Pages

|

Sunday, 8 December 2013

Obsesi - Part I

Karya: Zelkahf



NURIZYAN menghirup perlahan secangkir Nescafe panas sambil menikmati kedinginan udara pagi di balkoni chalet  tempat dia menginap. Sesekali dia menggigil kesejukan apabila bayu menyapa tubuhnya. Bunyi deruan ombak dan air laut pasang sudah cukup mendamaikan hati dan menenangkan mindanya pada pagi itu.

             Tertekan dengan kerjayanya, minggu ini dia mahu menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan. Kerjayanya sebagai CEO di sebuah syarikat perkapalan milik keluarganya ternyata bukan kerja yang mudah seperti yang disangkakan. Tanggbnya untuk menanda tangani kontrak, menyemak fail projek, meluluskan projek, melawati tapak projek dan beberapa tugas sampingan yang lain membuatkan dirinya terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berehat. Nasib baik dia masih lagi bujang. Kalau tidak, ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Mana tahan! Itupun Mama dan Papa sibuk tanya bila dia hendak bernikah.

            “Yan, kamu sampai bila nak jadi macam ni?”soal Mama.

“Jadi macam ni, macam mana pula Mama?”Nurizyan sengaja buat tidak faham.

            “Kamu tu, sampai bila nak membujang? Kalau tak ada calon, biar Mama dan Papa tolong carikan,”Mama memberi cadangan.

            “Alah Ma. Soal kahwin ni nanti dulu lah. Yan sibuklah dengan kerja. Nanti macam mana nak bahagikan masa? Dengan tanggungjawab di pejabat, nak jadi isteri orang lagi. Jaga anak. I am not ready yet,”jelas Nurizyan.

            “Umur kamu dah 27 tahun. Bila lagi kamu nak kahwin? Takkan nak jadi anak dara tua? Bukan tiada yang minat kamu. Kamu cantik, berpendidikan, ada stail lagi. Kalau ada suami nanti tak adalah Mama risau sebab ada orang akan jaga kamu nanti,”Mama tetap mempersoalkan tentang hal itu.

            “Anak dara tua pun tak apalah Ma. Kalau ada jodoh adalah. Tapi buat masa sekarang ni, Yan nak tumpu pada kerjaya Yan dulu. Yan tak bersedia lagi. Tak apa Ma, Yan boleh jaga diri,”ujar Nurizyan cuba meyakinkan Mama.

            Akhirnya Mama menghela keluhan berat. Mama tidak berkata apa. Terus menapak pergi meninggalkan Nurizyan dengan fail-fail kerjanya diatas meja.

            “Suka hati kamulah Nurizyan. Malas Mama nak cakap lagi,”ujar Mama dalam hati. Sedikit kecewa dengan sikap Nurizyan yang degil.

Chirp chirp !!!

            Nurizyan tersedar dari lamunannya lalu segera mencapai Iphone 5 yang berada di atas meja. “One Message Received.” Butang ‘Read’ ditekan.

            Yan, I really love you. Love you so much.

            Wajah Nurizyan mula berkerut. Dia memeriksa nombor penghantar mesej tersebut,

            “Private number? Siapa ni?? Mesti prank dari member terdekat ni !”tebak Nurizyan sambil menekan terus butang “Delete Message”. Malas mahu melayan.

            Tiba-tiba…

Ding dong!!

            Tidak semena-mena jantungnya mula berdegup kencang. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Ah, pekerja chalet kot. Dalam keadaan diri yang sedikit cuak, dia melangkah perlahan mendekati pintu utama. Dia mengintai keadaan di luar melalui lubang yang ada dipintu.

            Seorang lelaki yang dalam lingkungan usia awal 20-an, berambut lurus rapi tersikat dengan berpakaian seperti pekerja Awana Resort. Boleh tahan kacak juga budak ni. Nurizyan tersenyum.

            “Like I guess, pekerja chalet. Fuh!”dia menghela nafas lega lalu segera membuka pintu.
           
            “Yes? Ada apa ya?”soal Nurizyan sambil tubuhnya disembunyikan disebalik pintu. Dia terlupa untuk memakai pakaian yang lebih sopan. Seksi. Kalau tunjuk diri, ada juga yang kena ‘terkam’ nanti.

            “Ada orang bagi akak ni. Katanya ini hadiah untuk akak,”ujar lelaki itu sambil menghulur sebuah kotak yang bersaiz sederhana berwarna coklat dan juga sekeping kad berwarna merah kepada Nurizyan.

            “Sorry tangan kiri. Siapa bagi?”soal Nurizyan pelik sambil hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kotak bertukar tangan.

            “Entah. Dia pakai sweater biru gelap, pakai capjeans hitam. Katanya kawan lama akak. Tapi dia tak bagitahu pula namanya. Lepas bagi saya benda ni, dia terus bla,”jelas pemuda yang bernama ‘Haikal’ itu. Sempat Nurizyan mengerlingkan pandangan ke arah tag nama yang terlekat pada kemeja putih yang membaluti tubuh tegap pemuda itu. Diamati wajah pemuda dari atas sampai bawah. Budak ni nampak macam tak mencurigakan. Dari riak wajahnya dia seorang yang jujur dan lurus bendul. Mungkin.

            “Tak apalah. Terima kasih,”ucap Nurizyan sambil mengukir senyuman manis menggoda. Sengaja. Kadangkala, dia sendiri suka menyakat hati dan perasaan lelaki. Kadangkala dia suka menjadi perhatian orang ramai.

            “Sama-sama,”Haikal menundukkan kepala. Enggan memandang senyuman Nurizyan sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita itu dengan mainan fikirannya. Dia teringat tentang firman Allah dalam al-Quran supaya menundukkan dan menjaga pandangan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dia berusaha mematuhi perintah Allah itu.

            Namun, tidak pula bagi Nurizyan. Dia berasa seolah dirinya terhina kerana tidak dipandang. Begitulah wanita sekarang, dididik oleh media massa yang dipengaruhi Barat untuk kelihatan cantik dan menggoda semata-mata untuk dipandang dan dipuji ajnabi.

            “Ish budak ni. Orang senyum kat dia, bukan nak balas ke apa. Sombong betul!”bebel Nurizyan dalam hati sambil menutup pintu.

            Kotak yang baru diterimanya tadi diletakkan di atas katil seraya melabuhkan punggungnya diatas katil empuk beralaskan cadar baldu itu.

            Siapa pula yang bagi aku kotak ni? Fikirannya tidak berhenti memikir siapakah gerangan yang memberinya hadiah. Hatinya berbaur dengan perasaan hairan, curious, takut dan sedikit seronok. Yalah siapa yang tak suka apabila diberi hadiah kan? Cuma, pemberi hadiah yang tidak diketahui identiti membuatkan dirinya berasa hairan. Bimbang ntah apalah yang terisi di dalam kota tersebut. Mana tahu bom ke, binatang liar ke, who knows right?

            Nurizyan tidak menunggu lama lagi, dia terlebih dahulu membuka kepingan kad merah yang ditaruh di atas kotak.


      Hadiah ini khas untuk Nurizyan yang I sayang. I love you so much sayang. Please accept my heart.
               
       White roses with blood on it
       I give my heart to you, for you to keep it
       Like or not, you still have to believe it
       That I am always with you in ‘it’.
                               
-   Hafif  


“Hafif?? W-who the hell is this?!”Nurizyan tak sabar lagi. Dia segera membuka cellophane tape yang menutup kotak itu. Lalu, ‘mulut’ kotak dibuka. Tiba-tiba ada satu bau yang hanyir dan busuk menusuk ke hidungnya.

“W-whatt ?! Apa semua ni ?!!!”


***


         “Dia bagi kau apa Yan?”soal wanita yang berambut pendek berkemeja T biru itu sambil duduk di samping Nurizyan di atas katil.

“Ni ha..”Nurizyan mengambil sebuah kotak coklat dan sekeping kad merah yang diterimanya pagi tadi lalu dihulurkan kepada sahabatnya itu. Muka Nurizyan berubah masam. “Kau tengok sendirilah Pipah.”

      Kotak dan kad bertukar tangan. Afifah segera membuka kotak tersebut. Kad berwarna merah diletakkan disisinya. Mungkin dia lebih berminat untuk tahu apa yang ada di dalam kotak itu.

       “What is this?! Setangkai ros putih berdarah dengan segumpal… jantung?!”Afifah terkejut seusai sahaja membuka kotak coklat tersebut. Dia membelek-belek jantung yang berbau hanyir dengan darah yang masih segar melekat padanya. Dia sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru memang tahu sedikit sebanyak tentang anatomi dan surjeri.

          “Ini darah fresh ni Yan! Siapa bagi kau benda ni?!”soal Afifah masih dalam keadaan terkejut. Namun dia tidak secuak Nurizyan kerana dia sudah terbiasa dengan darah pesakit-pesakit di hospital, malah pernah membantu doktor di dalam bilik pembedahan.  

“Tadi ada budak resort hantar aku benda ni. Katanya ada orang bagi. Tapi tak tahu siapa,”jelas Nurizyan sambil meraup wajahnya yang putih gebu itu.

          “Entah-entah budak tu yang bagi kau tak?”Afifah menebak.

“Ish bukanlah! Aku tak suspek dia. Aku rasa bukan dia. Tapi… Entahlah. I have no idea siapa psikopat yang berani hantar aku benda-benda macam ni. Bodoh betullah! Serious not funny!”Nurizyan seakan mahu menangis. Dia takut. Teramat takut dengan apa yang dia hadapi sekarang ini.

       “Mana kau tahu Yan? Who knows dia stalk kau sejak awal kau masuk sini? Anyway, kenapa kau tak buang je benda ni?”soal Afifah lagi.

“Aku nak tunjuk dekat polis. Sebagai bahan bukti. Pipah macam mana ni?? Aku takut…”Nurizyan meluah rasa takut pada sahabat karibnya itu. Tubir kelopak matanya mula berembun. Biji mata mula berkaca. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Afifah.

       “Dah.. dah… Yan. Jangan menangis please? Aku kan ada?”pujuk Afifah. Kepala Nurizyan dibawa ke atas pehanya. Jemarinya membelai lembut rambut sahabatnya itu.

 “Terima kasih Pipah sebab selalu ada dengan aku,”ucap Nurizyan terharu dengan keprihatinan sahabat yang dikenalinya semenjak mereka kolej lagi.

       “Sama-sama,”jawab Afifah sambil mengukir segaris senyuman.


***


         Nurizyan terduduk di sudut bilik sambil menangis teresak-esak melihat tiga buah kotak yang berisi benda-benda yang menakutkan. Jantung dan ros putih berdarah, tangan wanita yang jarinya manisnya bercincin berlian dan anak patung beruang yang terburai isi dengan ulat-ulat sampah di dalamnya.

        Setiap hari dia mendapat mesej daripada orang yang tidak dikenali dengan mesej-mesej ungkapan cinta yang menakutkan. Stalker. Mungkin itu semua kerja orang yang selalu memerhatikannnya.

“Apa yang buat dia terlalu obses dengan aku, sampai hantar aku benda-benda yang menakutkan ni?”soal Nurizyan dalam esakan.  Air matanya tidak berhenti mengalir kerana takut dengan keadaan yang dihadapinya.

        Dia mahu pulang tetapi tidak boleh kerana satu-satunya jambatan yang menghubungkan resort dengan bandar telah runtuh akibat banjir besar yang melanda. Keretanya pula rosak dan tidak dapat di hantarkan ke bengkel. Dia seolah-olah tiada pilihan lain melainkan tetap terus tinggal di resort itu.

       Dia cuba menghubungi Afifah, tapi gagal. Line coverage Maxis tiba-tiba tidak ada. Dia cuba menggunakan telefon resort tetapi receptionist cakap line telefon terputus akibat banjir kilat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Damn! Nurizyan menghentak lantai. Geram.

       Sudah tiga hari dia tidak keluar dari chalet. Bimbang dia diekori dan dilakukan apa-apa kepadanya. Dia hanya meminta Haikal untuk membelikan dan mendapatkan segalanya untuk dia. Dia percaya pada Haikal kerana wajah Haikal tidak seperti penjenayah langsung. Malah Nurizyan amat berterima kasih kepada Haikal kerana hanya dia selama ini yang banyak membantunya. Teringin untuk dia beri sesuatu untuk membalas jasa-jasa Haikal.

       Dia bangun lalu menyimpan kotak-kotak pemberian pemerhatinya itu ke dalam peti ais. Dia merebahkan diri di atas katil. Nak surfing internet pun tak boleh sebab memang tidak ada line. Dia kebosanan. Sangat bosan. Dia perlukan penghibur, perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah dan ceritanya. Haikal!

      Cepat jemari menekan butang 1 untuk memanggil room service yang biasanya dilakukan oleh Haikal. Tidak lama kemudian, Haikal datang.

Ding dong!!

       Nurizyan bangun dari katilnya lalu berlari ke arah pintu utama. Pintu dibuka. Kelihatan Haikal berdiri di depan pintu sambil wajahnya seperti biasa, tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Hanya Nurizyan yang tampak teruja melihat wajah tampan Haikal itu.

“Masuklah,”ajak Nurizyan sambil mengukir senyuman.

       “Buat apa kak?”soal Haikal bingung.

“Service lah,”jawab Nurizyan. Dia berhenti tersenyum. Bimbang Haikal takut pula dengannya. Dia bukan gila. Cuma suka melihat wajah tampan Haikal yang ibarat wajah Edward Cullen, artis Barat yang membintangi filem Twilight itu.

       Haikal melangkah masuk ke dalam chalet Nurizyan. Bersih lagi. Tidak ada apa sangat untuk dikemaskan melainkan katil yang sedikit bersepah. Haikal segera membetulkan cadar dan kedudukan bantal.

      “Dah kak. Saya rasa itu je kot. Saya minta diri dulu,”Haikal cepat meminta diri untuk kembali kepada tugasnya yang lain. Bimbang jika terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap dirinya dan wanita cantik itu.

       Memang Haikal akui, wanita yang bernama Nurizyan itu sangat cantik. Tapi dia tidak mahu terjebak dalam perkara yang membuat Allah murka. Ah! Tak sanggup untuk aku masuk neraka hanya kerana pandangan mata.

“Eh kejaplah. I nak tanya sikit ni. Duduk dulu,”Nurizyan cuba melengahkan Haikal.

      Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Apa dia kak?”soalnya mahu tak mahu sambil melabuhkan punggungnya diatas katil.

“Siapa selain I yang tinggal di resort ni?”soal Nurizyan yang masih berdiri di balkoni menatap keindahan pantai di waktu senja.

      “Tak ramai. Sebab bukan cuti sekolah. Hanya tiga orang yang menginap di resort kami ni. Satu pasangan dan seorang lagi lelaki tua yang kaya raya. Kenapa kak?”

“Tak ada apa, cuma bertanya sahaja. Yalah, dah tiga hari I kat tinggal sini, bermacam hadiah pelik dan menakutkan yang I dapat. I takutlah,”luah Nurizyan sambil duduk disebelah Haikal dan menghela nafas berat.

       Tiba-tiba Haikal berasa tidak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang. Mana tidaknya, seorang wanita cantik hanya berbaju tidur yang nipis dan jarang duduk di sebelahnya. Sungguh teruji imannya ketika itu. Syaitan pun mula menggelojakkan nafsu Haikal yang kini tidak menentu.

      Haikal membisu. Tidak memandang. Dia menjarakkan dirinya sedikit daripada wanita itu.

“Boleh tak you teman I malam ni? I takut dia datang ganggu I,”

      “Err…kak. Maaf. Saya ada kerja lain ni. Saya minta diri dulu,”Haikal segera berdiri dan bersedia untuk pergi meninggalkan chalet itu. Dia rasa lain macam dengan Nurizyan.

“Eh, tunggulah dulu. I seorang je kat sini. Tak kesian kat I ke? Pleaseee…”Nurizyan merayu sambil menggenggam pergelangan tangan Haikal.

      Seluruh badan Haikal menjadi seram sejuk. Bulu roma berdiri bagaikan terkena renjatan. Jantungnya bertambah laju degupannya. Selama ini dia tidak pernah dipegang wanita mahupun memegang wanita. Ini kali pertama.

      “Aduh apa aku yang nak buat sekarang ni? Nak tolak membazir peluang pulak,”ujar Haikal di dalam hati. Dia lemah digoda Nurizyan. Akhirnya dia memilih untuk kembali duduk diatas katil bercadar baldu putih itu. Nafsunya berombak. Syaitan tersenyum gembira melihat lelaki yang tampak beriman akhirnya jatuh ke tangan seorang perempuan.

Kedua belah tangan Nurizyan yang lembut merayap ke dada tegap Haikal lalu menolak perlahan tubuh Haikal jatuh ke katil. Nurizyan tersenyum nakal. Dan selepas itu…




BERSAMBUNG…


p/s: Siapa sebenarnya yang obses? Tunggu bahagian kedua OBSESI.