Pages

|

Tuesday, 19 November 2013

Villa Nabila

Karya: Zelkahf

“Haikal! gambar apa yang kamu hantar pada saya ni?!”soal Encik Jaafar dengan nada yang tinggi sambil melihat satu persatu kepingan-kepingan gambar yang diberikan kepadanya.

“Itu gambar-gambar untuk majalah kita lah Encik Jaafar. Kenapa?”Haikal hairan. Mengapa gambar-gambar yang diambil olehnya tidak diterima pengurus syarikat Majalah Eksklusif itu. Sedangkan dirinya sudah sehabis baik mencari sudut dan waktu yang baik untuk mengambil gambar-gambar seperti itu.

“Awak tahu tak semua gambar yang awak ambil ni langsung tak ada nilai berita dan cerita? Mengarut!”soal Encik Jaafar lagi. Masih berang melihat kerja anak buahnya yang langsung tidak memuaskan hati dan tidak seperti yang diinginkan.

 “Takkan satu gambar pun tak ada nilai Encik Jaafar? Saya dah snap sehabis baik dah.”jelas Haikal, mempertahankan diri. Sebagai seorang jurugambar profesional, dia tahu apa yang dia lakukan.

 “Sehabis baik awak kata? Gambar perempuan mencangkung dalam tandas, gambar pasangan suami isteri bercumbuan di taman, seks haiwan. Awak ingat majalah kita ni majalah Playboy ke?!”tengking Encik Jaafar, berang dengan sikap pekerjanya yang tidak serius melakukan kerja yang diberi. Semua kepingan gambar itu dilemparkan ke atas mejanya.

 Haikal hanya tersengih.

“Alah, Encik Jaafar macam tak biasa tengok pulak, Sorry okay? Lain kali saya tak buat lagi.”lelaki itu tertawa kecil. Sengaja menyakat majikannya.

“Kamu dah melampau Haikal! Kamu ingat kerja ni boleh buat main?? Mulai detik ini, kamu bukan staf syarikat ni lagi. Keluar dari pejabat syarikat! Kamu dipecat!!”Encik Jaafar sudah tidak tahan lagi dengan perangai Haikal yang tidak bermoral itu. Dia terpaksa menyingkirkan Haikal kerana tidak mahu merugikan syarikatnya sendiri.

  “Tapi Encik Jaafar... Saya kan dah minta maaf tadi?”

   “Tak ada maaf lagi. Dah banyak kali kau buat aku hilang kepercayaan. Sekarang ni, kau pergi kemas barang-barang dan balik! Pergi sekarang!! Aku tak nak tengok lagi muka kau kat sini!”Encik Jaafar tidak dapat menahan amarahnya. Meja tulisnya dihentak kuat. Bengang.

    Haikal tidak mampu berkata apa-apa. Dia keluar dari pejabat Encik Jaafar dengan perasaan hampa dan geram. Rakan-rakan sepejabat yang lain hanya memerhati gerak gerinya. Ada yang berbisik-bisik berkata sesuatu. Haikal buat tak tahu. Dia segera memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak dan kemudian terus keluar dari bangunan Jebat Publisher itu.

    “Awak kenapa Haikal? Murung je saya tengok. Bawa kotak sekali ni nak pergi mana?”soal Nadia, gadis kerani yang bertubuh kecil molek yang kebetulan lalu disitu.

       “Saya kena buang kerja,”ujar Haikal perlahan.

    “Lahh…kenapa boss pecat awak? Awak buat hal lagi ya?”Nadia terus menyoal bagaikan seorang detektif polis.

   “Tak ada apalah Nadia. Saya pergi dulu. Nak cepat ni,”Haikal cuba menamatkan perbualan. Rimas dengan segala pertanyaan yang semakin membebani diri.

     “Habis tu awak nak pergi mana sekarang?”tanya Nadia lagi.

    “Kenapa Nadia terlalu concern kat aku eh? Dia ada hati dengan aku ke?”getus hati Haikal sendiri. Terpalit sedikit rasa gembira di hati.

        “Haikal! Saya tanya ni... Awak nak pergi mana sekarang?”Nadia mengulang soalannya apabila melihat Haikal termenung seperti memikirkan sesuatu.

      “Ha? Erm… Saya nak balik kampung saya kat Johor Bahru,”jawab Haikal, sedikit gugup apabila mata bulat milik Nadia itu bertentangan dengan matanya. Cantik. Bergetar hatinya saat itu.

       “Oh. Okay. Hati-hati ya? Kalau bosan, atau ada apa-apa, call lah saya. Awak ada nombor saya kan?”

     “Haa…ada-ada. Okay. Insha Allah.”Dek kerana mahu cepat menamatkan perbualan, dia mengiyakan sahaja kata-kata Nadia. Bukan tak suka. Cuma waktu itu dia sedang kehilangan mood-nya.

          Nadia tersenyum manis seraya melambai-lambaikan tangan sebelum menghilang disebalik lif.

        Haikal membalas senyuman itu dengan senyuman hambar. Entah kenapa saat itu, tidak ada langsung perasaan istimewa terhadap Nadia yang singgah dihatinya.

         Dia cuma hairan, mengapa sebelum ini Nadia tidak pernah langsung melayan tegurannya dan sekarang berkelakuan mesra pula?

          “Pelik.”Haikal bermonolog sendiri. Kepalanya tergeleng-geleng kehairanan.

      Tidak mahu berfikir panjang tentang itu, dia terus melangkah menuju ke Produa Myvi kuning miliknya yang diparkir di hadapan bangunan Jebat Publisher lalu meninggalkan perkarangan bangunan yang tersergam megah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur itu.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 12.50 pagi. Jalanraya di sekitar Johor Bahru tampak lengang kerana yang ada hanya sebilangan kereta dan lori-lori para peniaga yang baru pulang selepas menutup premis perniagaan mereka.

Sekali sekala Haikal menguap. Matanya semakin menguyu. Udara dingin aircond kereta menambahkan rasa mengantuknya. Hujan pula turun semakin lebat.

“Bila nak sampai ni? aku rasa betul dah aku ikut jalan ni.” Haikal sudah terlupa jalan untuk pulang ke rumah neneknya. Yalah, sejak ibu dan ayah meninggal dunia, dia sudah lama tidak menjenguk neneknya di kampung. Entah apa khabarnya orang tua itu disana.

Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita berambut panjang berikat, berbaju t-shirt putih dan memakai skirt labuh berwarna merah duduk sendirian di sebuah pondok menunggu bas di tepi jalan.

“Wahh…macam cantik je minah tu.”Haikal memusing sterengnya ke kiri jalan, menghampiri wanita itu.

Tingkap kereta diturunkan.

“Dik, nak tumpang tak? Hari dah lewat dah ni. Meh lah abang hantar rumah.”pelawanya dengan suara yang sopan dan ramah.

Wanita itu hanya tersenyum lalu mengangguk setuju.

“Yes ! Cantiklah. Dapat lauk sedap hari ini.”bisik Haikal di dalam hati sambil tersenyum lebar. Pintu penumpang disebelahnya dibuka. Kemudian, wanita itu pun masuk dengan senyuman manisnya. Lalu duduk. Pintu kereta ditutup.

“Pergh, besarnya.”Haikal tidak menumpu pada senyuman tapi perhiasannya yang ada pada tubuh wanita itu. Maklumlah, mata keranjang seperti Haikal memang tidak pandai menjaga mata dan mengawal nafsu serakahnya.

“Adik, nak pergi mana ni?”soal Haikal sambil pandangannya khusyuk meneliti seluruh tubuh wanita itu. Sesekali dia menelan air liur kerana tidak tahan dengan keindahan ciptaan Tuhan yang berada di depan matanya.

“Saya nak balik rumah bang.”jawabnya lembut. Dia masih tidak memandang Haikal. Mungkin malu, segan dan takut. Tapi itulah yang Haikal mahukan. Lagi wanita itu segan dan malu, lagi seronok.

“Rumah adik dekat mana? Nama adik siapa?”tanya Haikal lagi. Kali ini dia cuba bersabar. Fokus terhadap pemanduan.

“Nama saya Nabila. Saya tinggal di Villa Christine Palace. Tak jauh dari sini bang. Abang terus je, nanti nampak simpang kiri masuk situ.”ujar wanita itu. Kini dia menoleh ke kiri, masih lagi tidak mahu melihat Haikal.

Nabila. Namanya seindah rupa dan bentuk tubuhnya.

Haikal menurut saja sambil tidak berhenti tersenyum. Tidak sabar rasanya untuk dia meratah badan wanita itu. Keasyikan nafsunya membuatkan dia terlupa niat asalnya iaitu untuk pulang ke rumah nenek. Dia tergoda dengan kecantikan wajah dan tubuh milik wanita yang dalam lingkungan usia kira-kira 20 tahun itu.

Kini dia sudah sampai di kawasan villa yang dikatakan.

Perkataan “Christine Palace Ville” terukir megah disebuah batu besar yang terbina diluar perkarangan villa.

“Wahh…cantiknya rumah adik. Siapa yang ada kat rumah dik?”Haikal memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk villa.

“Tak ada siapa. Mak ayah dan meninggal. Bik Yana balik kampung. Tinggal saya sorang je.”ujar Nabila.

“Dik, kalau abang nak tumpang tidur semalam boleh? Abang mengantuk lah.”Haikal cuba mereka cerita demi mencari kesempatan untuk bersama dengan Nabila.

Nabila berfikir sejenak. Mata lelaki itu direnung tajam. Mahu memastikan kejujuran lelaki itu. Tampaknya Nabila tiada pilihan. Dia mengangguk setuju.

“Masuklah.”pelawa Nabila sambil tersenyum. Dia melangkah masuk sambil menarik tangan Haikal ke dalam.

Haikal membalas dengan senyuman lebar. Jantungnya berdegup kencang. Nafsunya bergelojak.

Nabila terus berlari naik ke tingkat atas. “Saya nak tukar baju kejap. Abang tunggu sini ya?”

Haikal mengangguk faham.

***

Sudah hampir setengah jam, Nabila masih lagi tidak turun. Haikal tidak boleh sabar lagi. Dia berlari naik ke atas, mencari Nabila.

“Nabila…”Haikal memanggil nama wanita itu dengan manja. “Nabila sayangg…”

“Ya bang… saya di sini.”sahut Nabila lembut.

Haikal mengikut suara itu hingga ke sebuah bilik yang terbuka sedikit pintunya. Dibuka pintu itu perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan seperti tiada siapa di dalamnya.

“Eh, tadi suara dia macam datang dari dalam bilik ni. Amboi, nak main nyorok-nyorok dengan aku pulak.”bisik Haikal dalam hati. Dia tersengih lagi.

Dia menuju ke arah tandas bilik itu. Mungkin Nabila ada di dalamnya.

“Nabila… abang datang ni…”semakin dia merapati tandas itu, semakin kencang jantungnya berdegup. Macam hendak tercabut sahaja jantungnya itu.

Dia menolak perlahan pintu tandas. Terbuka.

Kelihatan seorang wanita berambut panjang berpakaian putih lusuh berada di hadapannya. Wanita itu menghadap ke arah tab mandi dan tidak menoleh ke arahnya.

Entah mengapa, dia tidak terlalu memikirkan sangat apa yang berada di hadapannya. Nafsu serakah telah membutakan mata dan mematikan ketaqwaannya terhadap Tuhan.

Dia terus memeluk wanita yang disangkakan Nabila daripada belakang. Terasa dingin tubuh yang dipeluknya itu.

“Kenapa sejuk sangat badan awak ni Nabila.”soal Haikal sambil meleraikan pelukan dan memusingkan tubuh Nabila. Tiba-tiba dia terbau satu bauan yang sangat busuk. Macam bau bangkai. Bau mayat.

“Ya Allah….”terundur Haikal kebelakang apabila melihat wajah Nabila yang pucat lesi dengan bibir kebiruan. Anak matanya kecil tidak seperti manusia biasa. Haikal berlari keluar dari tandas itu. Ketakutan.

Dia meluru ke arah pintu bilik, mahu keluar tetapi tiba-tiba pintu itu tertutup sendiri. Haikal terkejut. Lalu menoleh ke belakang.

Makhluk berambut panjang dan berwajah pucat tadi kini berada dihadapannya. Haikal menggigil cuak.
“Kau siapa hah? Kau nak apa dari aku?”

“Abang tak kenal Nabila? Saya Nabila bang. Nabila. Bukan ke abang mahukan saya?”makhluk yang menakutkan itu mendekati Haikal sambil ketawa mengilai-ngilai.

“Tak kau bukan Nabila. Kau setan !!! jangan datang dekat. Nanti aku bunuh kau !!”Haikal cuba untuk menghilangkan rasa takutnya.

“Abang nak bunuh Nabila? Abang tak sayang Nabila ke? Abang mahu Nabila kan?”tiba-tiba makhluk itu bertukar nada menjadi sedih. Dia menangis teresak-esak. Esakannya itu tidak seperti esakan manusia biasa. Ia bergema di telinga Haikal sehingga membuatkan telinga Haikal menjadi bingit.

“Diamm !!! Pergi !!!”Haikal terus mencuba untuk membuka pintu bilik. Dapat ! Dia terus berlari keluar, tapi sekali lagi Nabila berada di hadapannya.

Haikal mula menangis. Kakinya terketar-ketar. Dia berasa teramat takut dengan situasinya sekarang. Gila tak takut? Hantu depan mata.

“Jangan tinggalkan saya bang. Saya sunyi. Saya perlukan teman.”Nabila menangis lagi.

“Pergi kau setann!!”teriak Haikal. Sambil tangannya melibas-libas, cuba untuk menghalang Nabila datang mendekat.

Namun, tindakan kasar Haikal. Membuatkan Nabila marah dan bertambah agresif. Nabila terus mencekik leher Haikal.

Nafas Haikal teresak. Tak mampu bernafas. Tangan dingin dan pucat milik Nabila digenggam kuat. Namun tak mampu melepaskan diri.

“Ya-Allah to-to-tolong a-aku.”tersekat-sekat suara Haikal saat itu. Meminta bantuan dari Yang Maha Kuasa.

“Ohh.. baru sekarang baru nak ingat Tuhan?? Mata ni, Allah bagi untuk apa?”soal Nabila sambil kuku ibu jarinya tajam mencungkil mata Haikal. Terpisah bebola mata Haikal daripada tempatnya. Bergolek-golek dua biji bebola mata itu jatuh ke tanah.

“Arghhhh!!! Tidakkk !!!” Haikal menjerit kesakitan. Darah mengalir deras membasahi wajahnya.

Nabila melepaskan Haikal seraya tertawa mengilai-ngilai. Berselang seli pula dengan tangisan yang menakutkan.

Haikal tak mampu berbuat apa. Dia tidak mampu lagi melihat.

“Ya Allah, maafkan dosa-dosaku. Berikan kesempatan untuk aku hidup lagi Ya Allah.”

Langkahnya terundur-undur tanpa menyedari balkoni yang berada dibelakangnya. Lalu, dia terjatuh dari balkoni itu. Terasa angin deras yang mencucuk-cucuk tubuhnya ketika itu. Dan kemudian, bunyi tulang belulangnya patah. Kepalanya pecah dan mengalami pendarahan teruk.

Dadanya berombak-ombak, cuba untuk bernafas. Nazak. Dia cuba untuk mengucap dua kalimah syahadah, namun tidak mampu.

Akhirnya dia mati dalam keadaan ngeri sebegitu.

“Manusia, jika tidak jaga pandangan mata kelak nanti akan binasa. Jaga-jaga.”ujar Nabila yang hanya berdiri disisi mayat Haikal sambil tersenyum dan mengilai tawa.



-          TAMAT  -