Pages

|

Tuesday, 27 May 2014

GELAP


Karya: Fitri Nabihah


   
Krekkkkk krekkkk……..


   Bunyi daun pintu seakan-akan dibuka. Aku lantas bangun.
   “Hoi siapa tu?!” Aku bersuara. Tiada jawapan. Sunyi dan sepi sahaja.
   “Hoi jangan nak main-main! Siapa kau?!” Gertakku. Darahku mulai berderau. Takut.
   Ahh, bergurau sahaja! Kurang ajar! Aku menyambung kerja yang berlambak di atas meja. Jam dinding sudah tepat pukul 11.00 malam tapi kerja aku tak juga siap. Aku sambung buat kerja. Lagu kesukaanku aku mainkan. Tiba-tiba lagu itu berhenti serta-merta.

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
  
Suara seorang perempuan menyanyi mendayu-dayu. Merdu. Kelihatan beberapa orang perempuan memakai baju serba putih sedang menari di hadapanku.
  
“Siapa kau?!” Aku mengertak. Bulu roma mulai menegak.

   Tiada jawapan, malah perempuan-perempuan itu asyik menari. Aku memejamkan mata sejenak lalu mata aku celikkan semula. Kosong. Tiada siapa-siapa di hadapanku. Hanya kertas dan buku yang bertimbun sahaja. Siapa mereka?
   Pulp. Tiba-tiba lampu terpadam.
   “HOIIIII! Jangan main-main boleh tak?!” Aku menjerit. Takut. Gila tak takut, gelap kau tahu.
   Aku mundar-mandir dalam gelap. Gelap ini bukan gelap biasa-biasa. Gelap yang sangat gelap. Sedikit cahaya pun tidak aku lihat.
   “Woi buka lampu woii! Buka!” Aku menjerit sekuat hati. Tapi sayang, tiada seorang pun yang datang.
   DUMPPPP!!
  “Woi apa tu?! Jangan main-main dengan aku! Siapa kau? Keluar! Dasar pengecut!” Aku melontarkan kata-kata dengan berani.
   Takut. Tanganku meraba-raba mencari suis lampu. Tiba-tiba tanganku seperti memegang sesuatu yang ganjil. Basah. Berlendir. Bau busuk mulai menusuk rongga nasalku. Bau bangkai!
   Lampu hidup kembali. APA?! Tanganku tepat pada muka Dania, si psikopat gila itu. Jijik! Jijik sungguh muka Dania. Berulat. Bernanah. Dugaan apakah ini?!

***

          Masa berputar ke belakang…
          Sedang tanganku asyik menari-nari di atas papan kekunci, tiba-tiba telefon pintar milikku berbunyi. Nombor tidak dikenali. Lalu aku jawab.
  “Assalamualaikum. Siapa yang bercakap?” Aku memulakan bicara.
  “Waalaikumsalam. Alisya Dania. Boleh saya cakap dengan Syafiq?”
   “Syafiq? Maaf, awak salah nombor. Ni Harraz, bukan Syafiq.”
   “Harraz? Oh, maafkan saya. Boleh saya tahu nama penuh awak?” Dania menyoal.
   “Saya sibuk. Banyak kerja.” Lantas panggilan aku matikan.

           Heh, salah nombor pun boleh tanya nama penuh, getus hatiku. Tidak lama kemudian, nombor Dania memanggil lagi. Aku jawab.
   “Dania, awak nak apa? Saya Harraz bukan Syafiq.”
   “Saya cuma nak tanya nama penuh awak. Itu saja.” Jelas Dania.
   “Nama penuh saya Qhairil Harrazuddin. Awak nak apa lagi?”
   “Awak anak C.E.O syarikat bukan? Ayah awak Tuan Ismail? Betul tak?”
   “Mana awak tahu? Sudahlah! Saya banyak kerja.”
   “Harraz, kenapa awak sombong sangat ni?” Suara Dania menggoda.
   “Maaf. Saya si…”
   “Sibuk?” Laju Dania memotong.
   “Sudahlah!”
   “Saya tunggu awak kat tasik yang selalu awak pergi pukul 5 petang. Awak tak datang, nahas. Saya pakai baju merah.” Ugut Dania.
         
Tanpa membalas sepatah kata, aku terus mematikan panggilan. Dasar perempuan gila! Macam mana dia boleh tahu aku selalu pergi tasik? Dasar perempuan jumud! Suka hati nak ugut aku, dah kenapa? Aku bengang.
         
Hati aku seakan memberi keizinan supaya pergi ke tasik itu pada pukul 5 petang nanti. Heh. Harapnya aku tak mati dicekik dengan psikopat itu.

***
  
Enjin kereta aku hidupkan dan terus menuju ke tasik. Semasa dalam perjalanan, Dania asyik mendail nomborku sahaja. Aku biarkan. Aku biarkan supaya masuk mel suara, padan muka dia!
          Sesampai sahaja aku di tasik, seperti ada tangan yang menarik aku. Aku memandang ke belakang sekilas, kosong, tiada sesiapa. Jangan nak bergurau! Aku menarik tanganku ke hadapan.
          Perempuan berbaju merah, seksi. Mungkin itu Dania. Aku memegang bahunya.
   “Dania?”
   “Harraz? Saya Dania. Orang yang menelefon awak pagi tadi.” Jelas Dania ringkas, tapi padat.
   “Awak nak apa jumpa saya? Saya tak banyak masa.”
   “Saya minat awak.” Jawab Dania manja.
   “Awak gila ke apa Dania?” Aku pelik.
   “Tak. Saya tak gila. saya minat awak dah lama. Selama ni saya cuma usha awak kat laman sosial je.”
   “Maaf Dania, saya tak ada masa nak layan perempuan gila macam awak.” Jawabku seraya meninggalkan Dania.
   “Harraz! Harraz! Tunggu saya!”
   Aku lajukan langkah tanpa menoleh ke arah Dania.
   “Harraz! Ingat, satu hari nanti awak akan jadi milik saya.” Ucap Dania penuh yakin. Langsung aku tak hiraukan.

          Aku memandu kereta 140km/j. Kadang-kadang otak aku memikirkan Dania. Entah kenapa. Asyik Dania sahaja yang bermain di kotak fikiranku.

***
 
   “Harraz, papa ada calon isteri untuk Harraz.” Ujar papa, ceria.
   “Ha? Apa? Harraz tak sedia lagi lah pa.” Aku menolak.
   “Tapi Raz, kamu tu dah 26 tahun. Papa dah tua. Papa nak cucu.”
   “Hish papa ni. Nanti ada lah jodoh. Tak payah susah-susah carikan calon untuk Harraz.” Sedaya upaya aku menolak keputusan papa.
   “Nak tunggu sampai bila? Nak tunggu papa mati baru Harraz nak kahwin? Come on Harraz!” Papa tetap memujukku.
   “Hmm. Siapa nama calon yang papa nak jodohkan dengan Harraz tu?”
   “Alisya Dania.”
   “Apa?! Dania? Harraz tak nak!”
   “Harraz kenal Dania ke? Kalau kenal kan senang.” Ucap papa sambil tersenyum.
   Papa tak tahu Dania itu psikopat. Kalau papa tahu, confirm papa tak nak jodohkan aku dengan Dania.
   “Pa, papa tak tahu cerita yang sebenar. Harraz tak nak kahwin dengan Dania. Harraz sanggup kahwin dengan cina tua daripada kahwin dengan Dania!”
   “Apa Harraz cakap ni? Dania tu cantik orangnya.”
   “Apa yang bising-bising anak beranak ni.” Tiba-tiba mama menyampuk.
   “Ni ha, anak awak ni. Suruh kahwin pun susah. Dah ada perempuan cantik macam Dania, tak mahu pula.” Jelas papa.
   “Apa yang susahnya? Harraz kahwin sajalah dengan Dania. Mama berkenan dengan Dania. Sudahlah cantik, berbudi bahasa pula tu. Jangan sampai melepas.”
   “Mama dengan papa tak tahu perangai sebenar Dania. Apa pun yang terjadi, Harraz tak nak kahwin dengan perempuan gila tu. Fullstop!” Jelasku tegas seraya meninggalkan mama dan papa.
  “Harraz, nak ke mana tu?” Tanya mama dan papa.
   Aku tak menjawab sepatah pun. Aku tak suka dipaksa macam ni. Lagi-lagi bab perkahwinan. Bukan senang nak pilih teman sehidup semati. Kalau aku salah pilih, nahas aku nanti.
   Aku mengatur langkah menuju ke bilik. Tiba-tiba ada suara yang menyapaku.
   “Harraz, buat apa tu?”
   Aku menoleh ke belakang, kosong. Tiada siapa-siapa.
   “Jangan nak main-main boleh tak?!” Ucapku dengan amarah.
   Aku meneruskan langkah menuju ke bilik. Usai sampai di hadapan bilik, aku dapati Dania berada di atas katil dengan pakaian yang menggoda, seksi.
   “Harraz, sini sayang.” Ujar Dania manja.
   “Perempuan gila! Kau nak apa? Keluar sekarang!”
   “Saya nak awak Harraz.”
   Seperti ada sesuatu yang menolak tubuhku dari belakang. Aku tersadai di tepi katil. Tangan Dania menarik tubuhku supaya naik ke atas katil.
   Pulp. Lampu bilik mati dengan sendiri.

***

  Akibat aku sudah terlanjur dengan Dania, papa dan mama memaksa aku untuk mengahwini psikopat itu. Bodoh! Aku tak nak kahwin dengan orang gila!
   “Harraz, kita akan berkahwin. Tak sabarnya.” Ucap Dania manja sambil kepalanya dilentokkan dibahuku.
   “Sudahlah Dania!” Aku lantas bangun.
   “Harraz, awak nak ke mana?”
   “Bukan urusan kau, gila!”
   Hari sudah larut malam. Mercedes Benz milikku membelah malam menuju ke kelab malam yang berhampiran dengan rumah.
   “Carlsberg sebotol!”
   Sebotol Carlsberg terhidang di hadapanku. Lalu aku teguk. Nyaman! Kotak fikiranku kosong seketika. Wah, nyaman!
   “Harraz.” Suara Dania berbising di cuping telingaku.
   Dasar penyebok. Di mana ada aku, mesti ada dia.
   “Kau nak apa?” Balasku dengan keadaan yang separuh mabuk.
   “Nak awak.”
   “Jangan jadi bodoh!”
   Jam di pergelangan tanganku sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Aku mahu pulang ke rumah. Tapi tak mungkin aku memandu dalam keadaan mabuk seperti ini. Boleh mati katak di tengah jalan aku nanti.
   “Harraz, mesti awak nak balik rumah. Betul tak?” Tanya Dania.
   “Kau diamlah perempuan!”
   “Harraz, kenapa awak marah ni?” Tanya Dania seraya tangannya mencapai tanganku.
   “Lepaskan aku lah gila!”
   Tiba-tiba keadaan jadi gelap. Apa ni semua?

***

   “Harraz dah melampau! Kita mesti paksa dia kahwin dengan Dania! Saya dah muktamad!
   “Saya malu bang. Malu dengan ibu bapa Dania. Apapun yang terjadi, kita mesti paksa Harraz kahwin dengan Dania. Kalau tidak, mana saya nak letak muka saya ni bang? Mana?”
          Aku terdengar perbualan mama dan papa. Lantas aku bangun dan menuju ke arah mereka.
   “Ma, pa, apa semua ni? Harraz dah cakap, Harraz tak nak kahwin dengan Dania! Kenapa susah sangat nak faham perasaan Harraz?! Mama papa langsung tak pernah sayang Harraz! Sekarang ni ceritanya Harraz yang nak kahwin, bukan mama atau papa. Jadi stop lah paksa Harraz macam ni. Harraz tak suka!”
          Pang! Tangan papa hinggap di pipi.
          “Pa! Papa tak sayang Harraz!” Aku mengertak dan terus beredar.
          Susah sangat ke nak faham perasaan aku? Susah sangat ke? Bukan senang nak cari teman hidup. Cakap senanglah! Heh.
          Aku mengemas baju-baju. Aku nak keluar dari rumah ini! Sudah macam neraka! Susah! Susah ada mama papa yang tak pernah faham perasaan anaknya. Sekarang ni cerita dia, aku yang nak kahwin. Bukan mereka. Dah tu? Kenapa paksa aku sampai macam ni sekali? Aku terlanjur dengan Dania pun bukan aku yang minta. Aku sendiri tak teringin dengan Dania. Apa lagi kahwin, kerja gila!

***

Sudah hampir seminggu aku meninggalkan rumah yang tersergam indah bak istana itu. Aku sudah mula berdikari. Sebelum ini aku Cuma berharap pada Mak Eton, pembantu rumahku, tapi sekarang semuanya aku buat sendiri. Walaupun kehidupan aku agak serabut apabila keluar dari rumah milik papa, tapi nyaman! Tiada siapa yang sibuk menguruskan hal peribadi aku.
          Sedang aku asyik menonton Sinetron, loceng rumah sewa yang aku duduki berbunyi. Aku segera bangun menuju ke arah pintu lalu tombol pintu aku pusig 180 darjah.
   “Harraz! Rindu awak!” Ucap Dania sambil memeluk tubuhku.
   “Hoi perempuan! Sudahlah! Pergi kau dari sini! Aku dah muak tengok muka kau! Muak!” Seraya menolak tubuh Dania sehingga jatuh tersungkur. Padan muka!
   “Saya tak akan berhenti ganggu awak! Sampai mati! Ingat Harraz, sampai mati!” Ujar Dania tegas lalu meninggalkan rumahku. Keadaan di rumahku kembali sepi.
   “Mampus lah kau perempuan! Kisah pula aku!”
          Bodoh punya perempuan. Apa dia ingat aku akan mengalah begitu sahaja? Mimpi! Kau dah buat hubungan aku dengan mama papa bercelaru, kau akan terima balasan yang setimpal. Ingat Dania! INGAT!
          Kau lihat sahaja Dania. Mungkin selama ini aku hanya diam. Kau lihat sahaja apa yang akan aku lakukan. Lihat Dania, lihat. Kau akan mati Dania! Mati!

***

   “Harraz, lepas ni kita nak ke mana?” Tanya Azrul, kawan sepejabatku.
   “Nak langgar orang sampai mampus! Hahaha.” Jawabku selamba.
   “Kau gila ke apa?” Azrul hairan.
   “Aku sihat. Aku siuman. Kau lihat sahaja, kejap lagi ada seorang perempuan yang akan lalu melintasi jalan ini. Lihat sahaja!” Ujarku.
          Aku tahu Dania selalu melintas di jalan ini. Pernah bila entah, aku hampir sahaja melanggar Dania yang sedang melintas. Nasib baik tak terlanggar, kalau tidak innalillah lah psikopat itu. Tak perlu lah susah-susah aku nak bunuh dia. Hahahaha.
   “Haa Rul, kau tengok tu. Aku dah cakap akan ada perempuan yang melintas.” Ujarku sambil kaki aku menekan pedal minyak, kereta yang aku pandu meluncur laju ke arah Dania.
   “Harraz kau jangan buat kerja gila! Harraz!!!!!”
           DAMPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!
          Mati kau perempuan! Lantas aku keluar dari kereta. Aku angkat mayat Dania yang berlumuran darah lalu aku masukkan ke dalam kereta.
   “Harraz! Kau ni dah kenapa? Aku nak turun sekarang juga!”
   “Turun lah! Aku tak berharap kau ikut aku pun! Turun sana!” Aku mengusir Azrul.
          Tanpa sepatah kata, Azrul segera turun. Aku memandu 120km/j. Rasakan kau Dania! Baru kau tahu siapa Harraz yang sebenar. Hahaha!
          Usai sampai di rumah sewa, aku segera menggendong Dania keluar dari kereta. Dengan sebilah parang yang kemas di tanganku, aku segera menikam perut Dania bertubi-tubi. Sekarang baru kau tahu rasa! Lalu aku cungkil mata Dania menggunakan besi karat yang panas dan kaki Dania pula aku siat-siat hingga lumat. Kepala Dania yang tanpa biji mata itu pula aku gantung di ruang tamu, buat hiasan. Cantik! Hahaha!
          Baru aku puas! Berani kau bermain-main dengan Qhairil Harrazuddin? Rasakan! Ini balasan untuk kau!

***
  
Kini baru aku faham. Mungkin selama ini aku sering mendapat gangguan kerana perbuatan aku itu. Mungkin. Aku selalu bermimpi tentang Dania. Hatta satu hari tu, aku tak ingat bila, masa tu aku nak ke tandas. Tiba-tiba ada sesuatu bunyi yang ganjil. Bunyi itu datangnya dari ruang tamu, di mana aku gantung kepala Dania.
          Sekarang bayangan Dania sering menghantui aku. Kadang-kadang aku merasa seperti ada seseorang yang tidur di tepi ku, tapi hakikatnya? Tiada siapa-siapa.


-TAMAT-

Monday, 26 May 2014

Dia

Karya: Ysmin



         Zahrah yang kini sudah berhijrah memakai jubah serta tudung labuh pada pagi itu, berjalan melintasi sekumpulan gadis. Ada yang free-hair dan ada juga bertudung, tapi tudungnya singkat, bajunya sendat. Tidak labuh. Nampak segala bentuk pada tubuh.

"Eh ada orang alim lalu lah. Nak bentang karpet merah ke tak ni? HAHAHAHA!!", berhamburan ketawa mereka.

Zahrah yang terdengar akan sindiran mereka itu hanya menundukkan kepala lalu mempercepatkan langkahnya.


❁❁❁


Begitulah kehidupan Zahrah sejak dia berhijrah 2 tahun yang lepas. Pasti ada pihak yang berasa tidak puas hati dengan perubahannya. Menghentam Zahrah mentah-mentah, memerli dan mencacinya. Sungguh kasihan. 

Nasib baik Zahrah bukan seorang yang mudah untuk futur. Dia tetap qowiy dalam apa jua keadaan. Dia tidak pernah rasa ejekan orang lain mampu mematahkan semangatnya untuk mengejar mardhatillah. 


❁❁❁


Apa yang peliknya, mengapa orang-orang yang memerli Zahrah itu berasa kurang enak dengan penghijrahan Zahrah? Mengapa mereka lebih memilih untuk memerli, menghina daripada menyokong? Bukan kah kembali kepada fitrah itu sesuatu yang baik? Mengapa dibenci? 

Inilah masalah kebanyakan umat Islam sekarang. Sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata kasar kepada sesiapa yang tidak mereka sukai. Mereka lupa bahwa mereka juga bukanlah sempurna sampaikan ada hak untuk mengutuk orang lain.

Tidak kah mereka rasa tindakan mereka itu kejam terhadap seseorang yang baru berhijrah? Tidak kah mereka rasa bahwa mereka sekaligus sudah menghina agama Islam? Tidak kah mereka takut padaNya? Dan lupa kah mereka bahwa balasanNya di akhirat sana teramat dahsyat? Allahu.


❁❁❁


Pernah suatu hari, Zahrah berkata sesuatu kepada orang yang mengutuknya, 

"Istighfar lah sahabat. Hati kalian tu bermasalah. Bersihkan lah dengan istighfar", ujar Zahrah seraya tersenyum.

Senyuman Zahrah bukan lah bermakna dia menyindir. Dia senyum kerana dia mahu hati mereka lembut walaupun sedikit. Apapun, semuanya dengan izinNya. Zahrah hanya mampu berdoa.


❁❁❁


Hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun, kecekalan Zahrah dalam penghijrahan dan kerja dakwahnya membuatkan ramai orang tertarik untuk berkawan dan berdamping dengannya. 

Dengan izin Allah s.w.t, hati mereka tergerak sama untuk berubah ke arah yang lebih baik dan meninggalkan zaman jahil mereka. Alhamdulillah syukur!

Mengenangkan perbuatan mereka dahulu yang menghina Zahrah membuatkan mereka menyesal dan meminta maaf kepada Zahrah. Mereka sedar akan kesilapan mereka.

"Aku maafkan kalian. Jangan risau ya.", kata Zahrah sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Jelas keayuannya pada waktu itu.

Zahrah sudah lama memaafkan perbuatan mereka dahulu. Itu semua kerana Allah s.w.t. Allah menyuruh kita memaafkan kesilapan orang lain. Akan tetapi, Dia tidak pula menyuruh kita redha dengan segala perbuatan mereka kerana; Dia tahu kita tidak mampu.


❁❁❁


"Salam ukhuwah fillah abadan abada sahabat!", kata Zahrah dengan penuh semangat terhadap sahabat-sahabat barunya seraya mereka semua berpelukan.

Semoga ukhuwah mereka kekal hingga ke syurga. Aamiin Ya Rabb.



Tamat.