Pages

|

Thursday, 5 December 2013

Aimi & Lia

Karya: Rehan S


Aimi dan Lia. Kawan dari darjah 1. Sekarang dah Form 4 .Jiran. Budak kelas panggil diaorang belangkas. Ye ah. duduk semeja. Pergi tandas sama-sama,balik sama-sama. Semualah sama-sama. 

Kringgggggggg!! 
Loceng berbunyi menandakan waktu  rehat bermula. 
Dalam perjalanan ke kantin Lia bertanyakan sesuatu kepada Aimi. 

"Mi. kau tahu tak pasal budak baru yang nak datang besok."

"Budak baru?aku tak tahu pon.Kau .. yeye je budak baru"

"Betul lah.. kau tahu kan mak aku cikgu 'penyelia' tingkatan 4. Mak aku bagitahu dekat aku tadi, dalam kete"

"Yeke?"

"Kalau betul ada budak baru. Dia boleh duduk dengan kita en Aimi"

Tiba-tiba. Perasaan Aimi semacam. Perasaan yang pelik. Cemburu. Ya cemburu. 

"Lahh. kenapa pulak?"

"Yelah. Kita duduk paaaaaaaaaaling belakang. Pastu kita conquer tempat duduk yang ada tiga meja dgn kerusi dannnn ada lagi satu tempat kosong"

"Hurmmm suka hati kau lah."


****

"Okay class. Ni budak baru . Okay Shasha. Boleh kenalkan diri." 
"Assalamualaikum. Saya Nurafasha Khalik . Dari Penang, orang panggil saya Shasha."

Semua budak dalam kelas terpegun melihat kecantikan Shasha lagi-lagi budak lelaki. Terkelip-kelip mata melihat shasha.
Shasha. Anak Datin dan Datok. Tak pernah berlagak dan sombong. Paling benci bila orang berkawan dengan dia semata kerana wang atau pangkat.

"Okay sha. kamu boleh pilih nak duduk mana"

Lia menepuk-nepuk kerusi menandakan supaya Shasha duduk di kerusi ini. Aimi diam.
Shasha berlari anak sambil senyum ke arah meja Aimi dan Lia.

"Hye" sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Lia bergegas berjabat dengan Shasha. Aimi diam. Dia buat tak tahu. Lantas Lia mencubit pinggang Aimi. Aimi mengaduh kesakitan.

"Aduhhh sakit lahhhh" mukanya tampak bengis,
"Woi tetamu ni, hormatlah sikit"

Aimi menghulurkan tangan . Mereka bersalaman tapi muka Aimi nampak macam tak ikhlas.


****


Sudah 2 bulan kehadiran Shasha dalam kelas 4 Cemerlang. Sejak kehadiran Shasha hubungan Aimi dan Lia semakin renggang. Lia lebih rapat dengan Shasha. Aimi selalu ditinggalkan. Aimi mula stress dengan kehidupannya. Rasa dipinggirkan itu sangat memeritkan. 


****

0303XX/2230

"Hello Lia. Ni aku ni Aimi"

"Ha kau nak apa?"

"Malam ni datang rumah aku"

"Buat apa? Aku sibuk lahh"

"Plissssss. malam ni je. Dah lama tak luangkan masa dengan kau. Lagipon aku ada seprais yang paling seprais.hehehehehe"

"Hokalahh. ayattt. Kemain. Hurm yelah yelah nasib baik kau sahabat aku, jakgi aku datang"

"Okay"

Gagang telefon rumah diletak. Aimi ketawa. Ketawa lain macam. Ya. Macm psycho. Terlampau psycho. Ibu dan ayah Aimi jarang ada dekat rumah. Outstation. Aimi dah terbiasa duduk rumah sorang-sorang. Selalunya ada orang teman. Lia selalu menemani Aimi. Tapi sejak Shasha ada. Lia dah jarang dan malas nak pergi rumah Aimi. Bila ditanya mengapa. Beribu alasan akan muncul. 

Ding dong! 
Lia menekan loceng rumah Aimi. 

"Ha Lia. jemput lah masuk"

"Kau kata ada seprais. pebende nye yg seprais sangat tu?"

"Jom aku bawa kau" Aimi menarik tangan Lia. Dia membawa Lia ke suatu bilik. 

Di sudut bilik itu terdapat Sebuah  meja dan  kerusi keluli yang beroda. Bilik yang berbau  hanyir dan meloyakan. Darah memenuhi lantai. Ada sisa-sisa darah di dinding.

"Mi. bilik apa ni Mi???Lia tutup hidung. Bau hanyir yang terlampau menusuk hidung.

"Bilik aku lah"
Dush! 

Aimi melepaskan pernumbuknya ke pipi kiri Lia. Lia pengsan.

15 minit Lia pengsan. Sedar-sedar kaki ,tangan dan badan dah diikat di kerusi. Kasihan.



****


"Mi.... toooloonngg" Matanya ligat mencari Aimi. 

"Aimi! Kenapa kau buat aku macamni ?!Kawan apa kau ni?!"

"Kawan kau kata? Kau Bangsat! Kawan tak akan pernah tinggalkan kawan dia yang lain.Tak akan sakitkan hati kaawan dia" 

"Maafkan aku...." Suara Lia mendayu-dayu.

"Tengok ni" 
Aimi mengangkat kepala. Nampak macam kepala. Memang kepala pun. Lalu diletakkan di atas meja besi yang beroda. Aimi pusingkan meja dan tolak meja itu betul-betul di hadapan Lia.

"Apa yang kau dah buat?!"

"Lah. aku buat apa kau tanya? mana ada pape. saja buat hiasan atas meja.Hahaha. Kau kenal dia?"

"Dia kawan kita lah!"

"Kawan kau. Bukan aku"
Aimi pergi dari bilik itu. Sempat lagi dia senyum sinis.

Lia cuba membuka tali pengikat yang mengikat kaki dan badannya itu.Tapi cubaannya gagal kerana tali yang digunakan untuk mengikat badannya itu terlampau ketat dan kuat. Dia tidak berdaya melepaskan diri dia kaliini. Kaki dan tangan Lia berdarah akibat terlampau meronta.

"Kau nak lepaskan diri kau ya ?"

"Tolong mii. Aku janji aku tak akan buat lagi"

"Dah terlambat sayang"
Aimi mengasah parang di depan Lia, badan Lia bergetar. Terlampau takut. Berkali-kali Lia menelan air liur.

Zasssss. Dua-dua belah kaki Lia terpelanting ke pintu bilik.Darah memercik.

"Ahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! Sakit!!!!!!!!!"

"Ini untuk kaki yang selalu tinggalkan aku"

Zassss . Aimi melibas parang itu di tangan Lia.

"Ini pulak untuk tangan yang selalu pegang tangan Shasha bukan tangan aku"
Aimi menjilat darah merah yang tersisa di parang itu.

"Sedap darah kawan aku ni. Manis manis. Urmm kau nak rasa?? Aumi  menghulurkan  mangkuk yang berisi darah ke arah Lia.

"Aaalah aku lupa kau dah tak de tangannn"Aimi bagai dirasuk. Gelaknya kuat. Psycho.
"tttttoollloong...."

"Lah hidup lagi kau."

“Meh aku tamatkan riwayat hidup kau”

Aimi menikam dada Lia lalu dibelah. Aimi mengambil organ hati dan jantung Lia. Darah pekat mengalir tanpa henti.

Zukkk!!
Aimi menikam hati Lia berkali-kali sampai puas

"Ini untuk hati yang memang tak sayang kan aku" sambil menikam hati Lia.
Jantung yang diambil tadi terus dirobek rakus oleh Aimi.

"Kau patut mati dari awal!"

Aimi menoleh. Ada satu lagi yang tertinggal. Kepala Lia. Dia terus mengambil parangnya kembali.

Zasssssssss!!!
Dengan sekali libasan, Kepala Lia tertanggal dari badannya.Aimi menetak kepala Lia. Diambilnya otak itu lalu dicarik-carikkan otak itu.

"Ini untuk otak yang tak pernah fikirkan aku"
Hahahahahahah! Aimi gelak sambil menghirup darah yang ada di dalam mangkuk dengan rakus. Dah macam  ‘vampire’ minum darah orang.

"Puas hati aku" bisik hatinya.

"Ini akibat sebab tak sayang aku. Tak pelah . Kau still Biyefyef aku k?. hahahaha. Kita ambil gambar sama-sama ok? Say cheese!

Klik!



p/s: Hati-hati tanpa sedar kita dah melukakan hati seseorang. Tanpa minta maaf . Kita biarkan. Mungkin kawan anda macamni ? hati-hati ya.