Pages

|

Sunday, 30 November 2014

Jatuh

Karya: Meo


Adam bergegas ke dapur, mencari pisau yang paling tajam, air mata tidak dipedulikan, telefon bimbit yang berdering dari tadi dibiarkan.

“Lebih baik mati kalau macam ni, bukan ada orang nak sayang pun!!”
Adam genggam pisau di tangan, sudah sedia untuk menghiris nadi dipergelangan tangannya,
“Adam, are you nuts?! Apa kau buat ni?”
Adam menoleh ke belakang, kelihatan Redza merenung tajam kepadanya.
“Aku nak mati! Dah tak guna lagi aku hidup!!”
Redza cuba merampas pisau di tangan Adam, berlakunya pergelutan di situ.
Akhirnya Redza berjaya merampas pisau di tangan Adam. Mata Adam merah, seperti merah saga.

“Kenapa kau sibuk?”
“Adam, kau tak fikir ke apa kau buat ni salah? Mengucap Adam, mengucap. Ingat Allah.”

Adam tersentak, hatinya terdetik kesal. Adam terduduk, merenung lantai.

“Kenapa aku diuji sebegini rupa? Mak aku pergi tinggalkan aku dulu, ayah aku? Sampai sekarang tak balik, aku tak mampu Redza, aku tak mampu.” Rintih Adam kesayuan.

“Kau tau kenapa? Sebab kau makin dekat dengan Allah, Allah makin sayang kau. Tanda Allah sayang bukannya Dia belai, beri segala apa yang kau mahu, tidak Adam. Dia beri ujian. Ujian untuk kau, beginilah. Ini bahagian kau, Adam. Kau kena laluinya. Allah tak akan beban hambaNya kalau hambaNya tak mampu. Kau mampu Adam, kau mampu. Sebab kau mampulah kau diuji Allah..”

Adam hanya menyepi, terasa ada titisan jernih mengalir di membasahi pipinya,
“Terima kasih Redza, aku sayang kau. Kalau tak ada kau tadi, selamatlah aku ke neraka. Haha.” Adam tertawa, dia buat lawak dia gelak sendiri.

“Haha kau ni Adam, jangan terima kasih kat aku, terima kasih kat Allah bro! Dia masih mahu kau teruskan dakwah di bumi ni.”

Adam tersenyum. Seperti ada cahaya hidayah menyelinap masuk dalam diri Adam.

“Eh, Adam! Aku dah lambatlah. Aku kena jadi naqib kali ni. Pisau ni, aku amek. Jaga diri, Assalamualaikum.”
Redza melihat jam di tangan, bingkas Redza bangun ingin berlalu.

“Redza, tunggu kejap, aku nak ikut”
Redza tersentak. Bibirnya mengukir senyuman.

***

Adam mengesat air matanya, Dia mengusap batu nisan yang berada di hadapannya itu.
“Mohd Redza Amin Bin Aminah”
Perlahan Adam membaca nama yang tertera di batu nisan. Hatinya merintih sayu. Kehilangan lagi orang tersayang.
“Redza, aku akan teruskan dakwah kau, moga kau tenang di sana. Tunggu aku ye?”
Adam tersenyum.
‘Kau kawan dunia akhirat aku Redza’ hati Adam bermadah.
Adam bangun, dia menggenggam Yassin di tangan. Adam berjalan perlahan meninggalkan tanah perkuburan itu.

***

Adam memarkirkan keretanya di hadapan surau Al-Najjah,
Geng usrahnya sudah berkumpul, menunggu kehadirannya sebagai naqib. Menggantikan tugas Redza setahun yang lalu.

“Assalamualaikum ahli syurga, maaf lambat, boleh kita mula?”
Adam menyedekahkan senyumannya kepada anak anak usrahnya.

“Waalaikumusalam, boleh, in shaa Allah”
Mereka berbalas balas senyuman.

Adam mengetuai bacaan Al-mathurat. Alunan suaranya mendayu, sedap didengari.
“Bismillah, baiklah, tajuk usrah hari ini adalah Jatuh atau Futur.”
“Sebab kita mampu, Allah uji kita, uji tanda sayang Dia pada kita”
Sempat Adam memberi nasihat. Nasihat yang dulunya pernah dikatakan oleh sahabat karibnya, Redza,

Adam tersenyum,
Redza, Ana musytaqun ilaika.

*Jangan jatuh dengan ujian, qawiy!!



- TAMAT -

Thursday, 27 November 2014

Cendala

Karya: Ysmin


"SYUKUR, Tuhan masih sayang!" aku bermonolog sendirian.  Al-Quran pelangi pemberian Kak Masitah aku tutup. Kalamullah itulah teman sejati aku sejak dua tahun yang lalu. Bait-bait firmanNya yang indah itu tidak pernah dan tidak akan mengecewakan aku. Aku senang hidup begini. 

Masih terngiang-ngiang bicara Kak Masitah dahulu. "Al-Quran lah jawapannya Aini. Cuba Aini spare masa untuk al-Quran. Insha Allah segala wayar kegusaran Aini yang berbelit tu akan terlerai nanti. Akak percaya," ujar Kak Masitah sambil bibirnya terukir senyuman ikhlas.

Setitis demi setitis butiran jernih air mataku gugur melewati pipi mungil yang kusam. Kolam mataku sudah sarat dengan air. Hati ini ditusuk rasa rindu yang mendalam bak pisau yang menikam. Kini Kak Masitah sudah 'tiada' lagi untuk menemani jalan hijrahku. Dia sudah dijemput Tuhan. Walaupun pedih, aku harus juga redha akan pemergiannya. 

Allah lebih sayang Kak Masitah, aku tahu. Semoga Kak Masitah baik-baik saja di sana. Al-Fatihah aku hulur. Itulah darma aku setiap hari demi sahabat yang paling aku kasih.

"Tunggu Aini dekat syurga tau Kak Masitah!" bisikku perlahan.

Angin mendayu-dayu petang itu. Jendela bilik yang terkuak luas membuatku terasa ditampar-tampar oleh angin. Sejuk. Hari hendak hujan mungkin. Bingkas saja aku bangun dan menutupnya.

Tidak berapa lama kemudian, air hujan mula membasahi bumi. 

"Allahumma sayyiban nafi'an," doa saat turunnya hujan itu aku baca dengan penuh syukur bagi menyambut kedatangan Si Rahmat yang mencurah-curah.

Saat itu, bayang Kak Masitah bagaikan berdesup laju menerpa minda.

"Nak tahu tak bila doa senang makbul oleh Allah?"

"Nak nak! Hehe bila kak?" bicara Kak Masitah membuatkan aku tertanya-tanya.

Kak Masitah tersenyum seraya membalas,

"Masa hujan ni lah antaranya."

Bunyi guruh yang tiba-tiba berdentum itu menghentikan lamunan ku. Bayang Kak Masitah kini hilang dari kotak fikiran. Lekas aku beristighfar.

Rindu aku padanya, hanya Tuhan saja yang tahu.


* * *

"Astaghfirullahal'adzim! Apa yang awak buat ni Aini?" jelas terkejut suara Liyana.

Cepat-cepat aku menutup komputer riba Acer aku itu. "Kacau daun sajalah Liyana ini," getus hatiku. Terasa menjengkelkan tatkala memikirkan si Liyana yang sesuka hati menyibuk urusan aku. Biarlah aku nak buat apapun yang aku suka. Dasar perempuan sial!

 "Ah biarlah!" tempik aku kepada Liyana.

Liyana tergamam akan tempikan aku itu. Reaksi wajahnya sedikit berubah. 

"Tahu kau takut, padan muka!" sumpahku dalam hati.

Aku tersenyum sinis.

            Liyana segera beredar. Dia tak sanggup lagi untuk menasihati rakan sebiliknya itu. Ada-ada saja perkara maksiat yang dia lakukan. "Tak ingat dosa agaknya," bisik hati kecil Liyana. 

            Masitah yang terdengar tempikan Aini itu segera menuju ke bilik mereka. Basah lidahnya beristighfar melihat kejadian itu. Masitah faham perasaan Liyana, malah dia juga berasa perkara yang sama. Aini sudah melampau! 

    "Aku harus lakukan sesuatu untuk ubah keadaan ni," tekad Masitah.


* * *

Usai sahaja kelas Madam Tan berakhir petang itu, Masitah terus ke kedai buku MPH. Dia memulakan pencariannya untuk mendapatkan sebuah buku yang boleh membantu menyedarkan Aini. Masitah percaya kata-kata mampu mencairkan hati seseorang. Kalau tidak, mana mungkin ramai wanita terpedaya dengan janji-janji manis lelaki. Bezanya, kata-kata yang Masitah ingin Aini baca adalah kata-kata tarbiah yang mengandung 1001 ibrah. "Moga kali ini berhasil," damba Masitah, si gadis bertubuh kecil itu.

Setelah beberapa kali membelek buku-buku di situ, akhirnya sebuah buku berjudul 'Untuk Kita Pendosa' karya Hilal Asyraf berjaya mencuri perhatian Masitah. Buku itu diselak sepintas lalu, Masitah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda berpuas hati. 

"This is it! Buku ni memang sesuai untuk Aini," kata Masitah sambil tangannya mencapai buku 'Untuk Kita Pendosa' di bahagian rak paling dalam untuk mengambil yang lebih baharu dan masih kemas bersampul.

"Memang itu lah yang selalu masyarakat kini lakukan kalau ingin membeli buku, aku ikut saja," kedengaran tawa di hujung bicaranya.


* * *

Semasa di kaunter pembayaran, Masitah teringat akan sesuatu. Dia memukul kepalanya perlahan tanda kecewa dengan dirinya yang boleh pula lupa akan satu kitab yang paling mujarab. Al-Quran.
Masitah terus ke bahagian 'Religion'. Al-Quran pelangi terjemahan diambilnya dengan penuh yakin tanpa perlu berfikir panjang. Tiada keraguan langsung yang terpapar pada wajah Masitah. Itu semua kerana Masitah pasti hati sesiapa saja mampu terkesan dengan ayat al-Quran jika diamati dengan betul. Manakan tidak, dia sendiri terkesan tatkala membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran. Masitah terasa seperti kalbunya dipujuk oleh Allah swt. 

"Semuanya RM60," kata juruwang itu kepada Masitah.

Not kertas berwarna biru dan merah bertukar tangan. Masitah tersenyum puas, tidak sabar rasanya ingin memberi kedua buah buku ini kepada Aini. Sinar harapan untuk Aini berubah sentiasa terang, tidak pernah terpadam pun selagi dunia ini masih berputar elok pada paksinya. Masitah percaya janji Tuhan, Dia tidak pernah memungkiri janji apatah lagi mengubahNya.


* * *

Skrin Samsung Galaxy S2 milikku itu ditenung dan di-scroll rambang. Sungguh aku bosan saat ini. Ingin diajak kawan menonton wayang atau hangout, semua kawan aku sedang sibuk dengan hal masing-masing. Terbantut harapan ingin bersuka-ria setelah serik berada di rumah sewa.

"Ini semua Liyana punya pasallah, habis spoil mood aku bila lepak sini!" getus aku yang membara api kemarahan terhadap Liyana, si gadis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Buatlah hal sendiri! Tak payah nak tunjuk baik nasihat aku. Aku memang takkan dengar, terutama kalau keluar daripada mulut kau!"

"Eh menyampah akulah!" ngomel aku lagi tanda tidak puas hati.

Bengkak terus hati Aini bila saja teringat kejadian petang semalam, sehingga tertidur gadis itu menahan marah. Tertekan dengan tugas pembikinan assignment yang diutarakan Profesor Johari pagi tadi barangkali. Maklumlah, pelajar universiti dengan assignment mana pernah berpisah.
     

* * *

Kedengaran bunyi pintu diketuk, Aini yang sedang enak didodoi mimpi sedikit terganggu. Dia menarik selimutnya tanda protes. "Tok tok," sekali lagi bunyi ketukan menari di telinga.

"Now what?!" kataku yang sedikit bengang akan bunyi yang menyesakkan otak itu. Dipaksakan juga jasad aku untuk bangun dan membuka pintu.

"Er, akak nak cakap dengan Aini sedikit boleh?" berhati-berhati Masitah menyusun kata.

"Kau nak apa? Cepat lah, aku ngantuk ni," balasku dengan jari yang ligat menggosok mata.

"Boleh akak masuk?"

"Aduh, tak perlu. Cakap dekat sini je tak boleh ke?" jawabku malas.

 "Ok, tak apa. Akak cakap dekat sini je. Hm... akak ada belikan sesuatu untuk Aini, harap Aini terimalah dengan hati yang terbuka. Dengar cerita, birthday Aini minggu depankan? Akak beli awal," lembut Masitah menuturkan baris katanya.

"Ok, thanks!" kataku acuh tak acuh tetapi masih menyambut plastik yang dihulurkan oleh Masitah. Siapa tak nak hadiahkan?

"You are welcome Aini," segaris senyuman dihulurkan Masitah kepadaku sebelum dia berlalu pergi.

Aku yang bagaikan tidak percaya dan berasa pelik dengan kejadian sebentar tadi cuba menelan situasi itu. "Kenapa si Masitah tu tiba-tiba nak bagi aku hadiah segala bagai?" duga ku di dalam hati. Aku mengunci pintu bilikku semula dan melabuhkan punggung ke katil.


* * *

Masitah mengorak langkah ke kamarnya dengan senang hati. Dia gembira dapat menolong Aini pulang ke pangkal jalan. Masitah sentiasa berdoa dan berharap agar Aini diberi petunjuk oleh Allah swt. 

Wudhu' diambil penuh tertib, Masitah ingin mendirikan solat Asar. Liyana yang kebetulan baru sahaja pulang dari kampus, diajaknya solat bersama. 

"Eh Liyana dah balik? Kalau belum solat, jom kita berjemaah!" ajak Masitah riang.

"Okay kak, tapi kejap eh. Nak ambil wudhu',"

Masitah menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Selang beberapa minit kemudian, dua insan tersebut telah pun pada rakaat kedua solat Asar. Masitah yang menjadi imam kali ini. Memang begitulah mereka selalunya, kadang-kadang giliran Masitah, kadang-kadang giliran Liyana pula. Setiap kali sahaja ada waktu bersama, pasti mereka solat berjemaah. Sejuk perut mak mereka yang mengandungkan mereka.


* * *

Pintu bilik Masitah ditolak kuat, bergegar seketika jantung Masitah saat terdengar bunyi yang memeranjatkan itu. Namun matanya tetap pegun pada tikar sejadah. Dia cuba untuk menggapai kembali khusyuk-nya.

Aini yang terpacul pada muka pintu, serta-merta berubah muka dan berasa serba tidak kena kala terpandang dua insan di hadapannya yang sedang menunaikan solat. Perlahan-perlahan dia menutup kembali pintu tersebut. Kalut benar dirinya waktu itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia perlu gelabah. Bukannya baru sekali dia melihat fenomena itu, sudah berkali-kali pun tetapi entah mengapa hari ini dia berasa lain macam. Pelik.


* * *

"Hish, aku rasa Si Masitah tu macam nak perli aku je. Oh please, tak habis dengan Liyana, takkan Masitah pulak? Stress aku macam ni!"

"Tapi kalau nak perli sekalipun, takkan dia sanggup beli buku mahal macam ni untuk bagi pada aku? Apa dia dapat? Takkan dia nak rasa puas je kot?"

"Ala, Si Masitah tu kan kaya. Mana taknya, phone saja jenama Apple. Kalau setakat buku ni, apalah sangat untuk gadis sekaya Masitah?"

Aku menghempaskan badanku ke katil. Bermacam-macam perkara  yang berlegar dalam kepala aku sekarang ini. Punyalah aku tolak kuat-kuat pintu bilik Si Masitah semata nak hambur segala sumpah seranah dekat dia, tup tup aku nampak dia dengan Liyana sembahyang. Ergh geram tahu tak!

"Ah, lebih baik aku layan movie yang aku download semalam!" kataku sambil menolak bungkusan plastik MPH itu ke tepi.


* * *

Tiada ribut tiada angin, tiba-tiba aku berasa tidak selesa apabila ada 'adegan yang tidak sepatutnya' dipaparkan. Terus aku menekan butang stop dan melihat ke arah lain. Aku malu sendiri. Kini, plastik berwarna putih pula menghiasi mata. Plastik itu seakan memanggil-manggil untuk aku mendapatkannya. Walaupun dihimpit secebis perasaan ragu-ragu, plastik itu tetap juga berjaya mendarat ke tanganku.

Buku berjudul 'Untuk Kita Pendosa' aku ambil dan mengeluarkannya daripada plastik. Sedang aku menyelak helaian buku tersebut, mata ku terpandang pada keratan kertas yang melayang jatuh daripadanya. Lekas tangan aku mencapai kertas itu yang kini sudah mencium lantai.

Aku buka dan aku dapati ianya adalah sebuah tinta. Ya, tinta daripada Masitah. Aku pandang sejenak ke arah pintu sebelum kembali melihat tinta tu dengan tanda tanya.

"Salam'alaik Aini. Terima lah hadiah akak ni dengan hati yang terbuka ya. Akak memang tak ada niat lain selain nak tengok Aini kembali kepada fitrah. Akak nak sangat bersama Aini dengan Liyana di syurga. Akak serius. Akak tak tipu. Jadi, sebab itulah akak nak Aini berhijrah. Akak tahu hati Aini tak tenang  walaupun Aini buat perkara yang Aini suka? Sebab apa yang Aini buat tu nikmat dia sekejap cuma. Cuba Aini usaha kejar syurga. Syurga tu nikmatnya kekal tau. Sekali Aini masuk, sampai bila-bila Aini boleh kekal di sana. Infiniti. Dan semua orang akan bahagia kalau masuk ke syurga. Aini tak nak bahagia yang abadi?

Akak tahu nak berkorban tu payah. Berkorban daripada buat benda yang kita suka memang tak pernah senang. Tapi, Aini tahukan  dunia ini hanya sementara? Jadi, tak salahkan untuk Aini berkorban sekejap untuk dapat nikmat yang berpanjangan? Tak salah, Aini. Langsung tak.

Macam buku Hilal Asyraf tu cakap, "Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada." Ya, Aini. Harapan untuk kita pendosa  untuk masuk syurgaNya sentiasa ada. Nak tahu kenapa? Sebab Allah swt, Tuhan kita tu sifatnya Maha Pengampun. Kalau Aini bertaubat, inshaAllah Dia akan terima taubat Aini. Kalau nak ikutkan, memanglah Dia yang jadikan Aini macam ni. Tapi Aini kena ingat, Dia buat Aini macam tu sebab Dia nak uji Aini. Dia sayang Aini, sebab tu dia uji. Allahu, bestnya Allah sayang kita. Aini, akak dan semua orang patut bersyukur bila diuji sebab ujian itu sendiri adalah tanda Dia sayang, tanda Dia rindu dekat kita.

Akak ambil sedikit potongan ayat al-Quran yang pernah buat akak menangis sebab terharu,

"Dan Dia-lah yang Menerima taubat dari hamba-hambaNya dan Memaafkan kesalahan-kesalahan dan Mengetahui apa yang kamu kerjakan,"
{Surah asy-Syūrā, ayat 25}

Sebenarnya, banyak lagi kalam Allah yang boleh menusuk kalbu. Tapi ayat yang ini favourite akak. Orang kata, ada sentimental value gitu haha! Semoga Aini pun dapat jumpa ayat favourite Aini. Lepas itu jangan lupa kongsi dekat akak tau. Akak tak sabar nak tahu.

Akhir sekali, semoga Aini kembali kepada fitrah dan selamat membaca! Akak dengan Liyana akan sentiasa doakan Aini. You have our support, Aini. Smile."

Aku lipat kertas itu. Jujur aku cakap, aku menangis. Mana pergi jiwa yang kental dan tagihkan kasih dunia dahulu? Pelik, ayat Masitah buat aku lupa siapa aku. Dia, dia berjaya sentuh bahagian hati aku yang paling dalam yang mana aku sendiri tidak menyangka bahagian itu bisa terbuka. Dia buat aku rasa dekat, walaupun sebenarnya kami tidak pernah pun borak lama-lama, apatah lagi makan semeja. Aku sendiri masih lagi hairan bagaimana dia boleh tahu nama aku sedangkan seingat aku, aku tak pernah pun memperkenalkan diri aku padanya walaupun kami sudah tinggal sebumbung lebih kurang 2 tahun. Aku malas nak berbual dengan orang seperti dia - pakai tudung labuh, handsocks semata walaupun lengan baju dah panjang, tambah lagi dengan stokin yang tebal itu. Eh dia tak rasa rimas ke.

Mungkin Liyana yang sibuk jaja cerita aku pada Masitah, sepertimana dia jaja perihal Masitah pada aku. Bukannya aku hadap pun nak dengar cerita dia, reaksi muka aku pun jelas tidak berminat mendengar dia memuji sikap Masitah yang bagai malaikat itu. Dari situ lah aku tahu minah alim yang duduk depan bilik aku ini nama apa. Kalau tidak, sampai kesudah aku label dia minah alim.

Tapi momen ini, adalah momen yang paling tidak aku jangka akan berlaku dalam hidup aku. Menerima surat tulisan tangan daripada seorang gadis yang tidak aku rapat mengatakan dia ingin melihat aku kembali, kembali pada Tuhan yang Maha Esa. Hati siapa yang kekal statik bila didatangi dengan ayat yang berbaur memujuk ini? Siapa? Oh tidak bagi aku. Aku kelu, lalu membiarkan saja air mata ku berjujuran jatuh. Tidak aku hirau mengelapnya kerna di kotak fikiranku jelas memproses perkara yang jauh lebih perlu.

Pandanganku kini padu pada al-Quran pelangi. Aku ambil al-Quran itu lalu aku cium puas-puas. Aku rindu Tuhan! Aku rindu mahu baca ayat-ayat Dia! "Bantu hambaMu ini, ya Allah," kataku sambil teresak-esak menangis.









TAMAT.

Monday, 24 November 2014

Gadis Persis Lelaki

Karya: Skeemetri


Tangan aku dipenuhi dengan darah merah pekat. Baunya, aduh, amat memualkan aku. “Dimana munculnya sifat rejim itu? Di mana letak hati yang Allah beri dengan penuh kasih sayang?”

Saat mata tubuh itu terpejam. Aku memeluknya erat. Ayah. Kau tidurlah dengan tenang dan lena. InsyaAllah. Pada suatu hati aku akan mengikutimu.

“Syeikh ! Beri tuala putih kepada aku !”Arahan aku dipatuhi.

“ Kamu mahu kemana?”
Tanya Syeikh kerisauan.

Aku ingin memerangi rejim durjana itu.” Azam aku muktamad.

“Jika niat kamu itu untuk membalas dendam, usahlah kau pergi.”
Ujar Syeikh

Aku lantas mengambil kain putih yang berada di tangan bapa aku. Aku mengikatnya ke kepala. Sambil berkata,

“Aku kesana bukan untuk membalas dendam untuk bapa aku. Aku kesana untuk  syahid. Aku mahu berjihad di jalan Allah. Aku sudah berjanji dengan bapa aku. Mahukah kau menghalang aku lagi?”

“Jika itu yang kau hajatkan. Pergilah. Pergilah bertempur. Kaulah yang satu satunya mampu mempertahankan Negara Islam ini. Palestin. Di bumi Palestin ini kau lahir. Biarlah darah kau juga tumpah disini. Disemai dengan air mata suci kau selepas syahid.”

“Jika itu terjadi. Aku ingin mengajak kau supaya berjihad dan memenuhi cita cita kita. Syahid.” Aku menghulurkan tangan.

“Ayuh !” Syeikh membalas sambutan.

Aku mengambil parang dan sedikit alatan lain untuk memerangi mereka. Syeikh juga begitu. Alatan yang terdekat aku capai. Dengan lafaz Allahu Akbar ! Kami hidup kerana Allah dan Kami pasti dikembalikan kepada Allah.

Seorang tentera zionis mengesan kehadiran aku. Terus mereka menyerang kami. Dengan alatan canggih mereka. Senapang diacukan kepada kami. Aku terfikir kami hanya berdua, mengapa tenteranya rama mengacukan arah yang lain. Aku menoleh ke belakang.

“ALLAHUAKBAR !”Kepala aku terputus dek kerana hayunan dari sang durjana itu.

--------------

“Aduhai, penat sangatnya tangan aku menaip ni. Boleh mati juga sel sel di dalam badan aku ni ha.” Rasydan merungut keletihan. Rasydan merupakan penulis cerpen yang berkonsepkan islamik. Dunia islam. Sedangkan dia tidak mempratikkan langsung.

Rasydan menggaru garu kepalanya. Sudah seminggu dia tidak ketandas. Semua kerana cerpen yang harus disiapkan secepat mungkin. Rasydan bangun dari tempat duduknya. Sambil itu menggambil mug yang masih tersisa kopi.

---------------

Tepat 0200 pagi.

“Argh ! Penatnya. Tidur sekejaplah.” Rasydan ke kamarnya. Dia terpandang ke arah lantai bilik. Sejadah. Anak matanya pula beralih ke sebelah kenan. Al-Quran. Rasydan mengalihkan tangannya ke belakang.

“Hm. Nanti nantilah. Tak kemana Allah tu. Tak kemana Al Quran dengan sejadah tu.” Spontan Rasydan bersuara.

Rasydan meneruskan niatnya. Ahirnya dia dapat juga menikmati rasa empuknya katil yang sudah lama tidak digunakan. Oh, nikmatnya.

----------------

RABU. 0355 pagi.

Krekkk..

Pintu bilik seakan dibuka berlahan.“Assalammualaikum.”suara salam yang perlahan ada persis seorang gadis.

Sayup sayup suara gadis itu hilang. Yang anehnya. Suara itu bertukar rupa. Persis lelaki. Dimana gadis itu? Benak fikiran Rasydan yang agak mula berfungsi.

“Hmm, mampuslah.” Rasydan kembali tidur.

Kedengaran seperti seseorang sedang mengalunkan ayat suci AlQuran. Perlahan. Tetapi gegendang telinganya masih dapat menangkap suara itu. Mungkin lelaki itu tak? Rasydan bersoal jawab sendiri.

Sekulat zarah pun Rasydan tidak menyedari mengapa kejadian itu berlaku.


----------------

KHAMIS. 1805 petang.
“Adan, aku cau dulu. Nanti kalau skrip dah siap kau roger kat aku. Nanti kita bincang pasal cover dia dengan Amir. Assalammualaikum, bro.”Izwan beredar.

Rasydan mengangguk sambil mengangkat tangan kanannya. Isyarat mengiakan kata kata Izwan.

-----------------

1945 petang.

Bunyi detapan papan kekunci berselang selikan dengan nguapan Rasydan. Rasydan menggerakkan cursor ke butang START dan menekan TURN OFF.

Mata Rasydan semakin lama semakin layu. Dia meletakkan kepalanya keatas meja kerja. Retina matanya memerhatikan sekeliling meja kerja. Panorama yang tidak sebegitu cantik itu mati apabila dia ternampak gadis ayu yang bertubuh kecil dan bertudung labuh. Gadis itu tersenyum kearah Rasydan.

Akhirnya Rasydan terlelap diatas meja kerjanya.

-------------------

Rasydan mengambil kunci kondonya. Memasukkan hujung kunci kedalam mulut tombol pintu. Dia menggerakkan kunci itu kekiri.

Krekkk..

Pintu dibuka. Bau yang harum menusuk ke hidungnya. Rasydan cepat cepat mesuk kedalam.

Rasydan tercari cari. Darimana datang bau itu. Sedangkan dia hanya berseorangan di kondo ini? Tanpa menghiraukannya. Rasydan terus ke kamar. Meletakkan beg kerjanya ditepi dinding.

Sejurus itu, dia merebahkan badannya ke katil. Bau katil itu pun harum juga. Ahh, lantaklah ! Rasydan seakan tidak mahu mengetahui kebenarannya.

------------------

Pintu kamarnya dibuka perlahan.

“Awak...”

------------------

Muka gadis bertudung labuh itu terjembul di hadapan Rasydan. Kemudiannya dia menoleh kearah kanannya.

“Kau siapa?”Rasydan menjerit sambil mengambil bantal lalu menekup mukanya sendiri. Takut katakan.

Gadis yang memasuki kamarnya tanpa sebarang ketakutan. Malah dia terus ketempat yang ingin ditujunya.

“Kau siapa aku bilang ?!”Rasydan menjerit sekali lagi walaupun seluruh tubuhnya sedang terketar-ketar.

Anak mata Rasydan tidak putus-putus melihat setiap pergerakkan gadis itu. Seketika kemudian, gadis itu membentangkan sejadah yang setelah sekian lama berhabuk diatas ampaian sebagai pameran mungkin. Dia mencapai Al-Quran yang dipenuhi dengan debu-debu. Al-Quran dipegang oleh gadis itu sebenarnya menjadi perhiasan kekal di kamar Rasydan selama ini. Tidak hairanlah jikalau ianya berhabuk. Tanpa melengahkan masa, gadis itu mengambil raihan dan terus membuka helaian kitab suci itu.

Merdu sekali alunannya. Lenggok dan dengunggannya amat indah sekali. Rasydan tersenyum dan menghayati suara yang mengalunkan kalimah itu tanpa mengetahui maknanya yang tersirat mahupun yang tersurat. Suaranya seakan halwa telinga buatnya saat dia ketakutan. Rasydan menutup mata dek kerana terpukau dengan suara itu.

Sedang asyik mendengar kalimah itu dipertuturkan, Rasydan terdengar 3 ayat sebelum tamatnya kalimah yang dibaca, seperti gaya persis lelaki. Malah 3 ayat sebelum habis dibaca dia seakan-akan menguatkan suaranya. Seperti suatu amaran yang keras atau suatu peringatan yang tegas. Apa yang terjadi?

Hati Rasydan bergelodak dengan perasaan yang ingin tahu. Dia membuka matanya daripada pejaman. Saat matanya dibuka, seorang lelaki yang berwajah bengis dan bermata merah pekat menuju kearah Rasydan. Dibawanya bersama sebilah sabit yang tajam. Diletakkannya pula di leher Rasydan. Dengan bengisnya lelaki itu berbicara.

“Tahukah kamu apa hukumnya jikalau kamu meninggalkan arahan Dia?! Nerakalah tempat kamu !”

Lalu sabit itu meliar ke tangan Rasydan. Lalu lelaki itu berkata sambil menjerit. “Jangan jadi munafik !”

Sabit itu masih terliar-liar seperti haiwan yang sedang kelaparan mencari mangsanya untuk diterkam. Ngapp. Anak mata sabit itu terhenti tepat di pusatnya. Ditebuknya perut itu dengan rakus sekali. Dengan menggunakan kedua belah tangan lelaki bengis itu, segala macam isi didalam perut Rasydan dikeluarkan. Lelaki itu berkata


“HARAM !”

“ALLAHUAKBAR !”
Rasydan menjerit.


Semakin lama suara Rasydan semakin kendur.

-----------------------

2345 MALAM.

Rasydan terbangun. Dia meraup muka. Dia memandang sekeliling. Tiada apa. Cuma bunyi penghawa dingin sahaja. Tiada juga sepatah lafaz penginsafan yang hadir pada bibir mahupun suaranya. Dia hanya mententeramkan hatinya yang sedang bergelodak kecang. Dia mengambil handphone, melihat jam. 2345 malam.

   Dia memandang di suatu sudut dia menjumpai gadis misteri itu.

“Celaka !”Rasydan menumbuk meja kerjanya. Hati dia gelisah serta ketakutan. Apakah maksud tersirat yang cuba di sampaikan melalui mimpinya itu? Atau ia cuma mainan mimpi syaitan? Atau merupakan suatu pesanan yang penting buat dirinya?

   Masalahnya, siapa lelaki yang berhasrat ingin membunuhnya itu? Kejam sungguh. Sangat ngeri. Rasydan cuba menyelesaikan teka-teki yang hadir pada mindanya. Kedua belah tangannya memegang kepala.

   Seseorang menyapa bahunya. “Adan?”

    “Huarghh !”
Rasydan terjatuh daripada dudukannya di kerusi.


“Allah, Encik Rasydan ! Kamu okay ke?”Tanya majikannya.

    “Hah, saya okay. Saya okay.”
Rasydan cuba bangun sambil itu dia menepuk-nepuk baju kemejanya. Menghilangkan kotor.


“Encik Rasydan kenapa kamu tak balik lagi? Dah lewat malam ni.” Majikannya berasa hairan.

   “Puan, saya sebenarnya ...”
Sejurus Rasydan bangun, anak matanya terpanar dengan wajah itu.


Wajah itu... wajah itu... Wajah lelaki bengis didalam mimpinya tadi. Tetapi bukankah dia berbual dengan majikannya Puan Maria? Masakan lelaki bengis ini yang muncul? Apa yang berlaku sebenarnya?

Lelaki itu secara terusnya memotong bibir lelaki itu dan menghayunkan sabitnya sehingga terpenggal leher Rasydan. Mata Rasydan terbeliak.

Kepala Rasydan yang dipenggal itu, jatuh ke lantai. Tubuhnya pula kaku lalu terkenjur dilantai pejabat. Darah merah pekat yang hanyir mengalir dengan laju.

-----------------------

2344 MALAM.

“Astarghfirullah ! Allah !” Rasydan terjaga lalu meraup mukanya. Dia menenangkan jantungnya yang berdegup kencang dengan kalimah Allah.

Rasydan membenamkan mukanya di atas meja kerja. Masih terkejut dengan perkara tadi. Itu mimpi lagikah? Atau itu realiti? Kejadian itu seakan berputar-putar dikepala Rasydan dengan sendirinya. Allah ! Hanya kalimah Allah yang disebut-sebut meminta pertolongan dan perlindungan.

Dia mengambil handphonenya di kocek seluar. Jam menunjukkan 2344 malam. Dia berfikir secara waras. Kejadian tadi bermula pada 2345 malam dan pada hari yang sama. Mungkinkah... ia realiti? Satu minit telah berlalu.

-----------------------


Sekarang 2345 MALAM.

“Adan?” Majikan Rasydan menyebut nama singkatannya.

 “Ya Allah!” Rasydan tidak tahu mahu buat apa lagi. Jadi, dia terpaksa menoleh juga. Dengan perasaan yang berdebar-debar Rasydan menoleh ke belakang.

“Encik Rasydan, mengapa kamu berpeluh-peluh? Dan kenapa kamu tak balik lagi? Dah lewat malam tau.”Ucap majikannya prihatin.

Rasydan melepaskan keluhan berat. Tanda syukur. Nasib baik bukan bukan lelaki bengis itu. Dia tersenyum sendiri. Yalah, selamat katakan.

“Bos, saya nak baliklah ni.”Tidak mahu banyak berbual, Rasydan terus mengemaskan begnya dan berlalu pergi.

Majikannya hanya jadi si pemerhati.

 “Saya pergi dulu bos. Assalammualaikum.”
 
    “Ha, baiklah gitu.”
Majikannya tidak menjawab salam Rasydan.


Tanpa berlengah, Rasydan terus jalan ke pintu keluar. Sekilas dia menoleh ke arah bilik majikannya. Tidak berlampu. Hitam. Gelap. Rasydan dengan drastiknya memandang ke meja kerjanya. Majikannya tiada ditempatnya. Hilang. Lesap.





-TAMAT-
       ------------------------------------------------------------
        * Gaya kisah ini adalah mimpi didalam mimpi *
       ------------------------------------------------------------

Friday, 1 August 2014

Juwita

Karya: Zelkahf


J
UMAAT KELIWON – Dalam pekat malam yang hanya diterangi suluhan cahaya sang purnama, dia berlari merentasi belantara. Wajahnya tampak cemas. Peluh membasahi dahi dan melencuni t-shirt kelabu yang membaluti tubuh. Sesekali dia berhenti. Menarik dan menghela nafas yang tercungap. Sempat dia tertunduk. Kedua belah tangan memegang kepala lutut. Berehat seketika. Termengah keletihan. Tetapi tidak lama kemudian dia terus menyambung larian seolah-olah ada sesuatu yang mengejarnya dari belakang.
            Kelihatan ada jalan raya dihadapan. Lelaki itu mempercepatkan langkah menuju ke sana, berharap ada kenderaan yang lalu lalang di situ berhenti untuk membantunya.
Sampai sahaja dia di atas jalan raya, datang sebuah kereta dari arah kanan meluncur laju ke arahnya. Dia menjerit takut. Dan kemudian kedengaran bunyi seretan tayar kereta yang mengilukan.  Selepas itu, gelap. Pengsan.
Nasib baik kereta itu sempat berhenti. Namun, entah bagaimana apabila dia tersedar, dia berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang pada celahan jari tangan kanannya ada sepuntung rokok yang masih baru dibakar. Bergincu merah pekat di bibir munggilnya, bercelak dan berambut pendek. Berpakaian serba merah yang mempunyai garis-garis halus berwarna hitam seperti ala-ala wanita 80-an. Rokok dihisap lalu dihembus perlahan. Berkepul asap memenuhi ruang dalam kereta. Lelaki tadi tiba-tiba terbatuk. Mungkin refleks daripada asap rokok yang bertoksik itu.
“Siapa kau?” soalnya kepada perempuan yang sedang memandu itu. Namun, tiada sebarang jawapan.
Lelaki itu menoleh kepalanya ke sebelah kanan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat mayat seorang gadis kecil berumur kira-kira belasan tahun tersandar disitu. Kemudian, ditolehnya ke kiri pula. Matanya membulat apabila terlihat sekujur tubuh seorang wanita yang berusia lewat 20-an turut tersandar di tempat duduk penumpang disebelahnya dengan berlumuran darah. Dia menggigil ketakutan.
“Apa semua….” Belum sempat dia menghabiskan kata, dia dikejutkan lagi dengan kehadiran seseorang yang berkostumkan kelinci putih di tempat duduk disebelah pemandu. Si Kelinci itu memandang tepat ke arahnya. Pandangannya tajam. Mata yang merah menyala dan sebilah kapak yang berada ditangan kiri kelinci itu mula membuatkan jantungnya berdegup kencang. Macam nak tercabut jantung rasanya ketika itu. Lutut menggeletar. Seluar jeans birunya mula basah. Terkencing dalam seluar kot.
“A-apa kau nak hah??!! Lepaskan aku… Arghhh….” Lelaki itu meronta-ronta. Sedang wanita yang sedang memandu itu ketawa berdekah-dekah. Tidak mempedulikan rontaannya. Makhluk bertopengkan kelinci itu pula tidak habis-habis menghayunkan kapaknya ke arah lelaki itu. Meskipun tidak terkena padanya, seram gila kot.
“Kau ingat kau dapat lari?” soal wanita itu sambil tersengih sumbing.
“Jangan!! Jangan ganggu aku!!!” teriak lelaki itu sekuat hati.
Dan tiba-tiba…

***
           
Hadi terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh-peluh.
“Kau apahal terpekik terlolong ni? Mengigau ke apa?” soal Farid. Dahinya berkerut. Hairan melihat lelaki bertubuh kurus itu berteriak di atas katil seperti disampuk setan.
            “Aku mimpi…”ujar Hadi sambil meraup mukanya yang dibasahi peluh itu.
            “Dah agak dah. Mimpi benda sama lagi ke?” tanya Farid lagi. Buku Undang-Undang Sivil dan buku tulis berwarna hitam dimasukkan ke dalam sling bag SAG miliknya. Lalu disangkutkan ke bahu.
            “A’ah. Mimpi yang sama. Dan perempuan tu datang lagi dalam mimpi aku.”
“Siapa perempuan tu? Kau kenal dia?” Dah macam detektif polis dah gaya Farid bertanya.
            Hadi menggelengkan kepala.
            “I have no idea who the heck she is.”
“Aku rasa kau kena jumpa pakar psikatri lah Hadi. Lately, aku tengok ada something yang tak kena pada kau,” cadang Farid.
            “Aku okaylah Farid. Aku tak gila!” tiba-tiba nada suara Hadi meninggi. Seolah menengking. Lelaki itu mendengus kasar. Geram.
            “Weh, rileks lah. Aku suggest je. Tak cakap pun kau gila. Kalau kau rasa okay, so tak payah lah. Tapi jangan sampai dah teruk baru kau nak menyesal pulak. Aku seligi kau nanti,” ujar Farid. Cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.
            Hadi hanya membatu disitu. Termangu sendiri.
            Farid pula sekadar dapat menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak mengerti sikap Hadi sejak kebelakangan ini. Terlalu pelik.
            “Dah lah. Siap cepat sikit. Karang lambat lagi nak pergi kelas. Aku gerak dulu. Assalamualaikum,” pesan Farid sambil sempat menghirup kopi suam yang dibuatnya tadi sebelum keluar dari rumah untuk ke kelas Undang-undang Jenayah Sivil. Subjek kegemarannya.
            Hadi pula hanya memerhati Farid sehinggalah lelaki itu menghilang dari pandangannya. Kemudian dia mengeluh.
            “Apa dah jadi dekat aku ni? Panas baran tetiba? Patut ke aku jumpa psikatri? Tapi masalahnya aku tak gila! AKU TAK GILA!!!” Hadi menjerit sekuat hati. Baru puas hatinya bila dapat menjerit seperti itu. Rasa seperti beban yang dirasakan meloncat keluar dari dalam dirinya.
            “Ya. Aku tak gila. Mimpi kan mainan tidur. Heh,” ujar Hadi sambil tersengih.

***
           
Petang itu, kafeteria UiTM Shah Alam sedikit lengang. Mungkin sebab waktu itu ramai lagi yang belum tamat kelas. Kelihatan dua orang lelaki sedang asyik bersembang disitu sambil menikmati minum petang.
“Gila doe. Aku tak pernah tengok dia macam tu. Sekarang ni dia macam pelik sikit,” luah Farid dengan wajah serius. Sebenarnya, dia risau dengan keadaan sahabat karibnya itu.
            “Kau dah suruh dia pergi jumpa psikatri ke?” tanya Adam sambil air milo suam yang terhidang diatas meja dihirup sedikit.
            “Itulah yang aku cadangkan pada dia. Tapi dia marah aku,”
            “Hm. Kau kata dia selalu mimpi tentang seorang perempuan dan seseorang yang pakai kostum arnab kan? Dia tahu tak siapa mereka?” soal Adam lagi. Ingin tahu. Dia memang minat dengan bab psikologi dan mistik ni.
            “Tak. Dia kata dia tak pernah jumpa perempuan tu sebelum ni. Arnab tu pun sama,” jawab Farid. Kopi tarik yang tinggal sedikit itu dihirup hingga habis.
            “Nanti bawa aku jumpa dia,” pinta Adam.
            “Nak buat apa?” Apahal tetiba Adam nak jumpa Hadi? Farid curious.
            “Nak cuba tolong dia. Kan aku ambik minor komunikasi psikologi dalam course Mass Comm. Mana tahu boleh tolong,” Adam cuba meyakinkan Farid.
            “Beres,” Farid bersetuju.

***

22 Jun 2014. Petang.

Hari Ahad adalah hari yang paling membosankan bagi dirinya. Hadi tak tahu nak buat apa di rumah, tak tahu nak ke mana. Nak bersiar-siar tapi tak pandai nak bawa kereta. Motor pun tak ada. Rancangan televisyen pun tiada apa yang menarik sangat pada hari itu. Maklumlah di rumah sewanya bukan langgan channel Astro pun – yang ada TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9 dan 8TV je. Akhirnya dia end up dengan makan cereal sambil tengok DVD seram Melayu.
            “Klise betul lah cerita ni. Tak habis habis cerita pasal isteri gila boleh nampak hantu, lepastu yang si laki tak percaya kewujudan benda-benda ghaib macam tu. Buatlah something yang different siket. Barulah rare!” omel Hadi. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Baki susu di dalam mangkuk yang dia dapat percuma sewaktu beli ubat gigi jenama Darlie di hirup perlahan sehingga habis.
            “Bosanlah,” Hadi akhirnya memberhentikan cerita yang ditontonnya itu. Tutup televisyen. Kemudian dia masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian. T-shirt biru disarung segera pada tubuh. Seluar jeans Levi’s yang dibelikan Sarah dua tahun lepas dipakai.
            Hadi mencapai Samsung Note 3 miliknya yang diletakkan diatas katil. Jemarinya menaip pantas pada skrin telefon bimbit itu.
           
            Aku nak keluar jap. Balik lambat sikit.

            Nama ‘Farid’ dipilih dalam senarai kenalan. Kemudian, butang ‘send’ ditekan.
            “Lama dah aku tak pergi kelab. Sekali sekala apa salahnya kan?” ujar Hadi dalam hati sambil tersenyum sendiri.

***

Astana’s Night Club
9.30 malam.

Lagu kelab berdentam-dentum, seraya lampu berwarna-warni yang bersilang-silang menyuluh menerangi suasana kelab yang gelap gelita itu. Ramai pengunjung kelab – lelaki dan perempuan terkinja-kinja menari sampai tak ingat dunia.
            “Yes, bro? Nak pesan apa?” soal pelayan bar yang bernama Ray itu.
“Coke,” jawab Hadi.
Satu benda tentang Hadi ni, seteruk-teruk perangai dia pergi kelab sekalipun, tak adalah sampai nak pesan arak. Dia datang ke kelab pun sekadar untuk hilangkan rasa tension je.
Sedang dia menikmati coke ais dan irama lagu kelab yang mengasyikkan, datang seorang gadis yang memakai dress merah tanpa lengan duduk disebelahnya memesan minuman.
“Wine,” pesan gadis itu sambil melempar senyuman menggoda pada Ray.
“Pergh, perempuan ni pesan arak pulak. Islam ke tak dia ni? Nampak macam Melayu Islam tapi… Alah, zaman sekarang ni, Islam hanya pada nama je.” Hadi bermonolog sendiri. Dia tahu arak itu haram dan membahayakan kesihatan. Tapi kalau pergi kelab tanpa pesan arak, itu okay. Sebab bagi dia, dia bukannya buat benda tak senonoh pun. Cuma datang untuk dengar lagu dan menari je. Takpun lepak dengan kawan-kawan. Itu kata dia lah.
 “Siapa dia eh? Tak pernah nampak pun dia sebelum ni? Apa nama dia?” Hadi bertanya dalam hati. Dari atas sampai bawah dia usha perempuan seksi tu. Curious. Tertarik pun mungkin juga.
Gadis itu perasan yang Hadi sedari tadi memerhatikannya. Dia lalu menjeling tajam ke arah Hadi, sehingga membuatkan lelaki itu segera mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Tapi bila dia toleh sekali lagi, gadis itu sudah bangun meninggalkan tempat duduk dan terus melangkah menuju ke bahagian belakang kelab tanpa menunggu wine yang dipesan tadi dihidangkan. Mungkin dia rasa insecure bila Hadi usha dia macam tu.
Entah tidak tahu kenapa Hadi mengekori gadis itu hinggalah sampai disebuah bilik. Bilik tu khas untuk VVIP sahaja.
Tanpa berfikir panjang, Hadi memulas tombol pintu bilik VVIP tersebut. Lalu masuk ke dalam.
Kelihatan gadis tadi sedang duduk disofa sambil dicelah jarinya ada sepuntung rokok yang sudah bernyala.
“Kenapa you ikut I?” soal gadis itu. Rokok dibawa ke bibir, hisap sepam. Kemudian, fuh… asap dihembus perlahan.
“Curious,” jawab Hadi selamba. Pintu bilik ditutup.
Gadis itu langsung tidak menunjukkan reaksi takut ataupun marah. Malah dia hanya tersenyum melihat Hadi.
“You tak takut?”
“Takut sebab?”
“Sebab I ikut you sampai sini.”
“Ni tempat I, buat apa nak takut? Lagipun muka you tak macam perogol atau pembunuh upahan pun,”
Hadi melabuhkan punggungnya disebelah perempuan itu. Diatas sofa empuk bilik VIP.
“Siapa nama you?” Hadi memberanikan diri untuk bertanya.
“Juwita,” jawab perempuan itu sambil tersenyum. Ya Tuhan, cantik sungguh makhluk yang ada dihadapan matanya ketika itu.
“Nama I, Hadi. Nice to meet you,” tanpa ditanya, Hadi memperkenalkan diri sambil menghulur tangannya tanda ingin berjabat.
Juwita menyambut huluran tangan Hadi seraya tersenyum lagi.
“Pleasure to meet you too.”

            Juwita adalah seorang penari dan pelayan di Kelab Astana. Tapi yang peliknya Hadi tidak pernah nampak pun perempuan itu sebelum ini. Kenapa baru sekarang dia muncul?
            “I selalu layan VVIP je. Kerja I cuma bila ada special event. I buat special services,” jawab Juwita sambil rokok dicelahan jari dibawa ke bibir lagi. Rokok yang tinggal separuh itu dihisap kemudian asapnya dihembus. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang bilik yang hanya diterangi kerlipan cahaya lampu yang berwarna-warni.
            “Special services? Like… you know… that thing…” Hadi segan nak teruskan ayatnya. Perkataan tu macam censored sikit.
            “Yeah. I hiburkan mereka. Ikut apa yang mereka minta.” Puntung rokok yang sudah pendek itu ditenyeh ke dalam ashtray.
            “Whatt?? Really?? So you’re not….”
            “Virgin? Yes, I am not virgin. So, kenapa kalau I tak virgin pun? You nak cakap I ni perempuan jalang ah? Macam tu?”
            “Eh eh… tak. Bukan macam tu… I okay je… Cuma…”
            “Cuma apa? You nak try sekali?”
            “Hoho… tidak sama sekali.”
            “Why not?”
            “Sebab I tak nak lah,”
            “Jarang orang tolak pelawaan I. Biasanya orang akan tangkap lentuk dengan I. Tapi you lain. Rare!” puji Juwita.
            “Err… sebenarnya I hampir je nak tergoda. Cuma nasib baik I kuat iman sikit,” Hadi berseloroh.
            “So, you’re pious?”
            “Tak adalah pious. Kalau pious I tak pergi tempat macam ni.”
            “So, why you’re here?”
            “Because I am bored to stay at home without doing a thing that can make me happy,” jawab Hadi. Jujur.
            “Jom ikut I!”
            “Ke mana?”
            “My place. Tempat yang you takkan rasa bosan.”
            Juwita senyum.
           
            Malam itu, Hadi pergi ke tempat Juwita. Entahlah. Tidak tahu kenapa dia boleh cepat mempercayai Juwita. Sedangkan dia baru sahaja mengenali gadis itu tadi. Seolah dipukau.
            Tapi tampaknya malam itu juga adalah malam paling menyeronokkan bagi Hadi.
           
            “You takkan tinggalkan I kan?” soal Juwita. Kepalanya dibaringkan diatas riba Hadi. Jemarinya meramas lembut jari jemari Hadi yang kasar.
            “I will never leave you. I promise,” ikrar Hadi sambil dahi Juwita yang putih licin itu dikucup lembut.
            “Thanks Hadi,” ucap Juwita sambil mengukir senyuman paling manis untuk lelaki itu. Hati Hadi mula tertaut.
           
            Namun tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhati mereka dari jauh. Dan pemilik mata itu sudah nekad untuk tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

                                                       ***

Dalam kesamaran cahaya lampu kalimantan, dua susuk tubuh itu berbicara tentang sesuatu. 
“Pastikan kau datang tepat pada waktunya. Jangan telat,” ujar suara yang pertama. Suara itu seperti suara perempuan. Namun, tidak pasti siapakah gerangannya.
Kemudian, susuk tubuh yang satu lagi – yang bentuk tubuhnya lebih besar daripada yang tadi mengangguk faham.
            Selepas itu, masing-masing membawa haluan sendiri dan menghilang disebalik tiang-tiang bangunan lama yang ada disitu.

***

“Kawan aku nak jumpa kau,” Farid duduk di sofa. Pek jajan Mr.Potato perisa BBQ dibuka sambil matanya khusyuk menonton aksi Horatio mengejar penjenayah dalam CSI: Miami.
            “Siapa?” tanya Hadi. Dahinya berkerut. Tak berapa suka nak berjumpa dengan orang yang dia tidak kenal.
            “Muhamad Adam. Budak Mass Comm tu,”
            “Budak pelik tu nak jumpa aku? Buat apa?” Hadi menggelar Adam dengan gelaran ‘Si Budak Pelik’ sebab Hadi selalu nampak Adam cakap dan ketawa sendirian di taman permainan pada setiap petang atau malam.
            “Mungkin dia boleh bantu kau tentang mimpi kau tu,” jelas Farid. Matanya kemudian dialihkan pada sahabatnya itu.
            “Apa je yang dia boleh buat?”
            “Jumpalah dulu. Nanti kau tahulah,”
            “Malas ah,”
            “Mengada ah kau. Jumpa jelah. Apalah payah sangat? Dia bukannya minta bayaran ke apa.”
           
            “Pergi jelah Hadi. I tunggu nanti,” bisik Juwita perlahan di telinganya.
            “Yalah yalah,” akhirnya Hadi setuju. Itupun sebab Juwita yang minta. Kalau tak, jangan harap dia nak bertemu dengan Adam.

            “Macam tulah,” Farid tersenyum puas. Lega.

***

Taman Rekreasi Greenland,
Seksyen 17, Shah Alam.

            “Aku rasa kau ada berkawan dengan makhluk yang tak wujud. Kau ada jumpa atau berkenalan dengan sesiapa tak baru-baru ni?” soal Adam serius.
            “Adalah. Tapi tu awek aku,” jawab Hadi sambil dahinya berkerut.
            “Awek? Sejak bila kau ada awek Hadi? Kau bukan dah lama break up ke dengan Sarah? Rujuk balik ke cane?” giliran Farid pula bertanya. Dia tak sangka Hadi sudah mempunyai teman wanita, setelah sekian lama lelaki itu berduka kerana ditinggalkan seorang perempuan yang bernama Sarah.
            “Ni yang baru lah,” ujar Hadi. Dia membetulkan kedudukannya diatas kerusi. Punggungnya kebas akibat terlalu lama duduk.
            “Siapa nama dia?” soal Adam lagi.
            “Buat apa kau nak tahu?” Hadi enggan menjawab.
           “Jawab ajelah Hadi. Banyak songehlah kau ni,” Farid geram melihat kerenah sahabatnya itu.
            “Nama dia, Juwita,” Hadi jawab acuh tak acuh.
            “Juwita? Dia pakai baju apa waktu berjumpa dengan kau?” tanya Adam.
            “Kau siap nak tahu dia pakai baju apa ni nak buat apa Adam? Pelik ah kau ni…” Hadi mula hilang sabar dengan pertanyaan Adam. Seolah-olah Adam ingin tahu semua tentang Juwita. Dia jadi paranoid.
            Adam hanya berdiam diri dan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Termenung. Sepertinya dia tahu apa yang Hadi tidak tahu.
            “Dia pakai dress merah tanpa lengan dan dia seorang perokok. Betul tak Hadi?” teka Adam.
            “Kalau ya kenapa?”
            “Kau ingat lagi mimpi kau? Bukan ke pemandu kereta dalam mimpi kau tu perempuan yang sama dengan Juwita? Perempuan itu hisap rokok juga kan? Takkan kau tak perasan?” Adam angkat kening.
            Farid hanya melihat tanpa masuk campur urusan mereka berdua.
            Hadi pula terdiam seketika. Kemudian, bangun dari tempat duduknya.
            “Eh, Hadi. Kau nak pergi mana? Aku belum habis lagi ni,” Adam hairan melihat Hadi tiba-tiba bangun dengan wajah yang masam mencuka.
            “Aku malas nak berurusan dengan mat gian macam kau ni. Banyak sangat berimaginasi,” kata Hadi lalu melangkah pergi meninggalkan Adam dan Farid tercegat disitu.
            Farid cuba menghalang Hadi daripada pergi begitu sahaja, tapi Adam…
            “Biarkan saja dia pergi,” ujar Adam kepada Farid.
            Farid mendengus kecil. Bengang.

***

Di sebuah tempat yang tidak tahu dimana. Tempatnya tampak kosong tak berpenghujung. Tiada dinding. Tiada pintu. Gelap. Hanya samar cahaya redup dari lampu yang menerangi ruang itu. Kelihatan dua jasad yang tidak diketahui identitinya, sedang berbicara tentang sesuatu.
“Aku rasa sudah tiba masanya untuk kita bertindak. Budak Adam tu dah tahu siapa kita. Kita perlu hapuskan dia segera. Kalau tak, kita takkan dapat apa yang kita nak selama ini,” ujar suara yang seperti seorang banat itu.
Jasad yang lagi satu hanya mengangguk faham. Tidak bersuara.

***

            “So, apa yang kau dapat hasil daripada soalan-soalan yang kau ajukan pada Hadi tadi? Betul ke dia sakit?” soal Farid. Dia beralih tempat duduk dari meja sebelah ke tempat duduk dihadapan Adam.
            “Dia didampingi oleh satu makhluk yang bernama Juwita,” Adam mencatat sesuatu pada buku nota kulitnya.
            “Juwita? Siapa dia?” Farid semakin tertanya-tanya. Kalau boleh dia ingin tahu semuanya tentang keanehan Hadi sejak kebelakangan ini.
            “Juwita ini sebenarnya adalah satu makhluk pencuri jiwa,” terang Adam dengan wajah yang serius.
            “Pencuri jiwa? Maksud kau?” Farid masih tidak mengerti.
            “Ni ha.” Adam menunjukkan sebuah laman sesawang di telefon bimbit Zenfone 5 miliknya. Laman sesawang itu menceritakan serba sedikit tentang apa itu sebenarnya pencuri jiwa.

            Pencuri jiwa ataupun digelar sebagai ‘Soul Eater’ adalah satu makhluk ghaib yang tidak dapat dikenal pasti asal usulnya. Kerjanya adalah mengambil, mencuri jiwa (roh) manusia yang berputus asa. Tugasnya adalah menyesatkan manusia ini, dan membuatkan manusia itu melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan dan keinginannya. Kemudian, pencuri jiwa akan melakukan pelbagai tipu daya untuk menjebakkan mangsa kepada satu perjanjian yang dilakukan untuk mendapatkan roh manusia tersebut.

            “Gila betul. Mustahil benda ni wujud. Mengarut kot.” Farid tak percaya setelah membaca artikel yang ditunjukkan Adam kepadanya.
            “Mengarut. Tapi wujud. Realitinya Hadi dalam bahaya. Dan mungkin juga kita dalam bahaya,” ujar Adam memberi amaran.
            “Eh, kenapa pulak?” Farid semakin tak keruan. Gelisah. Takut pun ada juga setelah mendengar kata-kata dari Adam. Dalam hatinya terdetik juga perasaan untuk tidak mempercayai Adam. Namun, dia tiada pilihan selain untuk mempercayai sahaja apa yang dikatakan oleh Si Budak Pelik itu.
            “Juwita tidak sendirian. Dia ada teman. Dan Juwita pasti akan mengarahkan temannya itu untuk menghapuskan kita. Sebab aku dah tahu rencana mereka,” jawab Adam.
            “Jadi, apa kita nak buat?”
            “Entah. Sebelum ni aku tak pernah hadap lagi benda-benda macam ni. Ini kuasa mistik. Bukan manusia,” Adam menjelaskan. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menghalang Juwita dan temannya itu. Namun, dia seolah-olah tenang. Langsung tiada perasaan takut.
            “Kau jangan main-main Adam! Aku tak mahu jadi mangsa. Aku tak nak mati lagi,” Farid mula ketakutan.
            “Kau ni cakap serupa tak ada Tuhan. Rileks lah. Innallaha ma’ana,” Adam cuba menenangkan Farid. Tapi Farid masih tak keruan.
            “Aku gerak dulu ah…” Farid meminta diri.
            “Tunggu jangan pergi sorang nanti…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Farid memintas.
            “Aku pun tak nak tunggu plan kau lagi. Mungkin Hadi benar… Kau yang gila dan pelik sebenarnya,” Farid mencapai topi keledarnya lalu melompat naik diatas motorsikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja berwarna hitam. Enjin di hidupkan.
            Farid melihat Adam berlari kearahnya sambil berkata sesuatu dengan riak wajah seakan memberi amaran tentang sesuatu. Namun, suara Adam tidak didengari, dia pun tidak mahu melayan lelaki yang dianggapnya tidak siuman itu. Tiba-tiba….

Zaasss!!!
Libasan kapak tepat mengenai tubuh Farid. Farid tergeliat sakit, lalu menjerit sekuat hati.
“Arghhhh….”
Kapak terus dilibas berkali-kali dibelakang badan Farid. Darah memancut-mancut dan terpercik mengenai tubuh dan wajah si pelaku.

Adam hanya dapat melihat dari jauh kejadian ngeri itu. Dia kenal siapa pelakunya. Dia tahu siapa yang berada disamping pelaku itu saat sebilah kapak dihayun-hayunkannya ke arah kawan karibnya sendiri.

Orang-orang yang berada disekitar taman itu mula panik melihat kejadian ngeri yang berlaku. Ada yang bertempiaran lari, ada yang mengintai-ngintai untuk merekod video dan mungkin juga ada yang menghubungi polis kerana kelihatan ada seorang lelaki tua yang sedang bercakap dengan telefon dengan wajahnya cemas.
Mata Adam mulai berkaca. Lidahnya kelu untuk menjerit meminta pertolongan. Dia menahan sebak melihat Farid lunyai dibantai seseorang yang amat dikenalinya. Adam cuba untuk mengangkat kaki untuk lari, namun, tiba-tiba jasad yang memegang kapak tadi sudah berada dihadapannya. Mengukir senyuman yang menakutkan.
“Hadi, sedar Hadi. Kau dikawal syaitan! Sedarlah Hadi!!!” Adam cuba menyedarkan Hadi yang semakin merapatinya dengan sebilah kapak ditangan.
Tanpa menunggu lebih lama, Hadi menghayunkan bahagian belakang mata kapak yang tumpul tepat mengenai kepala Adam.
BUPPP!!
Bergegar otak Adam saat besi kapak yang tumpul itu menyentuh frontal skullnya. Dengan sekali hayunan dan das pukulan, Adam rebah. Namun, masih lagi dalam keadaan sedar tapi kepalanya berdenyut sakit. Ada darah sedikit yang mengalir keluar dari atas kepalanya.
Tidak lama kemudian, tubuhnya terasa disimbah satu cecair likat yang hangat. Hadi menyimbah alkohol entah berperisa apa ditubuh Adam. Lalu, sebatang rokok dinyalakan menggunakan pemetik api berjenama Aladin. Hadi menyedut sekali rokok itu lalu dicampakkan puntung rokok diatas tubuh Adam yang terbaring diatas jalan.
Api menyambar tubuh dan wajah Adam.
“Arghhhh… Arghh… Panas!! Panasss!! T-t-tolonggg!!!” Adam menggelupur kesakitan. Dia cuba memadamkan api yang membakar seluruh tubuh dan wajahnya namun api itu semakin marak menyala. Sakit yang dirasakan waktu itu hanya Allah je yang tahu. Mungkin begitu rasanya apabila dibakar dengan api neraka. Cumanya, api neraka itu lebih seksa daripada apa yang dirasakan ketika itu.
Sedang Adam menahan kesakitannya, kedengaran suara Hadi bergelak tawa bersama dua makhluk yang menemaninya. Terbeliak mata Adam saat melihat rupa sebenar Juwita dan makhluk yang menemaninya. Hodoh. Sangat hodoh. Sayang sekali Hadi tidak dapat mengetahui hakikat sebenar. Adam mulai pasrah.
“Ya Allah bantu aku sebagaimana Kau membantu Nabi Ibrahim menyejukkan api yang membakarnya. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah dan hina ini,” Adam berdoa dan masih berharap walaupun dia tahu, hampir 80% tubuhnya telah hangus terbakar. Dia masih hidup, jadi dia percaya Allah pasti akan bantu.
Tidak lama kemudian datang ambulans dan polis ke tempat kejadian. Juwita dan temannya telah ghaib meninggalkan Hadi ketawa sendirian. Petugas-petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) berjaya memadamkan api yang membakar tubuh Adam. Adam segera dibawa ke hospital bersama mayat Farid yang berlumuran darah. Hadi pula dibawa oleh pihak polis ke unit khas di balai polis berdekatan untuk disoal siasat.
Setelah disiasat, Hadi dibawa ke rumah sakit jiwa di Kuala Lumpur kerana disahkan mengalami penyakit mental yang kronik. Adam pula menghilang daripada hospital setelah berjaya diselamatkan oleh doktor pakar.
Tiada siapa yang tahu nasib Adam selepas itu. Adakah dia masih hidup ataupun sudah mati. Yang pasti, jika dia masih hidup, pasti Adam tidak akan melepaskan makhluk-makhluk yang telah menghancurkan hidupnya.
Adam pasti akan membalas dendam.

***

Gelang si paku gelang,
gelang si rama-rama,
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama.
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama.

Juwita dan lelaki berkostum kelinci berlalu pergi sambil menghayun-hayunkan tangan mereka. Mereka tersenyum dan ketawa. Puas. Mengharap akan ada lagi jiwa untuk dicuri.
“You will never leave me right?” soal Juwita sambil tersenyum manis.

“Never.”