya Allah... Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Aku memegang kepala. Mataku sudah mula berpinar. Sekejap gelap, sekejap terang. Apa yang penting, sangat sakit. 

“Weh Wawa, kau tengok Qiara tu. Dah mula lah tu. Weh blah weh. Cepat cepat.” 

Ah, kejam punya kawan. Time susah boleh pula mengendeng-ngendeng kat aku. Aku sekeh sodap ni. Tapi lebih baik aku tidur. Kejap lagi aku bangun lah. Lima minit je kok.


***


Eh, aku kat mana ni? Apesal macam lain je tempatnya? Bukan ke tadi aku tidur kat kelas? Alamak kantoi dengan pengetua ke? Aduhh..

Aku cuba memandang sekeliling. Mataku terhenti di sebelah kiriku, aku cuba memegang tangannya. Tak bergerak. Mati ke apa orang ni? Haish, siapa ni??

“Alhamdulillah Qiara. Dah sedar. Maaflah Piah tertidur.” Piah rupanya.. Ingatkan Pengetua. Okay tak masuk akal.

“Piah, kenapa Qia ada kat sini?”

“Qia tadi tidur kat kelas kan?” pertanyaan itu terlalu sinis bunyinya. Yelah, Piah tak suka aku tidur dalam kelas. Nanti dia merajuk dengan aku. Hihihi.

“Tapi Piah tahu, Qia sakit kepala. Piah maafkan. Lepastu kan Qia, Pn Zanariah dah masuk dan dah nak start mengajar. Budak-budak pun kejut Qia tapi Qia tak bangun. Lepastu Fara tertolak Qia, Qia jatuh atas lantai. Qia pengsan dalam tidur. Pelik lah Qia ni. Hihi.” Seloroh Piah.

“Eleh takkan sampai macam tu sekali? Piah tipu. Habistu doktor cakap apa?” 

“Ish buat apa Piah nak tipu. Tak cium bau Syorga nanti. Doktor cakap... Eh takpelah, Qia makan roti gandum ni dulu. Orang sakitkan.. Hahaha.” 

“Haa yelah.” Aku pelik. Kenapa Piah nak sembunyi sesuatu daripada aku. Apa yang tak kena? Abaikanlah.


***


“Apa? Kanser otak? Takkan sampai macam tu sekali, Piah?! Mana doktor tu? Biar aunt cakap dengan dia. Haish!!” 

Aku tersedar. Kuat betul suara mama. Aku pasang telinga. Kanser otak? Siapa yang kena kanser otak? Piah ke? Eh takkanlah. 

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Mujur aku tak boleh solat. Kalau tak, mahu taknya aku dah gelabah. Tapi waktu-waktu macam ni lah sakit kepala senang nak serang hendap. Baik aku tidur dulu.

“Sabar aunt. Ni semua ujian. Kalau aunt melatah, macam mana Qia nak hadapi ujian ni? Aunt kena kuat. Kita sama-sama doakan Qia.” Lembut Piah menenangkan aunt Zabedah.

“Yelah yang, betul cakap Piah tu. Salah kita jugak, asyik kerja kerja kerja. Tak luangkan masa untuk anak-anak langsung.” Keluh uncle Rosyam. Piah hanya tersenyum.

Alarm berbunyi. Tiba-tiba saja doktor dan jururawat berlari ke wad D13, wad Qia. Piah panik. Allahuakbar, macam manalah aku boleh tertidur. Lalai betul aku ni. Patutnya aku teman Qia.

Piah menanti keputusan doktor diluar wad. Aunt Zabedah dan uncle Rosyam tak tahu mana menghilang. Mungkin ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan mungkin. Husnuzon.

Doktor keluar dengan muka yang hampa. “Eh mana ibu bapa Qiara? Awak siapa?”

“Saya Amira Sofiah. Sahabat Qiara. Ibu bapa dia ada urusan, mungkin akan kembali sebentar lagi. Macam mana dengan keadaan Qiara, ye doktor?”

“Hm.. Macam mana ye saya nak cakap.. Keadaan Qia semakin kritikal. Dia kerap pitam. Kadar nadinya juga perlahan. Sekarang dia sedang koma. Banyakkanlah doa untuknya.”

“Allahuakbar... Allahuakbar...”

“Okaylah saya minta diri dulu. Saya perlu uruskan Qiara.”

“Terima kasih doktor.”

Jantung Piah berdegup kencang seperti baru habis larian 200 meter saja. Piah beristighfar berulang kali. Berita ini amat mengejutkannya. Dia tak tahu bagaimana Qia boleh disyaki menghidap kanser otak peringkat 3. 

Piah melangkah perlahan menuju ke surau hospital. Lagi 10minit azan Asar. Dia perlu siapkan diri.
Seusai solat, Piah berdoa. Tiba-tiba dia termenung dan terfikir, selepas kes histeria minggu lepas kesihatan Qia terus merosot. Apa yang jadi sebenarnya? Ya Allah.. Kenapa tak aku je yang diuji sebegini. Mengapa Qia? Mengapa Qia? Aku terlalu sayangkan Qia.

Air matanya meluncur laju dipipi. Imannya mula futur. Sahabat baik dalam keadaan koma. Nazak. Dan barangkali boleh mati pada bila-bila masa saja. 

Dia mencapai telefon. Laju saja jari-jemarinya menari di atas phone untuk menaip sms.
“Assalamualaikum, Wawa. Minta kalian tembak Qiara dengan doa. Qiara sedang tenat di hospital. Kalau kalian mahu melawat, dia ditempat di wad D13. Tembak tanpa henti. Kadar nadinya juga menurun. Tapi tak perlu risau, serahkan semuanya pada Allah. Salam alaik.”

Telefon berbunyi tanda sms masuk.
“Waalaikumussalam. Allahuakbar! Allahuakbar! Apa sahih berita ini? Sungguh, aku tak percaya. Baru sebentar tadi aku cakap belakang tentang Qiara. Allah.. Maafkan aku, Qiara. Aku berdosa. InsyaAllah aku akan sampai berita ini pada kawan-kawan. Sampaikan salam pada ibu bapa Qiara. Kuatkan semangat, Piah. Semangat Qiara ada pada kau.”

Air matanya mengalir tanpa henti. Bagaimana aku bisa kuat, Ya Allah.


***


“Qiara masih tak sedarkan diri.” Ujar Piah lemah.

“Mana semangat kau, Piah? Kau nak ke Qiara makin tenat? Kuatkan semangat Piah!” Wawa cuba memberi semangat. Walaupun ianya agak sia-sia.

Ibu bapa Qiara berjalan ke arah Piah lalu menyerahkan sebuah buku berwarna hitam-kelabu.
Piah terkedu. Aunt Zabedah mengangguk. “Bacalah.”

Piah senyum kelat. “Terima kasih.”

Sehelai sehelai lembaran itu dibuka. 

“Hati, aku letih menjaga engkau. Aku letih bila terpaksa tersenyum di hadapan Piah. Sungguh, aku tak kuat. Sungguh, aku lemah. Hati, mengapa aku rasa aku saja yang diuji begini. Apa hina ujian ini untuk aku? Ya, aku tahu.. Aku jahil. Selepas kes histeria tu, aku berniat nak berubah. Tapi kawan-kawan makin hina aku. Apa jelek sangat aku ni? Itu ke kawan?
Hati.. Maafkan aku kerana tak mampu menjaga engkau dengan baik.”
-Qiara, 13 Mac-

“Ya Allah. Andai ajal sudah menjemputku pulang, aku merayu pada-Mu jagakanlah Piah. Peliharalah imannya saat diuji. Jagakanlah hatinya saat dilukai. Aku tak sanggup membiarkan dia keseorangan. Ya Allah, aku tahu aku tak layak meminta padamu disebabkan dosa-dosaku. Tapi sesungguhnya, dengan rendah hati aku memohon pada-Mu.”
-Qiara, 17 Mac-

 Catatan terakhir, 17 Mac. Hari ini 23 Mac. Dah seminggu Qiara koma.

“Wawa, aku tak kuat...” rintih Piah dibahu Wawa.

“Apa cakap macam ni.. Orang koma ni boleh resap apa yang orang sekeliling dia rasa. Kalau kau sedih, dia pun sedih dan tak nak bangun dah. Takpelah, kau redhakan. Biarlah dia berehat. Dia penat.”

Makin kuat tangisan Piah. “Aku tak sanggup kehilangan Qia.. Aku tak sanggup..”

“Piah!! Cepat ke sini!” panggil aunt Zabedah.

“Eh jom Wawa.”

“Jom. Jom.”

“Piah.. Harap Piah bersabar.. Qiara disahkan meninggal dunia lepas asar tadi.” Sayu  aunt Zabedah memberitahu berita sedih itu.

Piah pengsan.


***


“Qiara, aku gembira dapat bertemu denganmu. Walaupun ianya sementara. Tetapi ianya cukup bermakna. Bersama kau, aku kenal apa itu ukhuwah. Dengan kau, aku kenal siapa itu sahabat. Terima kasih Qiara dengan kenangan yang indah. Tunggu aku disana ya!”
-Piah, 29 April-




TAMAT

Bebas

Karya: Izz Rodzian




“Merantau ke negara orang perlu mujahadah.”, luah Afzal, memecah kesunyian.

Fizi yang sedari tadi termenung, tidak mengendahkan langsung apa yang diperkatakan oleh sahabatnya, Afzal. Khusyuk mentadabbur alam, mungkin.

“Fizi, jauh sangat kau termenung tu.”. tegur Afzal sambil menepuk bahu Fizi.

“Eh, sorry. Apa kau cakap tadi?”, Fizi tersentak dari lamunannya tadi.

“Takde apa. Apa yang kau menungkan? Ada masalah? Mind to share?”, tanya Afzal sambil tangannya asyik men-doodle di sketchbooknya. Itu antara hobi Afzal bila ada waktu senggang. Ke mana sahaja dia pergi, sketchbooknya sentiasa ada bersama.

“Aku syok tengok burung-burung tu terbang. Hidup bebas.”, luah Fizi. Matanya masih lagi mengekori burung-burung yang berterbangan di langit.
Afzal diam. Khusyuk men-doodle.

“Eh Afzal, ce kau tengok burung tu. Bebas. Best.”, ajak Fizi penuh keterujaan.

“Ha’ah, best. Tapikan, burung tu, terbang terbang dia pun, dia ada tuan jugaklah.”, jawab Afzal, bersahaja nadanya.

“Yelah. Kadang-kadang aku rasa kosong. Maklumlah, UK ni kan maju, currency tinggi, internet pun laju je. Apa kita nak, confirm dapat punya.”, Fizi mengomel.
Afzal masih lagi khusyuk men-doodle.
“Tapi, apasal ah? Rasa tak pernah puas.”, bentak Fizi, sambil lempar batu kecil.
Afzal menyimpan sketchbooknya.

“Takpe, jangan risau. Dulu pun kita rasa benda yang sama jugakkan? 25:43”, tenang Afzal membalas.

“Apa dia?”, soal Fizi, riak wajahnya menunjukkan dia agak blur di situ.

25:43”, balas Afzal lagi.

Fizi masih blur. Termenung jauh dia dibuatnya. Memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Afzal, mungkin.

“Eh Fizi, dah nak Asar ni. Jomlah!”, ajak Afzal.

“Solat kat sini ke? Aku seganlah. Kau pergilah dulu.”, balas Fizi, antara dengar dan tidak.

“Eh, jomlah.”, sambil menarik tangan Fizi.

Beralaskan jacket Afzal, mereka berdua solat.
Kemudian, datang lagi dua orang sahabat; Azizi dan Syafiq. Join mereka solat.
 
--

Usai solat, macam biasa; imam bersalaman dengan para makmum.
“Eh, Azizi, Syafiq. Bila sampai ni?”, tanya Afzal sambil bersalaman.

“Haaa, tadi kitorang nampak kau dengan Fizi solat. Kebetulan kitorang belum solat. So, kitorang joinlah.”, jawab Azizi sambil menyambut salam Afzal.

“Oh! Lepas ni buat apa?”, tanya Afzal.

“Takde buat apa pun. Tak tau nak buat apa.”, balas Syafiq sambil memandang Azizi.

“Haaaaa! Kalau macam tu jom main bola kejap. Fizi jomlah sekali.”, ajak Afzal sambil menarik tangan Fizi.

“Pergi dulu, nanti aku follow!”, kata Fizi, malu-malu kicing gayanya.

“Dah! Jangan nak mengada. Jom! Jom!”, Afzal menarik tangan Fizi semahunya.
Mereka berempat bermain bola hampir 45 minit.

--

Usai bermain bola, mereka duduk di kerusi yang tersedia di park tersebut.
“Eh Afzal, tadi kau cakap 25:43 tu pasal apa eh?”, tanya Fizi bersungguh.

“Dia macam ni Fizi. Allah berfirman; Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau menjadi pelindungnya? Haaa, faham tak?”, terang Afzal.

“Macam tu lah Fizi.”, sambung Azizi.

“Ooohhh..”, balas Fizi, ringkas.

“Hidup ni sebenarnya simple je Fizi. Yang penting, kau kena ikut kompas. Sebab, ikatan pada Allah itulah yang menghubungkan kita pada fitrah kita. Itulah baru dinamakan kebebasan yang sebenar. Betul tak Afzal?”, terang Syafiq lebih details.

“Betul lah tu Syafiq. Bagi aku pulak, dari segi kebebasan; aku bebas daripada penjara hawa nafsu dan masa itulah aku rasa takde limit langsung aku nak beramal dengan Allah. So, aku harap kau fahamlah apa yang aku maksudkan dengan 25:43 tu tadi.”, sambung Afzal, meyakinkan hujjah Syafiq sebentar tadi.

“Eh dah nak maghrib ni, jom balik!”, tegur Azizi sambil melihat jam tangannya.
 TAMAT