Pages

|

Friday, 6 December 2013

Rosak

Karya: Skeemetri

    

Aku Abhar bin Zainor. Berasal dari Senawang, Negeri Sembilan. Aku tidak bekerja. Aku hanya terperap di dalam bilik bertemankan lampu bilik, headphone dan komputer riba. Aku di kenali sebagai seorang gamer. Hidup aku mewah. Tidak bergantung kepada sesiapun. Aku kenali ibu bapa aku sebagai pengeluar duit sahaja. Aku sudah tentu Islam. Terang benderang termaktub pada surat beranak dan kad pengenalan. Tuhan? Siapa Dia sebenarnya?

          Mungkin kiamat apabila aku berbicara perihal Tuhan. Di mata aku siapa Dia? Tiada sesiapa. Kosong. Adakah aku dikira murtad dan sebagainya? Argh ! Peduli apa aku! Aku cuma seorang manusia yang tidak tahu apa itu kehidupan sebenarnya. Apa kata orang pada aku, aku tidak endahkan. Biarkan ia berlalu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

***

0304 PAGI.


         Cuma cahaya komputer riba yang bernyala. Aku sedang bermain permainan keluaran terbaru Ragnarok 2. Aku juga sudah membeli PS Player yang terkini keluaran Tokyo kelmarin. Sungguh menakjubkan. Bila terpasangnya permainan itu, seperti mempunyai daya tarikan magnet yang membuatkan aku terpukau. Jari-jemari aku giat menekan punat ×Ο semasa pertarungan berlangsung didalam permainan itu.

         Pada saat kemuncak pertarungan it, tiba-tiba komputer riba aku mati. Hitam. Dan secara langsung aku dalam keadaan bergelap. Dalam kegelapan, aku bangun menuju ke dinding. Aku meraba-raba mencari suis lampu bilik. Dalam aku meraba itu, tangan aku bagaikan tersentuh sesuatu yang janggal. Automatik aku larikan tangan aku ke sisi. “Benda apa yang aku tersentuh tadi?”Aku hanya mampu berkata didalam hati.“Argh, mainan perasaan mungkin !”

        Tanpa menghiraukan kegusaran dalam hati, terus aku mencuba mencari suis lampu bilik. Tidak Berjaya. Aku pusing kembali mahu ke katil. Menyedapkan hati dan jantung yang berdegup kencang. Sekilas aku berpusing, ada sesuatu yang bercahaya. Pada anggaran aku, ia berada pada satu sudut di mana aku meletakkan patung-patung figura yang menjadi hobi aku sejak kecil. Cahaya itu bukan cahaya lampu ataupun kelip-kelip. Mana mungkin kelip-kelip berada dalam bilik aku ini. Sempat juga aku terfikir sesuatu yang luar dek akal.

     Kejadian itu amat aneh sekali. Cahaya itu cahaya api yang berwarna biru kemerah-merahan yang menyala pada sumbu sebatang lilin. Jarang warna cahaya biru kemerahan bernyala pada sebatang lilin. Selalunya merah yang kebiruan. Aku menggaru kepala. Dan persoalan yang lain, siapa yang meletakkan lilin itu pada meja patung figura aku? Sekali patung itu cair, nahas aku kerjakan.

          Apabila aku memusingkan tubuh aku 90 darjah kebelakang, kelihatan cahaya yang sama. Pada sudut 120 darjah juga perkara yang sama aku lihat. Hati aku mula sejuk. Akal aku berputar diluar kotak –berfikir perkara merepek. Jantung aku pula sudah mula membuat pancaragam. Tubuh aku terketar-ketar.

        Kesudahannya aku, bersandar pada dinding dan mengheret tubuh aku duduk di atas lantai. Kedua belah tangan aku memegang kepala. Kemudian ke mata. Otak dan akal aku berfikir untuk mencari penyelesaian. Tetapi bukan perkara itu yang bermain di fikiran aku.

          Aku fikir ini adalah balasan Tuhan kepadaku yang mengingkari perintahNya dan tidak taat padaNYA. Air mata aku tertitis jua.

        Sesaat kemudian, otak aku berputar lagi. Aku melepaskan tangan aku ke lantai. Tersembur ketawa aku.“Adakah aku teringat pada Tuhan tadi? Biar betul aku berbicara soal Tuhan tadi? Bodoh betul aku.” Ketawa aku bergema di dalam bilik.

        Aku memandang ke atas. Hairan. Mengapa tawa aku masih bergema? Tawa itu semakin kuat. Dan kuat dan kuat. Tiba-tiba aku terdengar bunyi suis lampu ditekan. Aku toleh ke tepi. Lalu aku pandang semula keatas. Mahu lihat samada lampu akan bernyala atau tidak.

      Lampu akhirnya sudah bernyala. Tetapi, kepala aku tetap memandang ke siling. Anak mata aku pula duduk tepat pada kipas yang berpusing. Tiba-tiba satu paku menusuk ke dalam mata kiri aku. Darah meluncur keluar. Tiada sudah anak mata berwarna hitam. Cuma darah yang meluncur dengan laju.

       Kesakitan perit aku rasai. Aku cuba menggerakkan kepala aku. Tetapi kepala aku bagai sudah digam atau sudah di kawal dari jauh. Mulut aku juga tidak terkeluar suara. Hanya mimik muka yang menggambarkan apa yang aku rasai ketika itu. Ketika ini hanya kalimah Allah yang hadir dalam hati dan nurani aku.

        Kini mata kanan aku yang tinggal. Aku mencuba untuk menutup mata kanan aku. Agar benda lain tidak tertusuk didalam mata aku. Semasa aku ingin menutup mata, aku menjerit sekuat hati kerana apabila aku menutupnya, mata kiri aku mengerang kesakitan yang teramat. Jadi aku biarkan mata aku terbuka. Hanya air mata yang mampu terkeluar pada tubir mata.

        Mata aku menjadi merah pekat. Urat-urat pada mata juga sudah muncul. Kepala aku pula masih begitu. Kekal statik. Anak mata kanan aku terliar-liar pada siling, takut kalau ada apa-apa yang akan berlaku lagi.

           Dalam keadaan yang berjaga itu, kipas secara sendirinya berhenti. Tanpa di sangka, kipas itu terjatuh kebawah. Tetapi tidak ke lantai. Kipas itu terapung dan berpusing kembali walhal wayar-wayarnya sudah terputus. Dan menuju ke arah aku.

Strettt !!!

      Tubuh aku terbelah dua.

           Aku pula tidak terkata. Aku masih hidup. Masih bernafas. Masih menghirup udara. Masih bernyawa. Alhamdulillah. Aku ucap kalimat itu tanpa berfikir panjang. Dan untuk pertama kali aku mengucapnya. Tanpa disedari lagi aku menitiskan air mata. Dan tanpa disangka, 2 bilah pedang terapung-apung dan menusuk ke dada aku dan ke kepala aku bertubi-tubi tanpa ada yang menghunusnya.

Sruttt!!! Sruttt!!

Darah terpercik.

GAME OVER ! YOU ARE DEAD !

Adakah ini suatu permainan ?



***


           Sekeliling aku gelap hitam. Cuma diri aku yang aku lihat. Aku ke kanan, dia ikut juga ke kanan. Begitu juga sebaliknya. Aku menggaru kepala tidak langsung dia ikut aku tetapi kami berada di posisi yang berbeza. Siapa dia?

         Aku duduk menongkat dagu. Aku imaginasikan yang diriku sekarang ini duduk di atas kerusi dan dihadapan aku mempunyai meja. Tidak semenanya, perkara yang diimaginasikan olehku menjadi realiti. Aku imaginasikan ibu bapa aku. Hadirlah ibu bapa aku dihadapan aku. Tetapi mereka tidak bersuara. Bisu. Seperti patung.

Aku mula memikirkan tentang diriku sendiri. Aku mahu lihat diriku.

         Tiba-tiba aku terasa ditarik. Ditarik dengan kuat. Aku tiada daya untuk mengelak. Aku hanya mengikut.

         Aku terlihat lilin. Lilin yang sama aku lihat. Posisi yang sama. Warna yang sama. Apa yang berlaku ini?
     
          Aku terdengar seseorang merintih. Aku toleh kebelakang. “Eh, itu aku.” Aku terlihat diri aku semasa diseksa. Mungkin aku ditarik ke masa silam? Allahu...

Allah? Aku ucap Allah? Lidah aku kekok menyebutnya. Tetapi aku nekad yang aku tidak akan mengubah pendirian aku. Aku ingin kekal seperti aku yang dulu. Aku cuma ada diri aku sebagai tempat pergantungan. Bukan ibu bapa aku. Tidak Allah sekali pun.

           Diri aku ditarik lagi, tetapi tidak di tempat ganjil. Aku berada didalam bilik aku. Aku memerhati sekeliling. Aku berpusing 360 darjah. Aku merangka didalam otak apa yang mungkin berlaku.

           Aku memandang kipas. Aku terduduk sikit. Mana tahu kipas itu akan terjatuh lagi? Aku bergerak ke arah patung- patung figura aku. Keadaannya masih sama. Tidak ada yang aneh kecuali, lampu itu. Aku kearah lampu itu. Tiba-tiba satu lembaga hitam masuk kedalam mata kanan aku. Aku ketakutan. Kedua tangan aku memegang mata dan aku menjerit supaya lembaga itu keluar.

Lembaga itu menurut perintah dan akhirnya  keluar.

            Aku cepat-cepat mengambil barang yang terdekat. Aku mencapai sesuatu dan terus lemparkan ke arah lembaga itu. Tetapi ia ditembusi.

             “Apa itu?”Ia cuma hadir pada benak fikiran tetapi tidak hadir pada mulutku.

 Lembaga itu bersuara.
    
        “Aku adalah fikiran kau yang kolot itu.”
            “Sekolot-kolot aku, aku adalah kau.
                     
                     “Jangan risau.”
      “Kerana aku sekarang akan sentiasa bersama kau didalam bilik ini.”         
                     “Itu pun disebabkan kau sudah rosak!”

      
- TAMAT -