Pages

|

Thursday, 21 November 2013

Tersungkur

Karya: Izz Rodzian


Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
Tersungkur sekali tak bermakna tiada peluang lagi untuk bangkit.
Ya, aku tahu itu semua. Tapi akhir-akhir ini, aku sendiri tak tau kenapa aku mudah sangat tersungkur dan sukar untuk bangkit kembali. Benteng iman sudah rapuh, mungkin juga.

Lepas solat Zuhur, aku terus merebahkan badan yang lemah dan longlai di atas katil. Lepak bersama sepupu tercinta, Nur.

Nur, dia sepupu aku paling istimewa. Dia seorang sahaja yang panggil aku dengan nama "Jie".
Memandang siling penuh perhatian sedang minda kosong tanpa memikirkan sebarang hal.

"Weh, kau dah kenapa diam semacam je? Aku rindulah nak tengok kau senyum, nak dengar kau gelak," tanya sepupuku memecah kesunyian.

Aku tersentak.
"Err, takde apa. Aku letih sangat kot sehari dua ni," balasku ringkas.

"Kau yang aku kenal, seorang yang tak kenal erti letih mahupun penat. Istilah rehat takde dalam kamus hidup kau, kan? Come on lah, jangan macam ni," pujuk Nur.

"Ye, tapi kali ni aku betul-betul letih. Sangat letih," jawabku bernada lemah, antara dengar dan tidak.

"Aku bukan baru kenal kau sehari dua, Jie. Aku kenal kau dari kecik. Kau ni qowiy orangnya. Tak mudah futur. Tapi kenapa sekarang kau mudah sangat futur?" Nur bertanya seraya memegang erat tanganku.

Keadaan menjadi sunyi. Seolah-olah masa terhenti buat seketika.

Aku ambil masa untuk lontarkan jawapan. Soalan yang agak sukar untuk ku jawab.

"Entahlah, mungkin lately aku makin jauh dengan Allah. Iman dah decrease. Mungkin juga aku asyik berlawan dengan perasaan aku sendiri. Aku segan nak cerita pada Dia. Aku malu dengan Dia.", balasku.

Nur menepuk lembut bahuku. Dia mengukir senyuman manis. Cantik saat dia tersenyum. Aku yang perempuan ini pun bisa jatuh hati dengan senyumannya. Indah.

"Jie, jangan jadi manusia yang lemah dek kerana berlawan dengan perasaan sendiri. Kau segan dengan Allah? Malu dengan Allah? Allah tu kan Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Yang paling penting, Dia Maha Mendengar. Dia sentiasa sudi dengar segala permasalahan kau. Benda paling penting kau kena ingat, Dia uji kau sebab Dia tau kau mampu, kau kuat dan kau tak mudah futur," pujuk Nur lagi.

Aku masih lagi merenung siling. Tajam renunganku.
Tidak sedikit pun aku memalingkan muka pada sepupuku.

"Jie, kau ingat lagi tak masa arwah ayah aku meninggal last 3 years? Kau ingat lagi tak apa yang kau cakap dekat aku masa tu? Aku cakap balik apa yang kau cakap dekat aku dulu," tanya Nur. Suaranya agak sebak. Air mata mula bertakung menunggu masa untuk jatuh.

Aku juga sebak.

"Aku masih ingat. Sangat ingat. Syukran, ingatkan aku. Mungkin ia akan mengambil masa untuk aku pulihkan semula semangat aku ni," balasku dengan nada yang sekata.

"Dahlah, aku rimas juga lemas tengok muka kau yang macam selipar koyak tu. Senyum sikit Jie comel!" Nur, sepupuku yang bijak juga pandai atur strategi untuk buat aku senyum dan gelak.

Akhirnya, aku tersenyum dan gelak. Nur pun ikut gelak sama.

--

Kalau tersungkur, futur bahkan lemah; carilah Allah dahulu. Mengadu pada-Nya. Jangan nak jadi lembik sangat!