Pages

|

Tuesday, 10 December 2013

OBSESI - PART II

Karya: Zelkahf


***

KRINGGG!!
Alarm telefon bimbit Haikal berbunyi bingit.

            Haikal terjaga dari tidurnya, dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan diatas meja disebelah katil tempat dia berbaring. Alarm dimatikan. Sepi.

              Dia melihat Nurizyan masih terlena disampingnya.

“Nasib baik dia tak terjaga,”dibelai lembut rambut wanita lalu mengucup dahi Nurizyan.

              Dia teringat lagi luahan perasaan Nurizyan terhadapnya. Suara Nurizyan yang manja itu masih terngiang ditelinga.

“I love you Haikal. So much,”

               Namun segera dimatikan lamunannya itu. Sudah pukul tepat 8 pagi. Dia sudah terlambat.

“Bos tentu marah sebab aku lambat hari ni. Adeh.”

              “Terima kasih kak,”ucap Haikal sambil tersenyum. Sungguh, kenikmatan yang dilaluinya semalam tidak bisa diucap dengan kata-kata. Puas meskipun tahu pasti Allah akan membalas maksiat yang dilakukannya.

“Ah! Tuhan kan Maha Pengampun. Nanti aku taubatlah. Sekali je pun,”getus Haikal dalam hati seakan tiada sedikit pun rasa bersalah diatas perbuatannya semalam.

              Dia perlahan-lahan bangun dari katil. Tidak mahu Nurizyan terjaga dari tidurnya. Dia mencapai seluar slack hitam dan kemeja putihnya di lantai lalu menyarungnya dengan segera.

              Haikal keluar dari chalet itu dengan senang hati. Mungkin malam nanti dia akan datang lagi untuk menemui Nurizyan, teman wanitanya. Teman wanita? Mungkin.

Tiba-tiba…

BAMM!!!

               Terasa kepalanya dihentak dari belakang oleh satu objek tumpul yang keras. Kepalanya mula pening. Pandangannya kabur dan kemudian… gelap. Dia rebah ke bumi.


***


              NURIZYAN terjaga dari tidur setelah merasakan Haikal sudah tiada disisinya. Dia mencari kelibat lelaki itu disekeliling tetapi tiada.

              “Mungkin dia dah pergi. Tak apalah. Asalkan perasaan aku sudah terluah. Dan kini, risau dan gundah aku sudah berkurang,”bisik hatinya sambil tersenyum.

              Dia bangkit dan turun dari katil, lalu membaluti tubuhnya dengan tuala. Segera dia ke tandas untuk mandi. Dia tidak mahu terlewat untuk sarapan. Bimbang gastriknya datang lagi.

20 minit kemudian…

           Nurizyan keluar dari tandas. Usai membersihkan diri dia terus mencapai bagasi hitam berbentuk segi empat tepat yang terletak di dalam almari pakaian lalu mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai.

            Hari ini, Nurizyan mahu keluar ke pantai. Hujan sudah berkurangan. Banjir pun sudah mulai reda. Esok, mungkin dia sudah boleh keluar dari tempat itu. Dia tidak sabar lagi untuk lari daripada orang yang mengintipnya setiap hari. Dia ingin melaporkan segalanya kepada polis. Dia ingin bawa Haikal sekali bersamanya.

            Nurizyan memilih dress berwarna biru laut pemberian Mama sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada dua bulan yang lalu.

“Aku akan kelihat cantik dengan pakaian ni,”dia tersenyum sendiri lalu menyarung pakaian itu pada tubuhnya yang sedang-sedang elok. Tidak ramping sangat dan tidak pula gemuk. Berisi tapi tidak terlalu berlemak.

            Kemudian, dia berjalan menuju ke arah cermin. Melihat penampilan diri. Gincu berwarna merah dikenakan pada bibir munggilnya. Bedak disapukan sedikit pada muka.

“Okay, cukuplah ni. Blusher? Tak payah pakai lah. Malas. Muka aku tak perlu make up lebih pun dah hot,”ujar Nurizyan sambil tersenyum melihat dirinya yang anggun di dalam cermin. Baginya memuji diri sendiri dapat menambahkan keyakinannya.


***


Splash!!

            Terasa mukanya disimbah dengan air hangat. Tapi air itu berlendir dan berbau hanyir. Haikal terjaga dari lena. Perlahan-lahan dia membuka mata, pandangan masih kabur. Kepalanya juga masih terasa sakit akibat hentakan kuat sebelum itu.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh sederhana yang memakai sweater biru gelap dan berseluar jeans hitam serta memakai cap Lakers berwarna ungu putih berdiri tegak di hadapannya.  Di sisi lelaki itu pula ada sebuah baldi berwarna perak yang kosong. Mungkin baldi itu digunakan untuk menyimbah air ke arahnya.

            Kemudian Haikal menarik pandangan ke arah tubuhnya sendiri yang tersandar di dinding berdebu. Tubuhnya penuh dengan cecair likat berwarna merah. Darah ke ni?!

            Pandangan kemudian dilemparkan ke segenap ruang bilik yang hanya diterangi cahaya suram dari beberapa buah mentol yang tergantung di siling. Tampak ada beberapa buah meja yang tersusun rapi dan tiga buah kerusi yang bersepah di atas lantai. Dinding bilik yang kelabu itu dipenuhi tompokan dan percikan darah. Kelihatan juga kepingan-kepingan gambar Nurizyan yang terlekat pada dinding di setiap sudut bilik. Eh! Gambar aku di atas katil dengan Yan pun ada sekali? Stalking habis dia ni!

Tapi apa yang lebih mengejutkan lagi apabila Haikal melihat beberapa kujur tubuh tergantung dengan berlumuran darah seperti lembu-lembu yang baru disembelih dan digantung untuk dipamerkan kepada pembeli.

            “Bos?!! Sarah!! Nia!! Aqil!!”satu persatu nama disebut apabila melihat mayat-mayat yang tergantung itu. Dia bagaikan tidak percaya apabila melihat majikan dan rakan-rakan sekerja mati tergantung di situ dalam keadaan yang ngeri dan menyayat hati.

            Disudut bilik sebelah kiri pula ada dua pasang mayat, lelaki dan perempuan. Mayat lelaki itu dadanya seolah dibelah dan isinya dikeluarkan. Terburai. Mayat perempuan pula kehilangan tangan kanannya seolah dipotong oleh seseorang. Gila! Ini betul-betul gila!

Dia kembali melihat lelaki yang berdiri tegak dihadapannya. Tubuhnya menggigil. Jantungnya berdegup laju.  A-aku ke-kenal le-lelaki ni, dia yang bagi semua hadiah pelik kat Yan. Ya! Dialah orangnya!!

“Kau siapa hah? Kau nak apa?! Kenapa kau bunuh semua kawan-kawan aku??!”soal Haikal dengan nada suara yang bergetar.  Dia ketakutan. Dia merasakan ajalnya pasti akan sampai sekejap lagi. Hanya menunggu masa sahaja.

            “Nama aku Hafif,”ujar lelaki itu mencapai sebuah gergaji kecil, mirip alatan bedah yang digunakan pada zaman dahulu yang terletak di atas meja, lalu lelaki yang tidak jelas wajahnya itu menghampiri Haikal.

            Haikal mengensot-engsot tubuhnya cuba menjauhkan diri dari Hafif.

            “Kau nak lari mana?!”tempik Hafif. Tapi suaranya tidak seperti lelaki. Lembut tetapi nyaring apabila menempik. Apakah dia seorang wanita?

Haikal tidak mahu berfikir banyak tentang hal itu. Kini nyawanya dalam ancaman. Dia mesti melarikan diri tapi kepalanya masih sakit. Haikal menggagahkan diri untuk berdiri, sambil tangan kirinya menyokong tubuh untuk menegakkan kaki. Akhirnya, dia berjaya. Dia cuba pula untuk berlari tapi malang sekali kedua belah kaki mengkhianatinya. Dia kembali terjatuh. Kakinya terasa kejang. Tidak boleh bergerak.

Hafif semakin menghampiri Haikal, semakin lama semakin dekat. Kemudian, terdengar bunyi hilai tawa yang menyeramkan, bergema di segenap ruang bilik.

“Kau ingat kau dapat lari daripada aku??”ujarnya sambil menghidupkan gergaji automatik itu.

GRRENNGGG!!!

Bunyi bingit gergaji automatik seperti menjadi irama kematian yang menakutkan bagi lelaki yang bernama Haikal itu. Dirinya kini diambang maut, namun dia tidak mahu mengalah sebelum berjuang mempertahankan nyawanya.

            Saat Hafif mendekatkan diri kepadanya, Haikal bertindak menendang kuat perut lelaki itu.

“Aduhh…”Hafif terduduk sambil tangan kirinya memegang perutnya yang sakit. Tangan kanan masih menggenggam erat gergaji automatik itu. Mujur tidak terkena pada dirinya sendiri.

            Haikal hanya tersengih puas. Dia cuba mengheretkan tubuhnya untuk menjauhi lelaki gila itu.

            “Tak guna!!”marah Hafif sambil menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan picagari yang mengandungi cecair putih yang Haikal sendiri tidak tahu apa kandungannya. Mungkin itu ubat pelali ataupun racun.

            Hafif bertindak melompat ke atas tubuh Haikal dan terus mencucuk picagari ke leher Haikal sebelum pekerja resort itu sempat berbuat apa-apa.  Kedua-dua lututnya menindih tangan pejal Haikal. Haikal tergeliat. Sakit. Lalu kaku tak bergerak dan juga terdiam membisu. Namun matanya masih celik. Memandang tepat ke arah Hafif yang tersengih nakal. Wajahnya tak seperti lelaki. Dia memang benar seorang wanita! Getus Haikal dalam bisu.

            Mata Haikal mula kemerahan. Kotak suaranya seolah tidak berfungsi untuk berkata-kata lagikan pula untuk menjerit meminta tolong. Dia bisu dan lumpuh. Hanya mata yang bisa menyaksikan apa yang bakal dilakukan Hafif seterusnya.

“Ya Allah, tolong aku! Apakah ini balasannya kerana aku melakukan maksiat tanpa memikirkan azab-Mu?? Ya Allah ampunilah aku ya Allah. Aku menyesal!!”teriak Haikal di dalam hati. Dadanya mula berombak tak tentu hala. Sekali sekala bahunya terhenjut sedikit dan empangan air mata turut melimpah setelah berasak lama mahu keluar.

            “Heh, kau pasti sedang menyesal dengan perbuatan kau kan? Sanggup kau tidur dengan perempuan yang kau sendiri tak kenal? Kau usik dia, pegang dia, malah lebih daripada itu! Aku sendiri belum melakukan seperti apa yang kau lakukan semalam. Kau tahu tak Yan tu milik aku?!!”ujar Hafif dengan nada yang keras dan tinggi.

            “Gila apa?! Kau tu perempuan! Kenapa kau nak kan Nurizyan?!!”Haikal masih tidak faham dengan Hafif. Aneh sungguh. Mungkin Hafif adalah seorang tomboy yang punyai nafsu songsang.

“Ahhh… lepaskan aku lah sial!!”hatinya memberontak kuat.

Hafif mula menghidupkan gergaji automatiknya semula sambil menyanyi riang.
GRRRENNGGG!!! GRRRRENGGGG!!
           
Aku burung
Di dalam sangkar
Hidup terkurung
Hatiku susah

Ingin aku
Terbang bebas
Bersama kawan
Tinggi di awan

GRRRENNGGG!!! GRRRRENGGGG!!

            Irama ngeri berselang-seli dengan hilai tawa Hafif itu kembali menghantui diri Haikal. Air mata kian laju melencuni pipi.

            “Mak tolong makk… Haikal tak nak mati lagi!!! Allah tolong akuu…..”batin Haikal menjerit-jerit ketakutan. Meronta-ronta minta dilepaskan.

            Tetapi rayuan Haikal tiada siapa yang mendengar. Terbuntang mata Haikal melihat wajah Hafif yang tersenyum nakal melihatnya. “Ya! Tak salah lagi. Dia seorang perempuan. Tapi siapa dia? Apa kaitan dia dengan Nurizyan? Ah tidakk… aku taknak mati !!! Aku belum sempat taubattt!!!”

Mata gergaji yang berputar laju itu semakin menghampiri lehernya. Dan kemudian menyentuh kulit leher Haikal.

SRRRETTTTT!!!

Percikan darah mengenai wajah Hafif. Tubuh Haikal menggeliat dan bergetar-getar apabila gergaji itu mula menembusi lehernya. Kemudian terdengar bunyi tulang belulang patah.

“Rasakan!! Ini akibatnya bila merampas hak orang lain!! Ini juga mungkin balasan Tuhan untuk kau yang suka buat maksiat!!! HAHAHAHA!!!”Hafif ketawa berdekah-dekah, mengilai-ngilai.

            Akhirnya, kepala dan jasad Haikal bercerai dari badan. Terjelir lidahnya saat diambang maut. Hafif memberhentikan gergaji lalu menjilat darah yang terpancut-pancut dan mengalir membasahi jasad Haikal yang kaku tak bernyawa itu. Dia tidak suka melihat jeliran lidah Haikal yang seolah-olah mengejeknya lalu menarik rakus lidah Haikal hingga putus. Lalu di campaknya ke dinding. Wajah Haikal dijilat lembut sebelum kepala lelaki malang itu di bawa ke atas meja yang tersedia.

            “Malam ini, aku ada hadiah istimewa untuk kau Yan,”ujar Hafif sambil mengukir senyuman.
           
           
***

“Ke mana perginya Haikal ni? Katanya semalam nak datang jumpa aku malam ni. Satu hari tak nampak dia,”rungut Nurizyan dalam hati. Mulai resah.

            Sedari pagi tadi, selepas dia pulang dari pantai, dia tidak nampak pun kelibat Haikal di sekitar resort. Dia ada bertanya kepada seorang tua yang mungkin penghuni chalet di resort itu juga tentang Haikal, namun orang tua itu hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu Haikal berada di mana.

            Kini hari sudah malam, Haikal masih tidak datang menjenguknya.

            “Haikal… mana you pergi ni? Janganlah buat I risau macam ni…”Nurizyan buntu dan bimbang dengan keadaan Haikal. Dia dengan perasaannya mudah terguris dan sensitif mula tersedu-sedan. Bebola matanya yang cantik mula berkaca lalu air mata segera jatuh berderai membasahi pipinya yang putih kemerahan itu.

DING DONGG!!
Loceng berbunyi.

“Hah! Itu pasti Haikal,”tebak Nurizyan sambil kedua belah tangannya sempat mengesat air mata. Tidak mahu lelaki itu tahu yang dia baru sahaja lepas menangis.

Namun, apabila pintu dibuka, dia lihat tiada siapapun yang menanti di luar. Kosong. Tiada orang. Cuma sebuah kotak coklat yang sama seperti sebelumnya terletak elok di atas lantai di hadapan pintu chalet.

            Hati Nurizyan mula rasa kurang enak. Jantungnya berdegup kencang saat mengangkat kotak coklat itu. Kali ini kotak itu agak berat daripada sebelumnya. Pintu dibiarkan terbuka. Dia hanya memikirkan apa yang ada di dalam kotak tersebut.

            Dia duduk diatas kerusi di sebelah televisyen. Nurizyan membuka perlahan-lahan mulut kotak tersebut dan kemudian…

            “HAIKALLLL!!!!”jerit Nurizyan apabila melihat kepala kekasih barunya di dalam kotak coklat yang dipegangnya. Ngeri! Tak sanggup melihatnya lalu Nurizyan menolak kotak itu jatuh ke bawah. Jauh darinya. Tergolek kepala Haikal jatuh ke lantai chalet.

            Nurizyan menangis teresak-esak. Kedua belah kakinya diangkat naik ke kerusi. Memeluk tubuh. Takut. Teramat takut. Pelbagai persoalan yang semakin menyesakkan meluru masuk ke mindanya.

Siapa pelakunya?
Kenapa dia melakukan semua ini? 
Kenapa harus Haikal menjadi mangsa?
Kenapa perlu dia bertindak kejam begini?
Apa yang dia mahu?

            “Aku mahu kau Yan!”tiba-tiba suatu suara yang memekik, menarik Nurizyan keluar dari kotak pemikiran.

Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu chalet. Kelihatan seseorang yang memakai sweater biru gelap, berseluar jeans hitam dan memakai cap Lakers berwarna ungu putih berdiri sambil di tangan kanannya memegang sebilah pisau panjang yang tajam.

“Si-si-siapa kau hah?! K-k-kau nak apa?!”tanya Nurizyan sambil terus bangun dari kerusi dan mengundurkan dirinya jauh daripada manusia misteri itu. Mungkin ini dia stalker aku yang obses dan gila tu!

            “Asalkan nampak aku je, mesti tanya buat apa. Aku tengah memancing. Tak nampak? Hahahaha!!”manusia itu ketawa terbahak-bahak.

“Serious tak lawak weh! Kau nak apa dengan aku?!! Kau siapa?!! Apa salah aku sampai kau buat aku dan Haikal macam ni?!!!”Nurizyan terus melontar soalan sambil tangannya cuba membuka sliding door balkoni, namun tidak dapat. Terkunci. Kenapa tak boleh buka ni? Aduhh… Nurizyan semakin cemas. Tubuhnya berpeluh-peluh. Pundinya seolah-olah mahu melimpah akibat terlalu takut dengan keadaan yang dihadapinya sekarang.

            “Aku Hafif ataupun nama lama aku….”ujar manusia itu sambil membuka topinya dan menanggalkan sweater yang tersarung pada tubuh. “AFIFAH!”dia menyambung ayat lalu melempar senyuman ke arah Nurizyan yang terduduk melihat sebentuk tubuh berpakaian kemeja berwarna peach, berambut pendek kemas dan teratur. Nurizyan kenal wajah itu.

“Pi-pi-pah! K-ke-kenapa k-kau buat aku macam ni?? K-kau kan kawan aku??”ujar Nurizyan dalam esakan tangis. Nurizyan mengheret badannya ke tepi apabila Afifah semakin menghampirinya.

            “Kau tak sedar ke selama ni aku sukakan kau? Aku cintakan kau Yan!! Sejak kita kolej lagi aku adore dengan kau!! Sebab kau cantik,”luah Afifah sambil tangan kirinya mengusap lembut rambut lurus Nurizyan yang lembut itu.

“Kau dah gila ke hah!? Kau kan perempuan? Aku perempuan. Mana boleh perempuan cintakan perempuan!! Itu dah nafsu songsang namanya!!”Nurizyan menempik. Marah. Tangan Afifah yang membelai rambutnya ditepis keras.

            Afifah cuba bersabar. Dia tersenyum sambil tangan kanannya bermain-main dengan pisau mendekati wajah Nurizyan yang masih cantik meskipun dilencuni air mata.

            “Sebab itulah aku bunuh si lelaki miang tu! HAHAHAHA!!!”Afifah ketawa besar. Bangga dapat membunuh kekasih hati sahabat karibnya sendiri. Afifah mencangkung di hadapan Nurizyan yang tersandar pada sliding door dalam keadaan menggigil ketakutan.

            “Takut?”soal Afifah lembut tapi penuh dengan sinis. Dia tersengih.

            Nurizyan memandang tepat pada mata Afifah yang kemerahan seperti dirasuk itu. Dia menyesal kerana mengenali Afifah sewaktu di kolej dulu. Dia menyesal tidak mendengar amaran rakan-rakan yang lain bahawa Afifah ini tidak seperti yang dia sangkakan. Kini terbukti yang Afifah memang benar GILA!! OBSES!!

            “Kau dah GILA!! OBSES!! Jangan ganggu aku lah setan!!”tempik Nurizyan lagi. Dia menumbuk wajah Afifah.

“Aduh!”Afifah mengaduh sakit.

Nurizyan segera bangun berdiri dan cuba untuk lari. Namun, sempat kakinya digenggam kuat oleh Afifah. Nurizyan terjatuh lalu kepalanya terhantuk pada meja televisyen yang berada berhadapan dengan katil. Nurizyan rebah. Pandangannya kabur.

            “Ahh! Mata, tolong jangan lelap. Badan, tolong kuatkan diri! Aku tak mahu mati! Aku mahu lari dari perempuan gila ni!”ronta Nurizyan dalam hati meminta agar tubuhnya kembali kuat untuk bangun dan melawan seterusnya menyelamatkan diri.

            Namun, segalanya sia-sia. Afifah menarik lengan Nurizyan lalu mencampakkan wanita itu ke atas tilam. Kekuatan Afifah ketika itu sangat luar biasa. Entah apa yang membantunya ketika itu, Nurizyan sendiri tidak pasti. Kini dia pasti nyawanya akan turut melayang seperti Haikal. Dia cuba sedaya upaya untuk melawan tapi apakan daya, tubuhnya semakin lemah. Kepalanya terlalu sakit untuk bangkit.

            “MEMANGG!! MEMANGG AKU OBSES!! MEMANG AKU GILA!!! SEBAB KAULAH AKU GILA!! SEBAB KAU OBSESI AKU!!!”Afifah menempik kuat ke arah Nurizyan yang kini terbaring di bawah celah kelangkangnya. Kini dia berada di atas tubuh Nurizyan. Cara yang sama dilakukan untuk membunuh Haikal.

            “Tolong Pipah… jangan bunuh aku… kita kan sahabat karib… takkan kau sanggup…”belum sempat Nurizyan menghabiskan kata rayuannya Afifah mengangkat pisau yang dipegang lalu mencucuk laju ke arah wajah Nurizyan.

            Terhenjut-henjut katil empuk itu saat Nurizyan meronta-ronta kesakitan. “ARGHHH… T-T-TI-TI-TIDAKKK!!! JANGANNNNN!!! SAKITTTT!!!! TO-TOLONGGG!!! ARGHHH!!”teriak Nurizyan kesakitan sambil Afifah hanya tersenyum dan ketawa mengilai tidak henti-henti. Tangannya terus menikam wajah Nurizyan.

CHRURPP!! CHRURPPP!! CRHURRPP!!!

Darah pekat terpercik dan memancut-mancut ke muka dan tubuh Afifah juga menghiasi dinding chalet yang berwarna putih.

“Heh! Art of Blood !”getus Afifah dalam hati sambil menyambung hilai tawanya.

            Tak cukup dengan itu, dia menikam pula dada Nurizyan sehingga berlubang-lubang tubuh wanita itu. Akhirnya, wanita malang bernama Nurizyan itu tidak bergerak lagi. Mati.

            Afifah hanya tersenyum memandang Nurizyan yang sudah tiada rupa lagi.

            “Aku rasa make up macam ni lagi sesuai untuk kau Yan,”ujar Afifah sambil mengucup sisa bibir Nurizyan yang hancur ditikam itu. Dijilat darah yang membasahi pisaunya lalu dijilat juga darah-darah yang membasahi wajah dan di tubuh Nurizyan.

Sedap! Aku mahukan darah lagi selepas ini. Dahaga! Getus hatinya sambil mengukir senyuman lebar.

       White roses with blood on it
       I give my heart to you, for you to keep it
       Like or not, you still have to believe it
       That I am always with you in ‘it’.
                               
       -   Hafif

“I am always with you forever. Forever in HELL, Nurizyan ! Wait for me… HAHA !!!”



       *Hafif = Fifah