Pages

|

Monday, 16 June 2014

Haters

Karya: Zelkahf




Yo! Nama aku Umar a.k.a (also known as) Numair. Aku adalah seorang penulis thriller yang suka mengambil idea-idea jalan cerita berdasarkan apa yang aku alami dan apa yang aku nampak. Maknanya, setiap karya yang aku tulis adalah based on true story and true experiences yang aku garap menjadi sebuah novel atau cerpen. Nah, aku bukan sahaja menulis cerpen dan novel, tapi aku juga penulis lirik lagu dan puisi. Nampak macam hebat je kan? Tapi sebenarnya aku biasa-biasa saja. Ada yang lebih gempak daripada aku, macam Hlovate, Fynn Jamal, Syafiq Aizat, Ainum Solehah dan ramai lagi penulis dan sasterawan yang hebat-hebat. Seriyes, aku sangat jeles dan teringin nak jadi seperti mereka. Tapi tak dapat doe. Haih.

Dan walaupun aku hanya golongan marhaen dalam bidang penulisan ni, selain ada peminat kipas-susah-mati aku tetap tidak lepas daripada mempunyai sebilangan haters yang sangat suka menyusahkan hidup aku. Heh. Mereka fikir mereka bagus sangat. Tak apa. Selagi mereka tidak melampaui batas aku masih bisa bersabar.

Kan sabar itu sebahagian dari iman? Tak gitu ostaj ostajah?
Okay, sekarang ni nak sambung menulis. So, jangan ganggu aku.

“Woi gilaa!! Lepaskan aku lah!!!” suara itu memekik dari dalam bilik tengah. Aku yang sedang berada di ruang tamu hanya tersenyum membiarkan suara itu terus terpekik terlolong.

Idea mencurah-curah.
Jari jemari terus ligat menaip papan kekunci ASUS X552C berwarna hitam.

***

Jam 2 pagi,
Villa Sri Menanti.

Umar masih berjaga di hadapan komputer ribanya. Sambil ditemani muzik hard metal Slipknot dan segelas hot chocolate untuk diminum, Umar cuba menyiapkan bab terakhir novelnya. Bergegar satu rumah dengan muzik Slipknot berjudul Sulfur tu. Mana taknya si Umar ni memang suka kalau dengar lagu, dia naikkan volume sound hingga yang paling maksima.

Akibat terlalu lama duduk menghadap laptop, sesekali Umar meregangkan otot-otot tubuh yang lenguh dan terasa kebas. Kemudian, dia termenung. Hendak memikirkan idea, kepalanya terasa berserabut. Lalu dia berhenti seketika.

Tetingkap Microsoft Word dikecilkan. Browser dibuka. Kebiasaannya Umar memang suka memeriksa emelnya. Mana tahu ada mesej balas ke apa dari pihak penerbitan. Pautan inbox di klik. Terbuka.

“2 New Messages”. Umar menekan pautan tersebut. Emel pertama menarik perhatiannya. Umar membaca emel itu dengan penuh teliti. Sesekali dahinya berkerut. Bibirnya mengucap kata-kata kesat. Bengang. Mungkin ada sesuatu yang menyakiti hatinya pada isi kandungan emel tersebut.
Dia terus tutup laptop. Nasib baik dah save document manuskrip novelnya tadi. Kalau tidak, satu hal lagi dia nak buat balik. Dia bangun dari tempat duduk. Lalu menuju ke katil. Tubuh direbahkan. Dia mengeluh.

“Haih. Aku rasa macam nak hentak je kepala haters yang menyorok disebalik emel ni. Kalau aku dapat dia memang lunyai dia aku kerjakan.”

Mata dipejam. Membayangkan sesuatu. Tak lama kemudian, dia tersenyum. Satu idea bernas mula hinggap di kepalanya.


***

Emel yang menjengkelkannya semalam dibuka semula. Butang “Reply” di klik. Dia memasukkan satu pautan yang telah diubah suai dan diprogramkan sebagai ‘phishing agent’ ke dalam kotak emel tersebut. Kemudian, butang “Send” ditekan sambil senyuman lebar turut terukir dibibirnya.

“Aku harap kau tekan link tu anon. Bila kau klik link tu, segala maklumat dan data di mana kau online dan hantar emel tu dekat aku, aku akan tahu. Mail phishing ni akan bantu aku cari kau.”, Umar tersengih sendiri.

Umar menanti dengan penuh kesabaran. 

Tett!! Tett!! Tett!!
“Yes! Terumpan!” segera Umar membuka tetingkap perisian Mail Phishing yang tersorok pada taskbar.

“Wuhooo!! I got you haters !” bersorak gembira Umar melihat segala maklumat tentang penghantar emel yang merosakkan mood menulisnya semalam.

“So, apa yang aku nak buat dengan budak bodoh ni? Hm. Aku mesti fikirkan cara yang menarik untuk beri kejutan pada dia.”, ujar Umar sambil menggosok-gosok dagunya. Tetikus digerakkan, jari jemari laju menekan butang-butang huruf pada keyboard. Informasi penghantar emel, ip address, kod algoritma lokasi penghantar emel itu dicatat ke dalam sebuah buku nota kecil dengan pena tinggalan arwah ayahnya.

Kemudian, dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan lelaki itu. Lelaki yang selalu mengejek, mengutuk, mengugutnya melalui emel.

“Ini masanya untuk aku balas dendam dan buat kau senyap. Sepi. Selamanya.”


***

Jam 4 pagi,
Laman parkir Safari Night Club,
Kuala Lumpur.

“You kenal ke penulis Numair tu? I ada baca novel dia. Macam teruk je ah. Geli I baca. Banyak lucah. Jalan cerita pun berterabur.”, ujar perempuan berambut perang itu kepada teman lelakinya.

“Kan? Tu yang I condemn dia habis-habisan. Padan muka dia! Biar dia rasa!” kata Farhan dengan penuh rasa bangga. Tersenyum angkuh. Bercakap seolah-olah tiada malaikat yang mencatat niat busuk hatinya itu.

Kedua pasangan itu menghampiri kereta Myvi berwarna jingga milik Farhan yang diparkirkan di kawasan parkir Safari Night Club.

“S***!” Farhan menyumpah apabila perasaan tayar keretanya kempis. Bocor. Farhan mengeluh. Menepuk dahi.

“Kenapa ni sayang?” soal teman wanitanya.

“Tayar bocor! Damn lah! Siapa punya kerja ni?!” Farhan menyumpah-nyumpah lagi. Sakit hati.

“Sabar ya sayang, kita ambik teksi je.”

Tak ada pilihan. Farhan dan teman wanitanya terpaksa pulang dengan menaiki teksi. Nasib baik ada seorang abang teksi yang menunggu di hadapan kelab malam itu.

“Bang, hantar kami ke Gombak. Boleh?” tanya Farhan dengan sopan.

“Boleh boleh. Masuklah.”, pelawa lelaki bertopi dan berkumis tipis itu sambil tersenyum. Farhan dan teman wanitanya pula terus masuk ke dalam teksi tersebut tanpa berfikir panjang.

Akibat terlalu mengantuk, di tambah lagi udara penghawa dingin yang sejuk, kedua mereka terlena. Si abang teksi hanya tersenyum melihat mereka terlena.

“Penatlah tu. Tak apalah berehatlah. Esok mungkin hari paling sukar buat korang berdua…”


***


Sinaran cahaya matahari menyilaukan matanya. Farhan baru terjaga dari lena. Dia cuba menggerakkan tubuh tapi tidak bisa. Pergerakannya terbatas. Dia lihat tubuhnya yang terikat di sebuah kerusi besi. Kakinya juga terikat rapi pada kaki kerusi. Kemudian, pandangannya meneliti ke setiap sudut bilik yang terlihat. Dia tidak bisa memandang kebelakang kerana keadaannya ketika itu.

Oh ya, tidak jauh berada dihadapan Farhan ada sebuah kamera yang terpasang diatas tripod stand. Lampu merah yang berkelip-kelip pada kamera itu tanda ia di dalam mode on record. Namun, Farhan tidak berminat untuk memikirkan tentang kamera itu. Dinding berwarna putih yang berada dihadapannya dipandang kosong. Farhan mula bingung dan bengang.

“Woiii gila!! lepaskan aku lah….” Farhan memekik. Namun, tiada siapa yang menjawab.

Kemudian, Farhan mula perasan Diyana, teman wanitanya sudah tiada. Dia cuba menoleh namun kepalanya tidak bisa digerakkan kerana ada besi yang terpasang di kepala dan leher Farhan.

“Mana awek aku? Kau buat apa dekat dia??” jerit Farhan lagi. Dahinya mula berpeluh-peluh. Sesekali dia mendengus kasar. Barangkali keletihan dengan posisi tubuh yang sebegitu. Tidak bebas dan tidak bisa bergerak. Kelenguhan.

“Sayangg!! Tolong I… I dekat belakang you!!” jerit Diyana yang berada di belakangnya. Diyana menangis teresak-esak ketakutan. Farhan bertambah marah. Dia mahu tahu siapa dalang disebalik semua ini. Farhan cuba melepaskan diri. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, meronta-ronta tapi usahanya hanya sia-sia. Akhirnya, dia mengalah lalu melepaskan keluhan berat. Badannya mula berpeluh. Begitu juga dengan wajahnya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang manusia bertopeng putih dan berpakaian serba hitam menuju ke arahnya. Di tangan manusia bertopeng itu ada sebilah pisau rambo yang berkilau tajam.

“Kau siapa hah?!!! Apa kau nak!!!” tengking Farhan.

“Amboi, buruknya muka bila marah? Haha. Rileks bro. Aku cuma nak tunjukkan sesuatu yang thrilling dan menarik dekat kau. Nak tengok tak?” soal manusia bertopeng itu sambil kepalanya di dekatkan pada wajah Farhan yang tengah buat muka ketat tu.

Puihh! Cecair berlendir dari mulut Farhan segera menerjah ke wajah manusia bertopeng tu.

“Huhu.. Garangnya? Tak apa. Aku boleh bersabar lagi,” ujar manusia bertopeng itu. Air liur Farhan yang busuk itu dikesat dengan tangannya yang bersarung hitam. Kerusi tempat Farhan duduk dan terikat dipusingkan ke belakang.

Farhan terkejut melihat Diyana yang sedang menangis di dalam sebuah kotak kaca yang besar. Diyana menangis sambil mengetuk-ngetuk kotak kaca itu dari dalam. Cuba bermohon untuk melepaskan diri. Di sudut bilik berhampiran dengan kotak kaca itu ada sebuah lagi kamera yang terpasang. Mungkin tujuannya adalah untuk merekodkan kejadian yang berlaku. Sekali lagi, Farhan tidak terlalu memikirkan soal kamera yang terpasang disitu tetapi dia lebih risaukan Diyana yang terperangkap di dalam kotak kaca itu.

“Lepaskan dialah setan!! Apa salah kitorang??!” soal Farhan. Nada suaranya masih tinggi. Manusia bertopeng tadi masih berdiri dihadapannya. Farhan kembali melihat ke arah aweknya yang terperangkap di dalam kotak kaca itu.                                                                                                                                                           

“Aha! Soalan yang baik. Bagus betul kau tanya soalan tu dekat aku. Sebelum aku jawab, aku nak kau tanya satu soalan. Kau kenal Umar tak? Penulis novel thriller seram tu?”

“Kenallah! Penulis gila dan bodoh tu. Apasal? Apa kena mengena dengan kau??” dengan beraninya Farhan menjawab.

“Wahh… bagus. Confirm lah kau yang send emel dekat dia dengan kata-kata kesat dan caci maki kan? Am I right bro?!!” soal manusia bertopeng itu lagi.

Tapi kali ini Farhan mendiamkan diri. Tidak menjawab.

“Lepaskan aku lah bodoh!!” sumpah Farhan.

Manusia bertopeng itu kelihatan seperti tidak boleh bersabar lagi. Perangkap kepala yang dipasangkan pada Farhan dicabutkan. Lalu segera beberapa das tumbukan dilepaskan ke arah wajah Farhan yang tak berapa nak hensem sangat tu.

Wajahnya berdarah. Bibirnya pecah. Matanya lebam dipukul.

“Kau nak tahu aku siapa?”

“Siapa kau?!!” tanya Farhan dalam kesakitan.

“Akulah Umar yang kau selalu kutuk tu.” Manusia bertopeng itu membuka topengnya. Lalu melempar senyuman paling manis kepada kepada Farhan.

“S***!! Kau lelaki gila tu rupanya!!” Farhan menyumpah lagi tanpa rasa takut. “Lepaskan aku lah b******!!” Farhan meronta-ronta untuk dilepaskan.

“Relaks lah. Pertunjukkan baru je nak mula.” Ujar Umar sambil tersenyum. Dia keluar sebentar dari bilik tersebut. Meninggalkan sepasang kekasih dengan adegan melankolik dan syahdu mereka.

“Sayang… tolong I. Lepaskan I. I takut….”, rayu Diyana. Dia terus menangis sambil kotak kaca itu dihentak-hentaknya lagi. Berharap kotak kaca itu akan pecah dan dia boleh terlepas dari lelaki gila bernama Umar itu.

“Sayang, sabar ya? I janji I akan usaha untuk lepaskan you.” Farhan menyusun janji.

“Hey guys! I am back!” Umar kembali masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa satu guni yang entah ada apa di dalamnya Farhan pun tidak pasti. Umar tersengih-sengih sambil mengheret guni itu ke arah Diyana.

“Kau nak buat apa dengan Diyana hah?!! Jangan sakiti dia!! Kalau kau sentuh dia, mati kau aku kerjakan!!!” Farhan memberi amaran.

“Wahh… serammm nih. Tapi sekarang ni aku nak tunjukkan kau satu benda yang menyeronokkan dan lebih seram dari ugutan kau tu…” Umar membuka sedikit kotak kaca yang berisi Diyana itu, namun Diyana yang masih cuba untuk keluar tidak bisa keluar dari lubang kecil yang dibuka itu. Lalu, Umar menuangkan isi guni yang dibawanya tadi ke dalam kotak kaca tersebut.

Alangkah terkejutnya Diyana dan Farhan apabila hampir 10 ekor ular berlainan spesies memenuhi kotak kaca yang menempatkan si Diyana yang malang. Diyana yang ketakutan menjerit meminta tolong. Kotak kaca dihentak bertubi-tubi. Diyana mulai sedar yang dia kini sedang menghadapi ajalnya.

“UMARRR!!! Lepaskan awek aku… tolong… aku rayu… tolonglahhh….” Farhan mula mengalah. Cuba untuk berlembut dan memujuk Umar. Tapi malangnya rayuan Farhan tidak diendahkan.

“Hahahaha!!! Sekarang aku nak kau tengok puas-puas macam mana awek kau mati. Seronokkan??” Umar ketawa berdekah-dekah. Dia mula berasa gembira dapat melepaskan amarahnya kepada Farhan dan aweknya itu.

“Farhannn…. Tolong I… Selamatkan I….” rayu Diyana. Pipinya yang gebu itu lencun dek air mata yang mengalir. Begitulah rayuan terakhir Diyana sebelum 10 ekor ular berbisa mematuk, membelit dan menggigitnya. Kemudian, ada beberapa ekor ular kecil yang memasuki lubang hidung, mata, mulut dan telinganya. Tubuh Diyana tergeliat kegelian dalam keadaan terseksa dan sakit. Diyana merintih lagi minta dilepaskan sebelum dia mati. Namun, Umar tidak mempedulikannya. Penulis thriller itu hanya melihat Diyana mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

Umar tersengih puas.

Farhan mengerang kesakitan. Hatinya terasa seperti ditikam bertubi-tubi. Pedih. Perit. Sedih melihat wanita yang dicintainya mati dalam keadaan ngeri dan menyayat hati. Farhan menangis dan meraung semahunya. Sempat juga dia menyumpah-nyumpah Umar dengan kata-kata kesat yang dipelajarinya dari rakan-rakan sebayanya sewaktu berada di sekolah rendah lagi.

“Aku belum habis lagi Farhan. Dendam aku masih belum terbalas…” Umar merapati tubuh Farhan yang lemah. Pisau rambo yang tersimpan dibelakang tubuhnya dicapai laju. Satu persatu jari jemari kasar milik Farhan dipatahkan. Dan setiap kali itu lah Farhan menjerit kesakitan.

“Arghhh… Arghhh…. Erghhh… Umpphh…” kesakitan yang teramat sangat sehingga air matanya semakin deras membasahi pipi. Baju dan seluarnya basah dengan keringat peluh.

Umar mengesat peluh di dahi. Dia pun keletihan menyeksa kedua pasangan itu. Namun, apa yang penting baginya adalah kepuasan untuk membalas dendam.

“Kau ingat kau hebat sangat sampai nak kutuk-kutuk aku?? Hah?? Lepas tu kau buat gambar-gambar super impose lepas tu sebar dekat Internet. Kau ingat aku lupa?? Lain kali Tuhan kasi nyawa tu jangan duk suka aniaya orang. Tak baik. Dosa.” Umar bersarkastik. Menambahkan lagi sakit dihati Farhan.

“Kau ingat kau Tuhan ke nak hukum aku macam ni?? Kau pun samalah pembunuh! Nanti Tuhan bakar dekat neraka nanti…” balas Farhan.

“Ohh.. Tahu neraka? Ingatkan tak kenal neraka tu apa. Sebab tu aku nak tunjukkan dekat kau neraka dunia sekarang ni. Haha! Anyway, kau cakap aku bukan Tuhan nak hukum kau macam ni?? Ya! Memang aku bukan Tuhan! Kau pun bukan Tuhan nak judge penulisan-penulisan aku…!!” Satu das tumbukan hinggap di muka Farhan. Kemudian satu lagi. Dan satu lagi tumbukan dilepaskan.

Jari jemari Farhan yang patah itu Umar potong dengan pisau rambonya satu persatu. Kedengaran suara erangan, esakan dan teriakan Farhan yang memecah kesunyian tengah malam. Diselangi bunyi salakan anjing yang bersahut-sahutan.

Darah memancut-mancut terkena baju dan muka Umar. Namun, Umar tidak peduli, malah tetap meneruskan.

“Tolonglah Umar…. Aku minta maaf dekat kau. Aku menyesal… Lepaskan aku… Ya? Lepaskan aku eh?” Farhan mula merayu. Dia akhirnya menundukkan ego demi menyelamatkan nyawanya sendiri.

“Dah terlalu jauh aku melangkah, takkan nak berpatah balik kan? Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan ya dak? Hehe…” sengih Umar. Dia tetap nekad meneruskan agenda yang seterusnya.

“Now it’s time to play ‘Cabut Kuku Game!’”, Umar menyeluk poket seluar jeans hitamnya lalu mengeluarkan sebatang playar gabung. Tersenyum.

“Weh weh… kau nak buat apa ni?” soal Farhan ketakutan.

“Nak cabut kuku kaki kau lah. Panjang sangat. Mak aku kan, marah tengok kuku kaki panjang-panjang ni. Mak aku cakap pengotor orang simpan kuku pepanjang…”  Umar mula mengepit kuku ibu jari kaki kanan Farhan.  Kemudian, PAPP!! Umar menyentap playar gabung tersebut. Tercabut kuku itu dari tempatnya. Menjerit Farhan kesakitan.

“Makk… tolong Paan mak… tolong mak…” Farhan menangis teresak-esak.

“Alolo… kesiannya aku tengok kau ni.. menangis macam budak-budak… Anak manja mak ke?”

Farhan hanya mengangguk.

“Tak apa… sekejap je ni.. Jangan risau okay? Tak lama lagi aku akan tamatkan penderitaan kau ni.. Sikit je lagi.. bersabarlah.. Kan Tuhan bersama-sama dengan orang yang sabar… Ingat Tuhan sket…” Umar memujuk sambil kuku kedua Farhan dicabutnya perlahan-lahan.

Farhan menjerit lagi. Kali ini lebih kuat.

“Shhh… diam sikit. Jiran sebelah tu nak tidur. Anak-anak kecil lagi…” ujar Umar sambil jari telunjuknya diletakkan ke bibir, tanda menyuruh Farhan untuk diam.Umar hanya tertawa melihat gelagat Farhan yang baginya sangat melucukan.

“Tak apa, I will make it fast.” Kemudian Umar mencabut lagi kesemua kuku-kuku kaki Farhan yang tertinggal. Gelak tawa Umar diselangi dengan jeritan dan esakan tangis Farhan.

Farhan semakin lemah. Dia sudah tidak menjerit dan bercakap lagi. Hanya dengusannya yang kedengaran.

“Okay. This is finishing.” Umar sudah keletihan. Dia perlu berhenti segera. Tapi sebelum dia berhenti, dia perlu buat sesuatu kepada Farhan. Tukul besi kuku kambing yang berada dipinggang dikeluarkan dari bekasnya. Lalu dihayun terus ke arah wajah Farhan. Berkali-kali. Dari arah yang berlainan. Kiri dan kanan.

BUKKK!! BUKK!!

“Erghh.. Arghhh… Umphh…” Farhan mengerang. Sakitnya tidak bisa diungkap lagi. Barisan gigi yang tadinya tersusun rapi kini tercabut dari gusi. Mulutnya berlumuran darah. Wajah Farhan pula penuh dengan lebam-lebam akibat pukulan-pukulan tukul besi yang dilepaskan Umar.

Umar kemudian mengambil gam gajah dalam poket jaket hitamnya lalu menaruh gam itu ke bibir Farhan yang pecah. Berdarah. Farhan kelihatan sudah tidak berdaya, namun dia masih hidup. Umar memang tidak bercadang untuk membunuh Farhan kerana dia mahu lelaki itu terseksa sepanjang hidupnya.

“Tak apa. Aku biarkan kau hidup. Kejap lagi polis dan ambulans datang selamatkan kau.. Sabar ya bro. Aku pergi dulu. Jaga diri…” ujar Umar kepada Farhan yang tak mampu lagi membuka mulutnya untuk berbicara akibat digam.

Umar ke arah kamera yang berada tidak jauh dari tempat dia menyeksa Farhan. Di hadapan kamera dia meninggalkan pesanan terakhir...

“So, guys. Aku just nak pesan pada korang semua. Jangan sesuka hati mengutuk orang lain dan cuba menjatuhkan maruah orang lain. Terima kasih. Adios!”

Sekarang aku dah ada idea nak menulis bab terakhir novel aku.


“Thanks Farhan.”, ucap Umar sambil tersenyum.

Tuesday, 10 June 2014

Ego

Karya: Ukhti Fateha




“Dumm!! Dumm!!”
              Langit seperti menunjukkan tanda-tanda bumi bakal disirami air. Yana masih duduk di birai katil sambil termenung mengenangkan arwah ibunya. Dia begitu menyesal dan sedih sekali apabila mengingati waktu dia memarahi arwah ibunya sewaktu dahulu.
             “Ibu tak sayang Yana! Ibu jahat!! Ibu langsung tak nak beritahu Yana yang ibu sakit. Ya Allah, kenapa Ya Allah, kenapa?! Kenapa aku harus menerima semua dugaan ini? Allahu.” Yana seperti meracau-racau.
 “Kenapa baru sekarang kau nak menyesal Yana? Dulu kau sombong dengan ibu, kau marah dia, kau tengking dia, kau fikir kau siapa Yana?!” bentak kakak sulungnya, Sara yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya. “Yana, kau kena ingat dik, ibu marah kita tanda dia sayang pada kita. Kalau ibu tak tegur, siapa lagi nak menegur? Ayah dah tak ada… sekarang ibu pun dah tak ada. Kita dah jadi anak yatim piatu dik, tanggungjawab kita sebagai anak jangan sekali-kali kau abaikan walaupun ibu bapa kita dah tiada. Masih banyak tugas dan amanat yang perlu kita laksanakan. Akhir sekali, akak minta satu je dari Yana, tolong jangan ego, tolong jangan pentingkan diri! Banyak-banyak berdoa untuk ibu dan ayah. ” Lantas Sara beredar dari bilik adiknya.
           Yana hanya diam membisu. Dia hanya mampu beristighfar di dalam hati. “Astaghfirullahalazim” Lidahnya kelu dan fikirannya melayang jauh, mengimbau kembali sewaktu dia memarahi ibunya dahulu.

***

            2 minggu sebelum itu…..
          
            “Pampp!!!” pintu dihempaskan serta merta oleh Yana. “Yana dah bosan la duduk rumah ni ibu! Yana bosan!! bosan!! Yana nak keluar dari rumah yang macam neraka ni! Yana nak hidup bebas dengan kawan-kawan Yana. Mak ingat ye?! Mak jangan cari Yana!”  Dia terlalu marah terhadap ibunya. Astaghfirullah Yana begitu biadab terhadap ibunya. Dia terlalu mementingkan dirinya sehingga dia lupa dengan siapa dia berkata.
            “Ya Allah Yana….. Hei anak biadab! Kau dengar sini, kau memang anak derhaka Yana, kau anak derhaka!! Aku menyesal dapat anak macam kau Yana! Kau tak pernah peduli perasaan aku. Mulai dari hari ini, kau keluar Yana! Aku dah meluat nak tengok muka kau lagi. Pergi dari sini!!!.” …. Puan Aisyah begitu terluka dengan sikap anaknya. Dia juga tidak menyangka bahawa anaknya akan bersikap sebegitu.
            “Baik! Kalau tu yang mak nak sangat kan?! Yana kena keluar dari rumah neraka ni! Mak jangan sesekali cari Yana walau apa pun yang terjadi pada Yana. Yana dah tak perlukan mak lagi!”
            “Pampp!!”.............  Yana menghempas kuat pintu rumahnya.
Puan Aisyah  menangis teresak-esak…. Sambil menadah tangan,  “Ya Rabb, apa dosa ku Ya Allah, apa dosa anak-anakku Ya Allah sehingga Engkau memberi ujian yang sebegini rupa kepada hamba…….”
            Tiba-tiba Puan Aisyah rebah sehingga jatuh ke atas lantai dengan kepala yang berlumuran darah.
            “Assalamualaikum ibu…ibu… oh ibu…  akak dah balik ni. Akak bawakkan makanan yang ibu pesan tu.” Sara memanggil-manggil ibunya.
            “Eh, mana ibu ni.. senyap je dari tadi. Ibu tidur ke? Hmm……..” lantas dia mengorakkan langkah ke kamar ibunya.
            “Krekkkkk krekkkkk”………………..
Daun pintu dikuak……
            “Ya Allah ibu!!” Sara dengan serta-merta terus mendapatkan ibunya yang rebah di atas Lantai itu.
            Sambil menangis…. “Ibu kenapa ibu boleh jadi macam ni ibu.. Ibu,, bangun ibu…bangun….” Sara menggerakkan tubuh ibunya. Dia segera mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon adiknya.
            “Adik cepatlah angkat!.” Dia cuba menelefon beberapa kali tetapi tidak sesekali Yana menjawab panggilannya.
            Dia cuba mendail sekali lagi…….
             “Hello! Akak nak apa lagi call-call aku ni! Jangan cakap akak nak suruh aku balik ya?! Yana menjawab panggilan akaknya dengan keadaan yang marah-marah
              “Memang aku nak suruh kau balik… Kau tahu tak yang ibu sakit tenat ?! dengan sebak Sara berkata dengan adiknya.
            “Jadi akak nak aku buat apa? Biarlah, ibu pun dah tak sayang aku.” Dengan sombongnya Yana berkata.
Dengan perasaan yang berbaur sedih, marah dan hampa, Sara pun memutuskan panggilannya  lantas dia memeriksa nadi ibunya. “Innalillahiwainnailaihiraji’un”….

***

Selepas beberapa minggu Puan Aisyah pergi meninggal dunia. Yana kembali ke rumahnya…
“Baru sekarang kau nak pulang?’’ Sara menyoal adiknya.
            “Yana minta maaf kak. Yana menyesal dengan perbuatan Yana.” Teresak-esak dia berkata.
“Takpelah dik. Let bygone be bygone. Semua manusia penuh dengan kekhilafan. Yang penting sekarang, kau berdoa banyak-banyak untuk ibu supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, syuhada’ dan solihin.” Dengan lembut Sara berkata kepada adiknya.
             “InsyaAllah akak, adik nak minta maaf sebab berkasar dengan akak. Adik janji, adik akan cuba memperbaiki diri ini. Terima kasih akak.” Lantas memeluk kakaknya.
Sambil berpelukan, “Sama-sama Yana.” Sambil tersenyum.


                                                                    -TAMAT-

Sunday, 8 June 2014

Pelangi

Karya: Skeemetri

 
    Aku mengurut-urut dadaku. Sakitnya bukan main kepalang. Aku melutut. Tubir mata aku terasa hangat. Hati pula terasa pedih dan ngilu. Mereka tetap sama. Tidak pernah berazam untuk kembali ke pangkal jalan. Aku yang beria-ia ingin mereka sembuh daripada penyakit. Penyakit maksiat. Aku sentiasa menunggu mereka untuk berserah dan kembali ke jalan yang benar. Aku sentiasa terlihat maknyah-lelaki yang mempunyai tubuh seakan wanita menunggu ‘binatang-binatang’ yang bernafsu rakus. Maknyah yang sanggup dibayar dengan wang pitis yang sedikit. Tetapi mengapa? Mengapa? Mengapa mereka sanggup bergolok-gadai bersama ‘binatang’ itu semata-mata kerana wang?
"They deserve a better life than this." Air mata aku menitis jatuh ke tanah.
  "Aku ingin selamatkan mereka !" azamku sambil mengesat air mata yang membasahi pipi.         


     ***


   Subuh. Sejak malam semalam lagi hujan rahmat membasahi bumi milik-Nya, kini ia mulai reda. Aku menoleh ke kanan. Kemudian ke kiri. Aku menghadap ke hadapan pula. Menghirup udara yang kotor dan dipenuhi dengan bau-bau maksiat yang tidak pernah lekang dibuat oleh manusia akhir zaman. Yang merupakan juga suatu petanda hari yang dijanjikan oleh Dia semakin hampir.
    Air takungan hujan menitik satu persatu melalui denai-denai. Titisan air hujan yang melalui laluan atap-atap jatuh ke lantai-lantai bumi. Bunyi air hujan yang menitik menghiasi suasana yang hening sunyi. Aku memejam mataku. Akal aku ligat memikirkan cara supaya aku diterima oleh kalangan seperti mereka. Agar aku dapat melengkapi misi yang aku telah tanam jauh diperosok hati.
    Tika ini aku mempunyai operasi. "Operasi Ummah !" Aku membuka mata dengan cahaya muka yang tekad.
 "Inspektor Warrah, operasi akan bermula tepat selepas solat subuh." salah seorang kadet pembantu memberi maklumat.
    Aku menoleh kebelakang.
 "Baiklah, kamu boleh pergi." Selepas diberi arahan, pembantu itu memberi tabik hormat kemudian terus keluar seperti yang diarahkan.
   Aku memulakan langkah ke surau yang berdekatan. Dengan satu cita yang berada di dalam genggaman.


"ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !" laungan azan daripada Inspektor Amir mula kedengaran. Memberi petanda bahawa telah masuknya waktu solat Subuh. Ahli lain lekas memenuhi saf hadapan. Lebih  afdal. Aku berdiri. Lantas ahli yang lain turut berdiri. Biarpun aku adalah ketua dalam pasukan polis itu, di mata Allah aku sama seperti mereka. Hamba-Nya yang lemah lagi berdosa. Dalam mendirikan solat juga telah terbukti tiada siapa lebih berkuasa melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Angkat takbir dengan kalimah Allahuakbar-Allah Maha Besar,dengan rukuk, dan sujud menandakan aku masih lemah dan perlukan perlindungan daripada Yang Maha Kuasa. Juga menandakan aku ini hanya kerdil dan hanya dilumpuri dengan dosa-dosa lampau dan kini.
     Usai solat Subuh. Aku dan anggota-anggota yang lain bersiap sedia untuk menjayakan misi yang dirancang. Aku dan anggota lain hanya bertawakkal kepada Allah. Samada misi ini sukses ataupun tidak itu belakang kira. Sekarang ini, aku dan anggota yang lain harus berusaha.
     Inspektor Amir mengambil kesempatan membaca doa selamat sebelum kami melangkah ke destinasi yang ingin dituju. Kami semua hanya mengaminkan doa itu dan berserah penuh kepadaNya.
 "InsyaAllah kita akan menjayakan misi ini, Inspektor Warrah!" Inspektor Amir memberi kata-kata semangat."


    ***


      Setibanya disana. Bau lorong itu hamis dengan hancing kucing dan tikus. Kelihatan anjing berjejeran dengan lidah yang menjelir. Air liurnya menitik satu per satu ke jalan tar yang tengik itu. Seakan tiada oksigen yang segar dapat dihirup. Sungguh mengilukan lagi, terdapat bangkai-bangkai kucing berkeliaran. Dan juga, seorang gadis perempuan belasan tahun sedang menggeledah tong sampah yang besar. Mahu mencari makanan mungkin. Aku ke arah gadis itu. Berbasa-basi dengan gadis itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan ibu dan bapanya.
      Dengan wajah gadis itu yang sugul dan lurus bendul itu, dia hanya mengikuti arahan aku. Mungkin gadis itu tidak tahu kami sedang memburu salah satu orang ahli keluarganya.
      Menurut gadis itu - ibu meninggal ketika berumur 5 tahun. Bapanya bekerja pada setiap malam dan akan balik lewat pagi, kira-kira 9 pagi. Tiada saudara lain. Hanya sebatang kara.
      Aku mengarahkan pembantu aku untuk menghantar gadis itu ke tempat persembunyian kami. Serta memberi dia makan minum dan juga pakaian yang bersesuaian. Pembantu aku mengangguk mengiakan arahan aku.
      "Inspektor Amir, anggarannya bila masa yang sesuai untuk memberkas mereka?" Tanya aku dengan nada yang serius dan tegas.
      "Inspektor Warrah, kita sudah patut bergerak sekarang, kerana dalam kiraan saya, pada pukul 6.10 pagi pasti mereka akan beredar dari tempat sasaran itu." Ispektor Amir membalas dengan penuh ketelitian.
      "Jika begitu, ayuh kita mulakan operasi sekarang!" Inspektor Amir mengangguk.
       Setiap anggota yang terlibat bersedia dengan pistol di tangan. Pistol itu dihalakan ke bawah agar tiada siapa yang tercedera. Aku memulakan dengan langkah kanan.Yang lain turut melakukan hal yang sama.
       Aku memberi isyarat tangan. Yang menandakan sasaran tempat ini harus dikepung. Mereka  memahami isyarat aku dan terus bergerak ke arah sasaran. Aku kini memasuki rumah suspek. Aku mengangkat sebelah tangan mengisyaratkan separuh daripada anggota mengikuti aku dari belakang.
        Sekarang masing-masing sudah siap sedia ada di hadapan pintu rumah suspek - 10 bilik 1 rumah. "Masuk kedalam sasaran sekarang !" Aku menjerit memberi arahan. Sejurus itu, kami memasuki kedalam bilik target masing-masing.
        Manusia-manusia durjana itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada yang sanggup memberi rasuah kepada kami demi untuk melepaskan diri.
        Operasi kami belum tamat. Ada yang bersembunyi di tempat persembunyian mereka. Ada yang bersembunyi didalam corong asap. Ada juga yang berlari melalui tingkap. Ada juga yang bersembunyi di bawah tanah. Aku dan ahli lain akan memastikan tiada siapa pun akan terlepas. Biarpun terlepas, akan aku cari sehingga ke lubang cacing sekalipun.
        Berdasarkan pada permit dan kad pengenalan mereka, ada yang datang dari keluarga yang mewah. Ada juga yang membuat perkara ini kerana ingin memperoleh wang. Ada juga yang terpaksa bekerja sedemikian untuk membayar hutang lintah darat-along. Segelintir mereka  mengerjakan kerja ini kerana dipaksa. Ada juga diantara mereka berusaha untuk melepaskan diri daripada bapa ayam ini tetapi usaha itu dapat dihidu oleh anak-anak ikannya.
Persoalan yang timbul sekarang, dimana Bapa Ayam itu dan konco-konco yang lain melesap?

      
 ***


Di dalam bilik penyiasatan.

     "Kamu tahu kenapa kamu ditahan?" Aku bertanya dengan nada yang serius.
          "Buat apa kamu tanya aku. Sedangkan kau sudah tahu." lelaki yang berupa wanita itu bersuara dengan menjengkelkan.
     "Kamu pandai berkata-kata. Dimana 'bos' kamu menyembunyikan diri?" Aku bertanya lagi.
           " Kau sudah menangkap aku, bagaimana aku mahu tahu. Pikir aku ini ahli nujum apa?" suara lelaki itu memerli.
      Aku hanya tertawa didalam hati. Pandai sungguh dia berkata.
     "Tidak mengapa. Sudah berapa lama kamu melakukan kerja terkutuk ini, Encik Affandi?" Aku bertanya menggunakan nama sebenarnya.
     "Heh, aku baru melakukan kerja ini hari ini, kau semua telah rosakkan duit aku." Affandi memandang sinis kepada aku.
      "Kamu tidak terfikirkah, Encik Affandi..."
           "Mahu fikirkan apa? Aku sudah lama menjadi bodoh. Jika aku pandai sudah lama aku berjaya dan membahagiakan anak aku." Affandi memotong percakapan aku.
       "Ohh, kamu sudah berumah tangga? Di mana isteri dan anak kamu itu? Di tepi longkang?" Aku menggunakan suara yang sama dengan Affandi.
            "Kau tak usah mahu bermulut longkang dengan aku. Dan kau tidak perlu tahu menahu perihal keluarga aku." suaranya semakin sinis.
        "Jika begitu, tidak mengapa. Encik Affandi, kamu tidak takutkah apabila kamu melakukan kerja terkutuk itu kamu akan penyakit dan mati?" Aku mengelilingi Affandi.
               "AIDS?" Dia menangkat kening.
        "Ohh, baguslah jika kamu sudah tahu.Kamu tidak takut matikah?" Aku tersenyum.
               "Hahahaha. Kau buat lawakkah Inspektor?"
   Aku mengangkat kening pula.
               "Kau dan aku akan mati juga. Cuma masanya sahaja tidak sama.Bumi ini akan hancur juga. Dunia ini sementara. Buat apa aku perlu takut pada mati walhal aku tahu aku akan mati tak kira di mana, dan masa. Tertera pada kad pengenalan aku, yang aku ini beragama Islam. Kau juga Islam bukan? Jadi kita sama sahaja. Nanti aku mati kain kafan aku berwarna putih. Takkan kau berwarna merah jambu pula kan?" Affandi menamatkan bicaranya dengan galak tawanya yang bergema di bilik penyiasatan.
   Aku kagum. Aku tersedar. Dia boleh di pulihkan rohaninya dan jasmaninya. Luaran yang hodoh itu tidak semestinya didalammya tiada kekacakan.
              "Sudikah kau berubah ke jalan yang lebih mulia? Demi anak kau, Azzarah? Dan demi isteri kau yang meninggal?" Affandi memandang tepat ke anak mata aku. Dia terpempan.
              "Bagaimana kau tahu?" Affandi bertanya.
         "Anak kamu, Azzarah bersama kami. Dia selamat."
Affandi menundukkan mukanya. Tangannya kebas dek kerana gari yang dikenakan pada kedua belah tangannya.
   "Sudikah kau?" Aku bertanya sekali lagi dengan suatu pengharapan.
      Affandi mengangkat mukanya. Matanya terasa hangat dan airmatanya bergenangan.
        Affandi tersenyum.Dan aku tahu jawapannya.
 Itulah sebuah pelangi yang menyelusuri pada benak hati aku. Air mata aku menitis lagi dek kerana operasi peribadi aku semakin berjaya.


- TAMAT -