Pages

|

Wednesday, 4 December 2013

Karak Highway

Karya: Zeddka



"Ibu! Tolong Liza!!" 
"Ibu.....tolong!!"
                
Liza jalan terhuyung hayang. Kawasan yang gelap itu, menyukarkan Liza untuk berjalan. Sesekali, dia terlanggar dahan-dahan di dalam hutan itu. 

"Ibu!! Ya Allah, tolong aku. Aku nak hidup lagi!" Liza terduduk. Dia menangis puas puas. Dia ketakutan. Dia menyesal. 

"Baru sekarang kau nak ingat Ibu kau?" satu suara yang berbisik tiba-tiba muncul.

Liza mengangkat muka. Ketakutan. 

"Baru sekarang kau nak ingat Tuhanmu?!" bisik suara itu lagi. Kali ini lebih kuat.

Liza menggeleng. Dia tidak percaya semua ini. Dia takut. Takut sangat. 

"Hahahahahahaha!" satu suara mengilai muncul.

"Ahhhhhhhh! Ibu!!"

****

Masa berputar kebelakang...

Dia meminum arak yang masih berbaki dengan sekali teguk, gelas itu kembali kosong. Dia menghulurkan gelas tadi, lantas memberi isyarat kepada pelayan kelab untuk memenuhkan gelas berkenaan.

"Liza, jom menari." kata Imran. Dia sudah melingkari pinggang ramping Liza Melisa, tetapi gadis itu hanya membiarkan dia diperlakukan begitu. Dia merelakannya. 

"Jom." Liza menarik tangan Imran agar mengikutinya ke lantai tari. Tubuh Imran dipeluknya sambil menari terhuyung-hayang.

Tangan Imran cepat sahaja membalas pelukan Liza. 

"rasa, dah lima gelas you minum. Nanti you mabuk tak pasal pasal tak boleh drive." kata Imran kelihatan risau. 

"You, jangan risau lah. Kenapa? Tak pernah tengok I minum banyak begini? tertekan tau tak? Ibu I tu, suruh solat lah, ingat Tuhan lah. Apa? Allah? Merepek je. Ergh!" Air syaitan itu benar-benar membuat Liza menjadi khayal dan hanyut dalam dunianya sendiri. Dia sendiri tidak sedar apa yang dia katakan.

Imran hanya mendiamkan diri, membiarkan kepala Liza dilentokkan ke bahunya. Mereka memang selalu begitu. 

Walaupun mereka belum berkahwin, tetapi hubungan mereka tiada batasan. Berpegang tangan, berpelukan malah lebih dari itu pun sudah biasa bagi mereka. 

"Dah lah tu, jom balik. Dah pukul 3:30 pagi ni. Makin lama you kat sini, makin mabuk nanti. Mari, hantar you balik." kata Imran.

"Jom. Tak mengapa, boleh drive sendiri." Liza menarik tangan Imran. Imran menemaninya sehingga di tempat parkir kereta. 

"Betul, you boleh balik sendiri?" soal Imran.

"Betul, you tak payah risau." Liza melambaikan tangannya ke arah Imran sebelum masuk ke dalam perut kereta. 

Liza menghidupkan enjin sebelum bergerak pulang. 

          Dalam perjalanan di pertengahan jalan, kepala Liza terasa berat, tekaknya terasa loya. Pandangannya semakin kabur. Liza hilang kawalan. 

Boom!! 
"Ah! Ibu!" 

Liza terjaga dari mimpinya. Sedikit terkejut. Dahinya basah. Liza menenyeh matanya. Liza menoleh ke kanan, Imran masih memandu. Dia melihat jam. Sudah pukul 9:30 malam. 

"Mimpi rupanya. Peliknya. Hm, Lama juga, aku tidur." bisiknya.

"Eh, kita dekat mana ni?" soal Liza kepada Imran.

"Em, hampir sampai. Tapi, entahlah. Tiba-tiba rasa macam perjalanan jauh lagi." kata Imran. 

"You pasti, you dah ikut jalan yang betul?" soal Liza. Dia kelihatan risau. Dia meninjau-ninjau ke luar tingkap. Sedikit gelap. 

"Ya, I pasti. Hmm, you jangan risau, ya? Maybe, dah lama tak balik Temerloh." kata Imran sambil membelai rambut Liza. 

"Sunyinya jalan ni. Patutlah..." Imran berbisik sesuatu.

Liza menoleh ke arah Imran.

"Patutlah...apa?" soal Liza. Tajam sungguh pendengarannya. 

"Eh, emm. Ini kan 'Karak Highway'. Siapa tak kenal jalan ni." jelas Imran sambil menjeling Liza. 

Liza tersentak. 

"Karak.." Liza berasa tidak sedap hati. 

"Ya. Jalan ini kan 'keras', macam-macam cerita yang dengar. Pontianak, pocong, Volkswagen kuning lah. Kononnya hantu yang bawa. Haha, tapi tak percaya semua tu. Mengarut!" kata Imran sambil ketawa. 

"Eh, you jangan cakap macam tu.." Liza mula risau. Walaupun, dia juga tidak percaya akan benda benda halus, tapi dia berasa tidak sedap hati. 

"Kenapa? You takut? Hahahahahaha!" Imran ketawa berdekah-dekah.  

Tiba tiba....
Bam! 

Kereta mereka terhenti apabila terdengar satu bunyi hentaman yang sangat kuat. Seolah-olah mereka telah melanggar sesuatu.

"Eh, apa tu?" kata Liza mulai risau.

"You, tunggu kat dalam kereta. Biar pergi tengok." Imran mula keluar dari perut kereta. 

"Haih, panas la pula." Liza merungut sambil mengipas-ngipas dirinya. Liza meninjau ninjau keluar tingkap. Kelibat Imran tidak kelihatan. 

"Hmm, mana pula Imran ni." Liza kembali bersandar. Keadaan sunyi. Sepi.

Dup! 
Bunyi hentaman dari tingkap belakang kereta.
Liza pantas menoleh ke belakang. Kosong. Tiada apa apa. 

Dup! Dup! 
Bunyi itu berbunyi kembali. Kini makin kuat. Liza menoleh ke belakang. Tiada siapa. 

"Imran! Is that you?" sahutannya tidak dibalas. Hanya bunyi cengkerik yang hadir. 

Liza kembali menoleh ke depan. Tiba tiba....

"Ahhh!" Liza menjerit apabila kelihatan seorang wanita berambut panjang berpakaian putih lusuh di hadapannya. Wanita itu memandang tepat ke arahnya. Mukanya pucat lesi. Seluruh anak matanya berwarna hitam. Tajam renungannya. 

"Ahh! Hantu! Pergi! Pergi!" Liza melibas libas tangannya. Cuba untuk menghalang hantu itu supaya tidak mendekatinya. Liza menutup matanya. Ketakutan. Gila tak takut? Hantu depan mata. 

"Imran!!" jerit Liza lagi. 

Perlahan-lahan, Liza membuka matanya. Hantu berambut panjang itu sudah tiada. Seluruh tubuhnya menggeletar. Dia segera keluar dari  kereta untuk mendapatkan Imran. Liza pergi ke arah depan kereta, di mana Imran sepatutnya berada di situ.

"Imran? Where are you?!" Liza ketakutan apabila kelibat Imran sudah tiada. 

"Imran!!" Liza menjerit sambil mencari cari Imran. 

Kiri kanan, kiri kanan. Gelap. Sunyi. Suasana gelap di jalan Karak itu membuatkan Liza sukar untuk melihat keadaan sekeliling. Payah untuk dia mencari Imran yang hilang secara tiba tiba. Dahi Liza basah. Rambutnya tidak terurus. 

"Liza...." satu suara menjelma dari belakangnya. 

Liza menoleh ke belakang..

"Ahhhh!" 

"Ibu! Ya Allah! Tolong aku!"

Liza berlari apabila wanita berambut panjang itu kembali. Air mata Liza mengalir laju. Takut. Dia tidak menoleh langsung. 

Tiba tiba satu cahaya muncul di depan Liza. Cahaya dari lampu sebuah lori. Lori itu menuju ke arah Liza. Liza cemas. Dia melompat ke arah tepi jalan. Tanpa disedari, tepi jalan itu mempunyai gaung. Liza tejatuh ke dalam gaung tersebut. 

****

Masa berputar lagi...

"Eeeeeii! Ibu! Lepaskan kaki Liza!" 

"Jangan tinggalkan ibu Liza..." kata ibu Liza dengan mukanya yang lenjun dengan air mata. Kaki Liza dipeluk erat. Tidak mahu dilepaskan. 

"Berambuslah kau!" Liza cuba menarik kakinya.

"Liza, jangan lah ikut lelaki itu. Ibu tak suka. Tinggal lah dengan mak nak... Kembali lah ke pangkal jalan. Ke jalanNya." rayunya.

"Eeei, ibu! Liza tak percayakan Tuhan lah!" Liza menengking ibu nya tanpa rasa belas kasihan. Liza menarik kakinya. 

Bam! Pintu dihempas. 

"Bie, jom pergi dari sini." kata Liza kepada kekasihnya Imran.

"Okay, jom."


****

"Ergh, di mana aku?" kata Liza sedikit lemah. Dia pengsan. Liza menoleh ke kiri dan ke kanan.

Hutan?!

"Liza....oh Liza... Hahahahahaha!" hantu tersebut mengilai.

"Arghh, tidak jangan ganggu aku! Ibu! Tolong Liza...Liza takut..." Liza menutup telinga dan matanya. 

"Ibu kau tak ada Liza. Dia mana ada kat sini. Bukan kau dah tak nak tinggal dengan dia lagi ke? Hahahahahaha!" 

"Tak...tak...aku menyesal. Aku nak ibu aku. Ya Allah tolong.." rayu Liza. 

"Baru sekarang kau nak ingat Tuhan kau ha?!" hantu itu berada di belakang Liza. Dia pantas menarik rambut Liza. 

"Ahhhh! Sakit!" Liza memegang kepalanya. Kulit kepalanya terasa seperti hampir tercabut.

Srettt!

"Ahhhhhh! Sakit! Ibu!!!!!" Liza meronta meronta apabila kulit kepalanya mula tercabut.

Hantu itu memegang kepala Liza dengan lebih kuat. 

"Sakit, ye? Macam ini lah apa yang ibu kau rasa, masa kau tinggalkan dia. Namun, dengan tanpa belas kasihan kau tinggalkan dia!" hantu itu melepaskan kepala Liza. 

Liza hampir pengsan. Dia kehilangan banyak darah. Kulit kepalanya separuh terkoyak.

"Kau tak perlukan Hati!"

Sssappp! 

Hantu itu memasukkan tangannya ke dalam dada Liza dan menarik jantungnya. Darah yang mengalir dijilat olehnya. Enak juga bagi makhluk teresebut.

****

Keesokannya paginya, Imran ditemui pengsan di tepi jalan. Manakala, nasib tidak menyebelahi Liza Malisa. Dia dijumpai mati di tengah hutan. Pihak polis mengatakan, dia mati dibunuh oleh seseorang. Tapi kamu yang membaca ini tahukan? Shhhhhh... 




Ingat!
Ada yang memerhati.
Jangan dicabar kuasaNya. 
Kerana, yang satu itu ada.





TAMAT

Street Keinsafan

Karya:  Qursyad


Lamborghini Aventador laju membelah malam menuju kelab malam yang sesak dengan manusia pada malam minggu.  Usai pintu kelab dibuka, bergema bunyi muzik kuat. Lampu biru hijau berselang-seli menguasai kelab malam. Aku nak release tension yang serabut di kepala yang penuh dengan masalah keluarga, awek, kerja. Aku merancang untuk mengambil tempat yang privacy supaya aku dapat tenangkan diri. Aku juga memesan air kencing syaitan carlsberg. 

Seorang pelayan membawa air minuman yang ku pesan diletakkan di atas meja kemudian dia pergi. Aku meneguk minuman itu lalu aku dikelilingi perempuan yang seksi. Beberapa jam yang lepas, masalah yang dihadapi masih di dalam kotak fikiran. Lalu aku keluar dari kelab dengan muka 10 sen.

Aku memandu kereta kesayanganku lamborghini aventador. Tengok jam baru pukul 3 pagi. Fikiran aku bengong. Secara tak sedar aku tekan brek dan tak sedar lagi aku ada di depan surau Kampung Kim Jho yang bernama surau Al-Firdausi. Terdetik hati aku untuk memasuki surau tersebut tapi diri aku dulu berjanji tidak akan mempercayai agama islam. Kerana aku tak mahu serabut aku buat keputusan nak masuk ke surau tu.

Beberapa minit kemudian, aku terkaku di depan pintu surau. Lalu seorang Ustaz bernama ‘Hasan al banna’ bertanya kepadaku,
“Assalamualaikum anak muda, apa tujuanmu datang ke sini?”


“Saya mahu tenangkan fikiran” kata seorang anak jutawan. 



“Anak muda, nak tenangkan fikiran bukan hanya kaku di depan pintu surau. Masuklah, solat malam. Insya-Allah pintu ketenangan dibuka” balas Ustaz Hasan. 



“Tapi ustaz….. saya tak tahu solat. Dah lama saya tidak menunaikan rukun islam. Tuhan terima ke solat saya?” ujarku dengan ikhlas. 



“Allah tu Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah mengampun dosa hambanya tak kira besar atau kecil janji mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut. Saya boleh ajarkan solat kalau awak mahu.” ujar Ustaz Hasan sambil tersenyum. 



“Berapa bayaran kalau saya nak mendalami ilmu islam dengan ustaz? saya berminatlah.” tanyaku kepada Ustaz Hasan. 



“Dakwah saya tiada bayaran. Alhamdulillah, Allah dah beri hidayah kepada kamu. Syukur.” jawab Ustaz Hasan. 



"Alhamdulillah." kataku seraya tersenyum.




***




2 tahun kemudian,


“Dah lama rasanya aku tidak duduk di bandar. 2 tahun aku menghabiskan masa di kampung untuk mengenal islam lebih dekat. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan hidayah dan aku harap ia kekal di hati. Mesti ibubapaku cariku kerana dah lama aku tidak jenguk mereka di vila. Aku harap mereka menerima aku yang baru. Aku harap juga mereka tidak menyebut dunia jahiliyyah aku yang lepas. “ bisik hati seorang jutawan soleh.

“Assalamualaikum anak muda, kenapa termenung? Teringatkan orang tersayang ke?” tanya ustaz.

Dalam lamunan aku terkejut ustaz berada di samping aku sambil tersenyum ke arahku.
“Eh Waalaikumussalam ustaz. Biasalah ustaz, dah lama saya duduk kampung saya rasa sampai masanya saya tinggalkan kampung ni. Saya rindu orang bandar. Kesian Ibubapa saya di bandar, mesti dia orang risau.”

“Betul tu. Ustaz rasa lebih baik kamu jenguk ibu bapa. Mesti diorang rindu kat anak dia ni” ujar Ustaz.

“Hehehe… ustaz…. ustaz rasa ibu bapa saya dapat tak terima saya yang baru ni?”

“Insya-Allah dengan izin Allah, Ibu bapa mana tak nak anak dia berubah jadi baik? Mesti dia orang gembira. Alah, jangan risaulah fikir ijabiat ye.” ujar ustaz.

“Amin ya rabbal-alamin”

“Ya Allah, dapatkah mereka menerimaku?” bisik hati. Aku memasuki vila teratak ‘Rosdi cottage’s’.

“Bismillah….”
Aku membuka pintu utama lalu memberi salam, “Assalamualaikum.” 


“Waalaikumussalam” Datin Farah dan Datuk Rosdi menyahut.


“Ibu, ayah, Naim mintak maaf sebab naim menghilang selama ni. Maafkan anakmu ini” kata Naim. 


“Ya Allah! Naim! Syukur anak ibu dah balik. Dah lama ibu tunggu kamu pulang. Kamu pergi ke mana selama ini?” ujar ibu dan ayah berserentak. 



“Saya pergi Kampung Kim Jho. Nak mengenali agama ibu. Sekarang ni saya rasa tenang sangat. Alhamdulillah.”ujarku tenang.


“Alhamdulillah apa yang ibu mintak selama ni menjadi kenyataan” ibu turut tersenyum dengan perubahan anaknya itu.

Aku gembira dengan perubahan aku selama 2 tahun. Tak sia-sia rasanya.