Pages

|

Wednesday, 11 December 2013

Retak

Karya: Ysmin


Sebotol arak yang aku pesan di kelab malam itu aku minum teguk demi teguk. Aku dan kawan-kawan berseronok di sana hampir setiap malam. Selalunya aku on saja bila ada mana-mana lelaki yang mengajak aku menari bersama. Tetapi hari ini, semua pelawaan mereka aku tolak. Entah mengapa, tiba-tiba aku rasa bosan.

Kawan aku, Lea sedar akan perubahan mood aku lalu bertanya,

"Kau kenapa Qai? Aku tengok kau macam takde mood je. Selalunya kau tak macam ni lah."

"Hm aku takde pape lah. Mungkin penat kot,"aku menjawab malas.

"Ye je ni? Kalau macam tu, kau balik je lah dulu kalau nak."

"Habis kau cane? Sape nak hantar kau?"

"Hei, aku tahu lah aku ni takde kereta macam kau. Takpe, tak payah kisah pasal aku. Aku balik dengan Shah je nanti."

"Mana Shah?"

"Tu hah, tengah gila menari," kata Lea sambil jari telunjuknya menuju ke arah Shah yang sedang asyik menari dengan seorang wanita.

"Okay lah kalau macam tu, aku balik dulu. Bye Lea!"

Aku mencapai beg tangan Gucci aku di atas meja dan berjalan keluar dari situ.

***


Dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sedang aku memandu, baru aku sedar yang aku lupa untuk memasang radio. Patutlah senyap saja dari tadi. Selalunya ada Lea sebagai teman bicara, tetapi hari ini aku pulang ke rumah dahulu. Lalu, aku pun mengambil keputusan untuk memasang radio bagi memecahkan kesunyian malam dengan harapan lagu kegemaran aku akan berkumandang. 

Malangnya, harapan aku terbantut. Sebaik saja aku memasang radio, surah al-Rahman kedengaran. Terus saja aku menukar frekuensi. Kini radio Era pula dimainkan.

Sejauh mana langkah ku disana,
aku melupakanMu.
Seluas mana Kau beri padaku,
masih ku angkuh padaMu.

Lagu Shahir yang bertajuk 'Aku Yang Berdosa' didengarkan di corong radio. Aku tidak menukar frekuensi radio aku, bahkan aku biarkan saja si Shahir itu menghabiskan lagunya. Fikiran aku melayang entah ke mana, tidak aku tahu. 

Sejak beberapa hari ini, aku rasa kosong. Aku penat dengan dunia hiburan aku yang tidak terkawal itu. Aku selalu bertukar lelaki. Mana-mana kelab malam di KL, semua aku pernah jejak. Entah berapa botol arak sudah aku minum pun aku tidak tahu. Memang tidak terkira lah banyaknya. Enjoy yang aku rasakan itu sekejap cuma. 


***

Beberapa hari kemudian di kediaman Dato' Hasrul dan Datin Zahrah.

Mama dan papa aku sudah sedia di meja makan dengan hidangan breakfast. Aku pun join sekaki bagi mengalas perut aku yang lapar ini. Semalam, di ajak makan malam aku tidak mahu. Tak selera. 

"Aik, berselera pulak Mama tengok kamu makan pagi ni. Semalam ajak dinner, punya lah tak nak," ujar Mama sambil menuangkan air kopi panas ke cawan Papa.

Aku tidak membalas kata Mama dan hanya tersengih.

Aku merupakan anak tunggal bagi mereka berdua. Apa saja yang aku mahu, pasti mereka akan tunaikan tidak kira cara macam mana sekalipun. Memang manja 'kededek' lah aku ini kiranya. Haha.

Keluarga Dato' Hasrul pun menjamu selera pada pagi itu.


***


iPhone 5s milik Qai berbunyi nyaring menandakan terdapatnya panggilan masuk.

"Hello?" Qai berkata sepatah.

"Hello, Qai. Aku ni Lea."

"Ya, aku tahu kau. Kenapa call?"

"Haha takde ah. Aku just nak ajak kau gi shopping hari ni. Kau nak tak?

"Shopping? Hm..."

"Wei jom ah. Aku bosan lah duk rumah. Parents aku kan outstation. Heh, kita keluar ea? Boleh lah,"pujuk Lea.

"Hm yelah yelah, kita keluar," aku tersenyum.

Panggilan dimatikan. Aku terus menukar pakaian dan bersiap-bersiap untuk keluar.


***


Sesampainya kami di Pavillion, Lea terus menapak ke kedai kasut. Anak Dato' Yusof ini ingin membeli kasut baru dek kerana sudah bosan dengan kasut yang baru dibelinya beberapa hari lepas.

Setelah beberapa minit menilik kasut-kasut di situ, kasut tinggi Jimmy Choo berwarna turquoise yang dipamerkan di rak kaca itu berjaya menambat hati Lea. Dia mengenakan sebelah kasut itu dengan kaki kirinya. Sesuai dan cantik! Lalu terus sahaja dia menyuruh pekerja kedai membungkuskan kasut itu untuknya.

            “Give me this one! Size 38!”

Promoter itu pun hanya mengangguk dan mengambil sampel Jimmy Choo turquoise itu lalu dibawa ke stor di bahagian belakang kedai.

Aku yang masih belum membeli apa-apa ini berhasrat untuk ke kedai buku. Tiba-tiba terasa ingin menghabiskan waktu lapang aku dengan membaca. Lea membuntuti langkah aku ke kedai buku Popular dengan riak wajah yang pelik.

"Eh asal pelik muka kau?"soalku hairan.

"Haha pelik lah. Sebab... tak pernah pulak kau jejak kedai buku time kau shopping dengan aku sebelum ni. Hm selalunya, kedai handbag... tak handbag, kasut. Tak kasut, jam," Lea ketawa.

"Hm pelik ke? Haha. Aku tetiba rasa macam nak baca buku lah. Kau jangan lah perli aku."

Pecah tawa kami berdua disitu. Langsung tidak menghirau orang yang lalu lalang memandang aneh pada kami. Ah peduli apa!


***


Di kedai buku.

Sedang aku asyik membelek buku-buku di situ, terdapat sebuah buku yang menarik perhatian aku. 'Street Keinsafan' karya Melodrie di rak teratas itu seakan memanggil aku untuk membelinya. Buku itu aku ambil dan sinopsisnya aku baca. Agak menarik ceritanya, maka aku pun membeli buku tersebut.

Aku dan Lea kemudiannya pergi ke restoran bagi mengisi perut kami yang lapar. 

Selesai membeli-belah, mereka berdua pun pulang ke rumah.


***


Malam itu, di rumah, aku mengambil buku yang aku beli petang tadi untuk dibaca. Aku membacanya sambil berbaring di atas katil ditemani binatang peliharaan aku, Chiki si kucing. 

Pada muka surat yang ke 60 lebih, aku sudah pun tersengguk-sengguk akibat mengantuk yang teramat. Cerita itu best, cuma aku sahaja yang terlentok.

Tidak berapa lama kemudian, Qaisara pun terlena di buai mimpi.


***


Qaisara terjaga dari lena dan mendapati dirinya berada di sebuah tempat yang gelap, sangat gelap tanpa ada seorang pun manusia kecuali dia. Qai sudah mula menggigil ketakutan lalu menjerit meminta tolong.

"Tolong! Tolong! Ada sesape tak dekat sini?" Qai menjerit dengan harapan seseorang akan mendengar jeritannya.

"HAHAHAHAHAHAHAHA!!!”ada satu suara tawa kedengaran.

"Sape tu hah?!" Qai mula kelam kabut.

"Siapa aku? Aku lah Huraisy," usai sahaja makhluk itu berkata, muncul seekor binatang yang sangat besar dan panjang.

"Huraisy? Sape kau? Jangan apa-apakan aku!"

"Aku... aku nak carik lima jenis orang," suara Huraisy sangat menggerunkan buat Qai.

"Lima orang? Apa maksud kau?"

"Pertama, orang yang meninggalkan solat. Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka terhadap ibu-bapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Dan yang akhir sekali, kelima... orang yang suka…suka… minum arak!!"ujar suara itu dengan suara yang garau dan menakutkan.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Bibirku terkunci bisu.

"Dan kau tergolong dalam kalangan orang yang meninggalkan solat, dan suka minum arak itu," Huraisy meneruskan kata-katanya.

"Aku... aahh jangan apa-apa kan aku!!!"aku menjerit ketakutan.

"Tahu kau takut! Masa buat, kau tak takut pulak??!" tempik Huraisy.

Aku sudah mula menangis. Setelah itu, Huraisy mula mendekatiku...



***


Aku terjaga. Termengah-mengah. Gigil. Wajah dan tubuhku basah berpeluh-peluh. Serta-merta aku melihat sekeliling dan mendapati aku masih berada di dalam bilik tidur aku dengan buku masih di tangan. Chiki entah pergi ke mana, aku tak pasti. Yang pasti dan yang aku tahu, mimpi tadi sangat menyeram dan tidak akan aku lupakan.

"Mungkin cara ini Allah s.w.t bagi aku petunjuk,”bisikku di dalam hati. Tersedar dari silap yang telah aku lakui.


Aku menangis semahu aku sewaktu menuju ke bilik air. Ya, aku ingin mengambil wudhu'. Aku mahu dirikan solat yang selama ini tidak aku buat.

Buku panduan solat yang dibeli Mama beberapa bulan lepas, aku buka. Aku ingin tahu bagaimana caranya untuk menunaikan solat taubat. Aku benar-benar menyesal kerana telah melanggar perintah-Nya. Aku mahu pulihkan imanku yang RETAK seribu itu. AKU MAHU TAUBAT!!!

"Tapi…apakah taubat aku diterima Allah s.w.t?"



Firman Allah s.w.t, mafhum-Nya;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Az-Zumar : Ayat 53)



Tamat