Pages

|

Saturday, 7 December 2013

Senyum

Karya: Syukr
Dalam dunia terdapat dua golongan manusia saling berlawanan.

Golongan yang pertama, wajah kosong tanpa senyuman membuatkan hati yang memandang berasa tenang.  Hujan yang lebat beransur reda, sang pelangi menampakkan diri.  Lupa semua kemelut yang menghimpit.

Golongan manusia yang kedua pula, wajah kosong tanpa senyuman membuatkan mata yang menjamah berasa pedih. Kekosongan yang menzahirkan kegundahan, semacam semua unsur negatif terpancar dari wajah. Tiada nur. Calm before the storm. Siapa yang suka?

Sebenarnya ada satu lagi golongan. Ah, tolak tepi. Mereka ni bosan. Senyum tak sudah-sudah.  Cliché yang amat.

Tapi aku? Neither the first nor the later. Not even the latest. Heh.
Mike menoleh ke belakang. Kening terangkat sebelah.

“Kau bukan ke golongan yang kedua tu?” Feruz mencelah.

“TAK.” Mike membalas sepatah.

Fact der.. kau nak nafikan apa lagi. Sakit hati aku tengok muka kau. Setiap hari. Setiap saat. Hatiku rasa bagai digosok dengan kertas pasir kau tahu?” Feruz baling bantal ke muka Mike. Ha bagus, dah tak nampak muka ketatnya.

“Cakaplah apa kau nak. Masalahnya sekarang, masalah ni tak akan selesai dan ini bukan masalah kau.” Mike malas mahu melayan Feruz.

“Poyo ah. Kau tak cramp ke biarkan muka tegang tak kendur-kendur balik? “ Feruz serius dalam melawak.

Be in my shoes. And face it on your own. You gonna feel what I have gone through dude. Tak pula cramp ke apa dari dulu lagi muka aku macam ni. Mungkin ini memang muka aku. Not compatible with the smiley things.” Mike keluh perlahan.

Mike menapak ke pintu bilik. Pulas tombol, tarik daun pintu. “Jangan cari aku tau.” Lesap dari pandangan Feruz.

Feruz berbaring atas katil.

Sejak bila? Memang selama ni aku tak pun pernah lihat dia senyum. Sengih pun tidak. Langsung. Tapi rasanya hari tu dia……… Ah, lupakan.

Feruz loncat dari katil, masuk ke biliknya sendiri.


***


Batu kerikil di jalanan disepak. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam saku hoodies. Hood lekap di kepala. Bayu dingin petang tidak dapat menjamah tubuhnya. Mentari segan-segan memancar terik di balik awan yang sedikit mendung. Kicauan beburung tak ubah seperti  mengejek kedinginan dirinya.

Sebiji bola datang bergolek perlahan, berhenti di hadapan kakinya. Langkahnya terhenti. Mike menoleh ke kanan. Seorang anak kecil dalam lingkungan tujuh tahun sedang tersenyum, menunggu bolanya untuk ditendang kembali kepadanya.

Mike melihat bola tadi kemudian beralih kepada budak itu.

“Huaaa!!” Bingit. Budak itu menjerit seakan ternampak jembalang pemakan manusia, semacam suatu entiti puaka menatapnya dari jauh. Mata sepetnya terbeliak. Esakan kuat kedengaran. Dia bergerak ke belakang, setapak demi setapak. Mukanya bertambah pucat.

Mike terkejut. ‘What the hell’s going on?!’ Kepalanya berdenyut laju.

“AAHHHHH!!” Jeritan bak halilintar menambah haru biru disusuli satu hayunan kaki kiri melekat pada bola.

Tendangan kencang dilepaskan. Bola padu, memotong angin , meluru terus tepat ke arah sfera berongga itu. Dush! Daya yang sebegitu kuat menghentam kepala kecil budak itu. Malang tidak berbau. Tembok batu di belakang sedia menanti untuk menyambut ajalnya.

Sepi.
Jasadnya melekap di dinding tembok. Kaku. Selepas seketika, jasad itu meluncur ke bawah menarik kesan darah segar hingga bawah. Abstrak bertompok kemerah-merahan mewarnai kekosongan tembok batu itu. Sambil terukir senyuman tragis di wajahnya. Ngeri dalam artistik.

Angin berhenti bertiup. Beburung terbang menjauh. Awan hitam menutup wajah ceria mentari.
Gelap.
Sunyi sepi.

Amarahnya terangsang. Adrenalin membuak-buak. Tubuhnya menggigil. Lututnya berketar. Keringat membasahi dahi. Mike terjelepok ke tanah.

Muka ditekup. “Ah, tak guna jadi lagi benda ni!”

Dia cuba menahan sedunya namun gagal. Berjujuran air mata jatuh ke bumi.
Mommy…Daddy….I need you right now…

Mike mula lemas dalam lautan perasaannya.


***


           “Mommy! Daddy!” Mike hanya mampu menjerit, statik di sudut bilik. Tangisan berselang-seli dengan jeritan sayup kedengaran sesekali tersekat di kerongkong. Tubuh kecilnya menggigil ketakutan. Peluh dingin memercik tanpa dikawal. Semakin lama Mike semakin mengesot ke belakang apabila bayangan lembaga di lantai kian membesar. Makhluk yang berselindung dalam kelam malam itu mendekati Mike. Dalam sedikit simbahan cahaya bulan penuh, kelihatan sebilah pisau rambo di tangan kirinya dilambung-lambungkan, menambah gerun di hati Mike.

       “Jangan apa-apakan dia!” Tuan Adam cuba menegahnya daripada menganggu Mike. Dia sedekut bergelut dengan kedua belah kaki dan tangannya yang berikat tali rafia. Puan Mia di sisinya masih teresak dan tidak terdaya untuk melawan. Sesekali dia merayu, memohon belas kasihan dan simpati daripada insan serupa binatang di depannya itu. Tiada maknanya.

        Lelaki berkumis nipis itu hanya membalas dengan satu cebikan. Hatinya juga sering digeletek melihatkan telatah mangsanya yang telah berjaya dijinakkan. Ketawa besarnya menenggelamkan terus bunyi-bunyian kecil Mike dan ibu bapanya.

           “Budak, kau sayang dua orang tu?” Lelaki itu bertanya kepada Mike sambil mengacukan hujung pisau rambo ke arah ibu bapanya. Sebelah tangannya mengangkat dagu kecil Mike, menolak kepalanya ke atas. Satu pandangan tajam tertancap ke dalam mata Mike.

           Mike mengetap bibir. Air liurnya ditelan perlahan. “Jawablah!!” Dagu Mike sedikit ditekan. Dia tersentak. Empangan mulai bocor kembali. Huh! Lelaki itu melepaskan Mike, membiarkannya menangis di situ. Dia merengus perlahan lalu kembali ke arah Tuan Adam dan Puan Mia.

            Dengan selambanya, lelaki itu mengacah-acah mereka dengan pisau yang satu itu. Sekejap-sekejap dia mendekatkan mata pisaunya itu ke leher Tuan Adam. Secara automatik Tuan Adam membeku di situ. Bergerak sedikit pasti ada jiwa yang melayang malam itu.

            “Kau..nak apa..sebenarnya?!” Tuan Adam berhati-hati memilih perkataan. Tidak mahu menimbulkan sebarang provokasi.

            “Aku. Nak. Jiwa.” Sepatah-sepatah dia menjawab.

         “Aku nak jiwa yang bahagia. Bukan milik aku. Aku nak kau punya. Aku nak dia punya. Aku nak semua orang punya!” Sambungnya lagi sebelum pecah tawa rakusnya.

            Tuan Adam mengaduh selepas pisau rambo dijauhkan daripada lehernya.

            “Kau gila.” Tuan Adam tunjuk berani.

            “Ish, ish, ish. Bukan aku yang gila. Kau orang yang gila. Gila dengan kebahagiaan sampai lupa ramai yang merana di luar sana!” Lelaki itu melenting. Meluahkan apa yang terbuku di hati.

            Tuan Adam tertunduk. Puan Mia sudah lama membisu sejak suaminya mula bermain kata dengan lelaki itu.

            “Kau tahu apa?!” Herdik lelaki itu lagi.

            “Apa?! Aku dah puas hidup menderita dulu. Salah ke aku nak hidup bahagia sekarang ni?! Tolong jangan kacau hidup aku!” Tuan Adam membalas.
            “Tolong..” Nadanya berbaur kekecewaan. Pipinya terasa hangat dibasahi air mata yang mula mengalir.
`Kau. Kau fikir diri kau saja.’ Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Ah, aku tak nak tahu semua tu! Kalau kau rasa kebahagiaan kau ni tak menyeksa orang lain, semoga kau dapat bahagia dalam tanah sana!”

Zup! Sekelip mata tertanam pisau rambonya di perut Tuan Adam. Lalu ditariknya. Memancut-mancut darah merah segar keluar. Ahh sedap. Kemudian dia beralih ke sebelahnya. Mulutnya dibawa hampir ke telinga Puan Mia. “Pergi teman suami kau sana.” Lembut dia membisiknya.

Dup. Dua jasad rebah ke bumi. Dua roh berawangan di langit. Satu insan tersenyum puas. Satu anak kecil terdiam kaku.

Dua pasang mata yang terbeliak itu ditutup perlahan. “Moga kau bahagia.” Omongnya perlahan.  Lelaki itu menapak ke arah Mike. Anak kecil itu diam. Kedua matanya memandang tepat kepada mayat kedua orang tuanya. Tiada lagi tangisan. Tiada juga sebarang riak di mukanya. Jiwanya seakan disentap kasar melihatkan ‘malaikat Izrail’ itu mencabut nyawa ibu bapanya.

“Selamat datang ke dunia aku. Aku Grief. Rif for short. Nice to meet you boy.” Rif mengusap lembut rambut Mike. Usai itu dia berlalu pergi meninggalkannya. Dia hilang di balik kemelut perasaan Mike. Dan dia akan senantiasa berada di samping Mike. Grief.

AAAHHHHH!!

           
           ***

           
Jubah hitam haramain ditanggalkan daripada badan. Kopiah diletakkan di atas meja. Lalu mengambil tempat di hadapan personal computernya. Dia mengejutkannya dari sleep. Selang beberapa saat, laman Goggle sudah terpapar di skrin.

            “Kau dah solat Maghrib belum?” Feruz menyoal Mike yang sedang berbaring di katil peraduannya.

            “Dah.” Mike menjawab sepatah. Dia dapat mendengarnya walaupun tersumbat rapi di telinganya earphone.

“Kau pergi mana tadi? Lama aku tunggu tak balik-balik.”

“Aku pergi tenangkan fikiran kejap. Tu je. Maaf buat kau risau.”

“Brr. Takdenya aku risau. Takde masa. Aku tunggu pun sebab aku lapar nak suruh kau masak.” Feruz sengih di depan skrin.

            “K.” Mike malas nak layan. Dia membenamkan kepalanya dalam bantal.

            “How dare you K-ed me.” Getus hati kecil Feruz. Dia menyambung pembacaannya pada satu artikel di news feed Facebooknya.

            Astaghfirullahal’azim...Teruknya. Feruz bercakap sendirian. Dia terlintas pada satu berita tentang pembunuhan ngeri seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di taman perumahan sebelah. Dia hanya mampu menggeleng. Apa yang berlaku sebenarnya? Misteri. Mike sudah pun lena dalam pelayaran mimpinya.  

            “Bro, chill. Istighfar.” Bahu kirinya ditepuk perlahan dari belakang. Kedengaran deheman kasar sayup-sayup di telinganya. Mike tersentak. Dia melepaskan genggamannya pada kolar Pejal yang sudah terapung di udara.  Pejal jatuh hampir terduduk. Dia cepat-cepat memenuhkan  tangki oksigennya kembali sambil terbatuk-batuk. Sesak nafas dibuatnya tadi.

            Mike kenal empunya suara itu. “Kau nak apa?”

            “Istighfar dulu. Api masih marak lagi tu.”
            Senyap. Mike pejamkan matanya.

            “Kau dah lupa, setitis darah manusia jatuh ke bumi disebabkan kau, kau tak akan dapat kembali senyum selamanya? Ingat tak?”

            Mike memalingkan wajahnya ke arah Feruz. Rakannya itu tersenyum. “Thanks.” Ujarnya sepatah. Dia cuba untuk senyum namun tetap gagal. ‘Sampai bila aku nak tunggu..’ Keluh hati Mike.

            “Bertahanlah jelah kau. Entah-entah dalam tanah nanti pun muka kau still macam tu!” Pejal seakan mendengar kata hatinya. Dia tertawa besar. Mengejek.

            Hati Mike yang masih berbara seakan disimbah minyak tanah. Api kembali marak, menjulang-julang ke udara. Lantas Mike meluru ke arah Pejal dengan buku lima yang telah kemas di tangan kanannya. Sebelum sempat Feruz berkata apa-apa, tubuh Pejal sudah pun melayang di udara.  Satu tumbukan uppercut tepat mengenai dagu Pejal. Dia terhumban ke tanah.

            Pejal cuba untuk berdiri. Mike di sana masih berombak dadanya. Pejal membawa tangan kirinya mengesat kesan darah di tepi bibir. Ya, darah. Pejal meludahkan air liur bercampur darah ke tanah. “Tu. Nampak tak darah tu?!” Dia tersengih melihat tompok merah tersebut. Dia kembali tertawa sinis.

            Mata Mike terbeliak. Kiamat baginya sudah tiba.

            “AAAHH!!”

Bergegar katil Mike. Dia bermimpi cuma. Yang pastinya mimpi tersebut semacam benar dan dia tidak mahukannya terjadi.  Dahi Mike basah dengan peluh. Dia melihat Feruz, lena di perbaringannya. 

“Fuh, nasib baik mimpi je..” Gulp. Mike menelan air liurnya. Insiden petang tadi kembali menjengah peti memorinya. Perlakuannya dimainkan di hadapan mata. Satu, dua, tiga, banyak, bertompok-tompok darah merah!

Tak tertahan lagi bagi Mike, dia terus meluru keluar dari rumah. Dalam keheningan pagi itu dia berjalan sendirian, tanpa arah tuju yang benar.

“Senyumlah beb.”

“Muka jangan nak makan orang sangatlah kan.”

“Senyum itu sedekah. Kau tu pun bukannya banyak sangat duit nak sedekah.”

“Kau ingat orang sukalah tu buat muka tegang setiap masa?!”

“Kemain kening bersambung.”

“Eii, garang!”

Tuhan, apakah semua ini? Aku tak kisah. Aku tak peduli apa kata mereka. Kerna aku tahu, Kau Maha Melihat. Aku tahu Kau lihat betapa aku cuba untuk senyum dalam diriku sendiri. Aku tahu Kau lihat senyumanku yang tersirat. Tapi...Jika benar senyuman zahirku dapat membahagiakan mereka di samping aku, aku pohon kepada-Mu. Tampakkan bagi mereka senyumku walau tidak terzahir pada wajahku ini.

Tanpa disedarinya, dia sudah pun berada di dalam kabus tebal. Mike terus berjalan. Kiri, kanan, depan, belakang nampak putih sahaja. Sesekali dia menggosok kedua tapak tangannya untuk mendapatkan haba. Sejuk.

            Tiba-tiba, anak matanya tertancap pada suatu kelibat manusia jauh di dalam kabus sana. Sekejap-sekejap kelibat itu menghilang lalu muncul semula di tempat yang lain. Semakin lama, semakin dekat dengan Mike.

            Mata dikerdip. Manusia itu sudah pun berada di hadapan Mike. 
            “Ka..au..”
           
“Ya, ini aku. Ingat lagi?”
            Dush! Satu tumbukan berjaya mendarat di pipinya. Mike merenung tajam ke dalam mata lelaki itu.
           
“Makin lama makin hensem kau. Hensem dengan kebengisan tu.” Dia menepuk-nepuk tangan.

            “Kau nak apa lagi setan?! Cukuplah kau buat hidup aku menderita! Cukuplah kau ambil mommy daddy akuu...” Mike tewas dengan perasaannya.

            Heh. “Budak, dengar sini. Kau tahu kan apa yang kau dah buat? Jadi, aku datang ni nak bagitahu kau.” Rif dekatkan mulutnya ke telinga Mike. “Kau dah tak akan dapat senyum buat selama-lamanya. Berbahagialah!” Lantas ketawanya pecah.

             “Amboi, seronok gelak nampak.” Mike tiba-tiba berada di belakang Rif. “Gelak. Gelaklah kau puas-puas buat kali yang terakhir!” Rif tersentak. Gelaknya sebentar tadi terus menghilang.

            Mike nekad. Dia sudah pasrah dengan nasibnya tika itu. Namun, dia tidak boleh lihat manusia celaka itu bergembira atas kesedihannya. Jadi, dia lenyapkan rasa sedih itu dengan memusnahkan kegembiraannya.

            Pisau rambo Rif yang telah dicopet oleh Mike selamat tertanam tepat di jantung Rif. Bunuh balas, selesai. Malaikat maut tanpa berlengah terus menyentap nyawanya. Mike mencabut pisau itu keluar. Darah merah kehitaman memancut-mancut, sedikit berjaya mengambil tempat di muka Mike. Pisau itu lalu dibawanya ke mulut. Mike menjilat kesan darah padanya. Ahh… Nikmatnya. Darah pembunuh jiwa.

            Tidak cukup dengan itu, muka ditoreh sesedap rasa. Muka siapa? Rif?
Tidak. Muka Mike.      

Dengan beberapa kali torehan, mukanya hanya tinggal daging. Kulit sudah terkoyak semuanya. Lalu, sedikit demi sedikit ketulan daging meluncur jatuh dari mukanya, dibawa darah yang mengalir deras.

Kabus tebal terus menyelimuti kawasan itu.


***


Pagi itu Feruz dan Pejal bersama-sama pergi ke taman untuk berjoging. Melihatkan katil Mike yang kosong pada subuh tadi, Feruz terus sahaja meneruskan rutin paginya macam biasa. Pandailah si Mike tu jaga diri dah besar panjang. Pagi itu orang masih tidak ramai disebabkan suasana yang agak sejuk. Mungkin masih lena diulit mimpi. Tiba di satu pokok, mereka berhenti.

“Akhirnya dapat pun aku lihat kau senyum, Mike.” Bisik Feruz dalam hatinya penuh girang.

Pejal segera menelefon pihak polis dan hospital untuk menguruskan dua mayat tersebut. Ngeri. Tapi cukup bahagia melihat senyuman tengkorak itu.




-TAMAT-