Pages

|

Monday, 26 May 2014

Dia

Karya: Ysmin



         Zahrah yang kini sudah berhijrah memakai jubah serta tudung labuh pada pagi itu, berjalan melintasi sekumpulan gadis. Ada yang free-hair dan ada juga bertudung, tapi tudungnya singkat, bajunya sendat. Tidak labuh. Nampak segala bentuk pada tubuh.

"Eh ada orang alim lalu lah. Nak bentang karpet merah ke tak ni? HAHAHAHA!!", berhamburan ketawa mereka.

Zahrah yang terdengar akan sindiran mereka itu hanya menundukkan kepala lalu mempercepatkan langkahnya.


❁❁❁


Begitulah kehidupan Zahrah sejak dia berhijrah 2 tahun yang lepas. Pasti ada pihak yang berasa tidak puas hati dengan perubahannya. Menghentam Zahrah mentah-mentah, memerli dan mencacinya. Sungguh kasihan. 

Nasib baik Zahrah bukan seorang yang mudah untuk futur. Dia tetap qowiy dalam apa jua keadaan. Dia tidak pernah rasa ejekan orang lain mampu mematahkan semangatnya untuk mengejar mardhatillah. 


❁❁❁


Apa yang peliknya, mengapa orang-orang yang memerli Zahrah itu berasa kurang enak dengan penghijrahan Zahrah? Mengapa mereka lebih memilih untuk memerli, menghina daripada menyokong? Bukan kah kembali kepada fitrah itu sesuatu yang baik? Mengapa dibenci? 

Inilah masalah kebanyakan umat Islam sekarang. Sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata kasar kepada sesiapa yang tidak mereka sukai. Mereka lupa bahwa mereka juga bukanlah sempurna sampaikan ada hak untuk mengutuk orang lain.

Tidak kah mereka rasa tindakan mereka itu kejam terhadap seseorang yang baru berhijrah? Tidak kah mereka rasa bahwa mereka sekaligus sudah menghina agama Islam? Tidak kah mereka takut padaNya? Dan lupa kah mereka bahwa balasanNya di akhirat sana teramat dahsyat? Allahu.


❁❁❁


Pernah suatu hari, Zahrah berkata sesuatu kepada orang yang mengutuknya, 

"Istighfar lah sahabat. Hati kalian tu bermasalah. Bersihkan lah dengan istighfar", ujar Zahrah seraya tersenyum.

Senyuman Zahrah bukan lah bermakna dia menyindir. Dia senyum kerana dia mahu hati mereka lembut walaupun sedikit. Apapun, semuanya dengan izinNya. Zahrah hanya mampu berdoa.


❁❁❁


Hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun, kecekalan Zahrah dalam penghijrahan dan kerja dakwahnya membuatkan ramai orang tertarik untuk berkawan dan berdamping dengannya. 

Dengan izin Allah s.w.t, hati mereka tergerak sama untuk berubah ke arah yang lebih baik dan meninggalkan zaman jahil mereka. Alhamdulillah syukur!

Mengenangkan perbuatan mereka dahulu yang menghina Zahrah membuatkan mereka menyesal dan meminta maaf kepada Zahrah. Mereka sedar akan kesilapan mereka.

"Aku maafkan kalian. Jangan risau ya.", kata Zahrah sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Jelas keayuannya pada waktu itu.

Zahrah sudah lama memaafkan perbuatan mereka dahulu. Itu semua kerana Allah s.w.t. Allah menyuruh kita memaafkan kesilapan orang lain. Akan tetapi, Dia tidak pula menyuruh kita redha dengan segala perbuatan mereka kerana; Dia tahu kita tidak mampu.


❁❁❁


"Salam ukhuwah fillah abadan abada sahabat!", kata Zahrah dengan penuh semangat terhadap sahabat-sahabat barunya seraya mereka semua berpelukan.

Semoga ukhuwah mereka kekal hingga ke syurga. Aamiin Ya Rabb.



Tamat.