Pages

|

Saturday, 10 August 2013

Patung Kebaya Part II - Rania

Karya: Zelkahf



“Rania. Itu nama dia.”ujarku sambil mengusap-usap rambut anak patungku yang berkebaya merah.

“Awak memang suka anak patung ya? Siapa yang hadiahkan awak patung tu?”soal Maisarah, ingin tahu.

“Arwah ibu saya yang hadiahkan sewaktu hari jadi saya yang ke-12 tahun. Saya memang sayang sangat dengan Rania.”Aku tersenyum sambil melihat Rania yang seakan turut melempar senyuman ke arahku.

Rania. Anak patung buatan tangan Pak Kangganu, pembuat patung profesional daripada Acheh. Ibu sanggup berhabis duit untuk membelikan patung ini dan menghadiahkannya kepadaku. Tetapi, sejurus dia pulang dari Acheh, dan sehari selepas majlis sambutan hari lahir aku – dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Aku sedih, namun kehadiran Rania melegakan sedikit hati aku yang berduka. Rania adalah satu-satunya pemberian yang sangat bernilai oleh ibu. Kini lapan tahun sudah berlalu. Aku sudah pun berusia 20 tahun. Sudah besar. Tapi Rania tetap berada di sisiku walau dimana jua berada.


***

Hah, Mak Mah suruh aku solat. Tapi aku malas. Alah, solat tu nanti-nanti boleh. Allah kan Maha Pengampun. Aku sengih sendiri di atas katil lalu tangan kiriku mencapai Rania yang berada di sampingku sedari tadi.

“Rania, apa pendapat awak tentang Maisarah? Cantik tak dia?”

“Tak. Dia tak baik untuk awak. Ada yang lebih baik.”ujar Rania dengan suara halus dan lembutnya. Mukanya sedikit mencebik.

“Eh, kenapa pula? Dia kan baik, bijak, cantik pula tu. Awak tak rasa ianya sesuai untuk saya ke?”soal ku lagi. Aku mahu pendapat teman karib ku sejak kecil itu. Aku mahu alasan mengapa Rania berkata begitu.

“Dia tak baik untuk awak. Ada yang lebih baik.”kali ini nada suaranya sedikit kuat dan tegas.

“Hish, awak ni Rania. Awak tahukan saya sukakan dia. Kenapa? Awak tak suka Maisarah ya?”

“Ya.”

“Tapi kenapa?”Aku tak mengerti. Mungkinkah patung juga ada perasaan?

Rania diam. Tidak lagi bersuara.

“Rania… awak dengar tak ni?”

Rania tetap membisu. Kembali kepada fitrah asalnya. Anak patung.
Merajuk lah tu. Haih.


***
Keesokan harinya,

“Arsyad, kamu berborak dengan siapa semalam? Dengan Maisarah kah?”soal Mak Mah, pembantu rumah yang menjaga aku sejak ibu dan ayah meninggal dunia.

“Tak ada siapalah Mak Mah.”nafiku sambil tersengih sendiri.

***

Hari ini hari Khamis. Malam Jumaat. Jumaat Keliwon. Bulan mengambang penuh. Cantik. Bunyi cengkerik dan salakan anjing bersahut-sahut memecah kesunyian malam. Aku fikir di kampung sahaja ada bunyi-bunyi itu semua. Di bandar juga ada rupanya.

Aku memandang wajah tenang Rania yang berada dipangkuan ku. Aku teringat kata-katanya tadi.

“Awak jemputlah Maisarah datang ke rumah. Saya nak menilainya sekali lagi. Mana tahu, pendirian saya berubah.”

Aku seakan tak percaya. Aku menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan Sony Experia-ku. Jemari ligat menekan butang nombor. Aku sms Maisarah. Ajak dia datang ke rumah.

Tett! Tett! SMS dari Maisarah.

“Okay.”jawab Maisarah ringkas.


***

Mata Rania bersinar. Aku seolah terpukau dengan bisikan anak patung kesayanganku itu. Jasadku menurut walau hati memberontak, tak sanggup.

“Ikat Maisarah ketat-ketat pada kerusi tu”bisik Rania.

Aku cuba untuk melawan tapi tanganku ligat mengikat tubuh lemah Maisarah pada kerusi kayu milik arwah ayah.

Maisarah masih tidak sedar akibat dihentak kayu besbol di kepala. Darah berwarna merah pekat di kepalanya mengalir melewati dahi licin miliknya.

“Cantik. Maisarah. Kau cantik sebenarnya. Tapi tiada siapa yang layak memiliki Arsyad selain aku! Aku lebih berhak!”ujar Rania dengan lantang sambil ketawa tidak henti.

Aku yang duduk di hadapan Maisarah sambil Rania masih berada di atas katil memerhati tingkahku, hanya membatu terdiam, tidak bisa berbuat apa. Lidah ku kelu. Bibir terkunci. Badan ku dikawal oleh Rania. Entah siapa Rania ini sebenarnya, aku sendiri tidak pasti. Tidak menyangka Rania sekejam ini. Air mata mula membasahi pipi. Aku tak sanggup lagi.

“Sekarang ni, Arsyad. Awak ambil pisau pemotong sayur di atas meja tu. Tikam dadanya berulang kali,”arah Rania penuh dengan kelembutan.

“Oh kejap, sebelum tu sedarkan dia terlebih dahulu”sambung Rania lagi.

Apa?? Rania awak gila ke? Arghh… Psikopat! Ya Allah. Syaitan apakah yang merasuk badan ku saat ini? Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah aku. Aku tak mahu lakukannya. Tidakk!!

Hatiku berteriak, enggan. Tubuhku cuba melawan kehendak Rania.
Tapi tangan kananku laju mencapai pisau pemotong sayur yang berada diatas meja belajarku.

Tangan kiriku pula menampar-nampar pipi gebu milik Maisarah.
Maisarah terjaga. Tubuhnya meronta-ronta. Matanya mula berair. Menangis. Cellophane tape yang menutup mulut menghalang gadis sunti berdarah cina jawa itu daripada bersuara.

“CUCUK DADANYA CEPAT!!”tengking Rania.

Tak semena-mena tangan kananku yang memegang pisau perlahan-lahan mendekat mata pisau ke dada Maisarah. Maisarah meronta lagi.

Tidakkk!! Ya Allah… Bantu aku… Aku tak sanggup…

“Oh, dah susah baru nak ingat Tuhan? Selama ni, ada awak solat? Ada awak ingat Allah? Ada?”Rania mempersoal sikapku yang hanya mengingat Tuhan di waktu ku susah. Memang benar katanya. Aku mudah lupa. Tapi…

Zupp! Pisau pemotong sayur yang ku genggam menembusi dada Maisarah.

Maisarah tergeliat. Sakit. Hunusan pisau ke dada Maisarah semakin laju. Aku tikam tanpa henti. Tersembur-sembur darah Maisarah memercik kearah wajahku. Baju kemeja T berwarna kuning yang aku pakai bertukar merah akibat lencun dengan darah Maisarah.

Aku tidak bisa berbuat apa lagi. Hanya dapat melihat wanita yang dicinta terseksa di depan mata oleh tanganku sendiri. Ngeri.

Maisarah longlai. Tapi masih bernyawa.

Kedengaran suara Rania ketawa mengilai-ngilai. Nyaring dan kuat. Aku stress. Aku bengang. Aku takut. Aku menyesal. Aku marah. Mengapa Rania sanggup melakukan semua ini terhadap aku dan Maisarah. Mengapa Rania?? Jerit batinku. Terseksa.

“Sekarang, awak kelar leher dia. Tak apa. Saya tak mahu dia seksa sangat. Saya kasihan.”ujarnya sambil tertawa lagi.

Gila. Syaitan yang merasuk tubuh ku ini. Rania. Dia memang gila.

Seperti biasa, aku memang tidak melawan. Seratus peratus badanku dikawal oleh Rania. Segera tangan kananku menghayun pisau pemotong sayur yang tajam itu kearah leher Maisarah yang sedikit kendur tidak bermaya.

Srett.

Tersembur lagi darah pekat menyala dari leher Maisarah. Maisarah menggelupur sakit. Gadis itu jatuh bersama kerusi yang terikat dibadannnya. Menggelupur seperti ayam yang baru disembelih.

Sadis. Sungguh. Kejadian ini tidak pernah ku sangka. Air mata jatuh mengalir membasahi pipi. Tidak mampu menggambarkan apa yang ku rasa ketika itu.

Ya Allah… ampunkan segala dosa-dosaku…

Rania berterusan ketawa. Ketawa dan ketawa. Tiba-tiba, dia diam.

“Sekarang awak pergi ke balkoni dan terjun ke bawah.”arah Rania sambil wajah anak patung itu seolah-olah tersenyum kepadanya.

Tapi kenapa? Bukankah Rania mahu memiliki aku? Bukankah sebab itu dia mahu aku membunuh Rania?

“Tidak sama sekali Arsyad, saya sengaja menggunakan ayat itu untuk dijadikan alasan supaya awak membunuh Maisarah. Awak bodoh. Sombong dengan Tuhan. Sebab itu, iman awak lemah. Dan mudah terpengaruh dengan ajakan saya. Saya syaitan. Yang menyesatkan awak. Menyesatkan semua manusia yang alpa dan leka,”Rania ketawa lagi. Kali ini bertambah kuat. Bingit telingaku mendengarnya.

Aku terdiam. Roh aku terpanar dengan kata-kata Rania. Ini semua kerja Syaitan. Tak guna!

Tubuh yang dikawal sepenuhnya oleh Rania bergerak sendiri ke arah balkoni. Kaki memanjat tembok. Angin petang meniup lembut pipiku. Dingin.

Aku takut. Aku tak mahu mati sekarang. Aku belum sempat bertaubat. Ya Allah.

Rania ketawa lagi. Tertawa melihat manusia yang lemah tidak mampu berbuat apa dan hanya menurut arah telunjuknya sahaja. Syaitan itu bangga.

Masa sudah suntuk. Aku hanya mampu berserah kepada-Mu ya Allah. Maafkan aku.

Perlahan aku mengucapkan syahadah. Sedikit gagap. Namun berjaya melengkapkannya. Dan sejurus itu. Aku melelapkan mata.

Terasa angin kencang meniup-niup tubuhku. Sehingga suatu masa…

Prapp!!

Bunyi tulang-tulang patah. Gelap. Aku buka mata namun tak bisa. Semuanya gelita.

“Apakah aku sudah menemui ajalku? Jika ya, dimana arah tujuku? Neraka atau Syurga.”Soalku sendiri. Bimbang.

***

Rania. Si patung berkebaya merah masih tenang duduk di atas katil milik Arsyad. Diam. Kaku. Kembali seperti fitrah asalnya. Patung. Sambil pihak polis membuat siasatan disekeliling tempat kejadian.

Rania. Dia masih menanti orang lain untuk mengambilnya. Menjadi pemilik dan peneman dirinya yang kesepian tiada teman untuk bermain.

“Siapa yang mahu menjadi temanku yang seterusnya?”Rania tersengih sendiri tanpa disedari oleh anggota-anggota polis yang berada di situ.

 

- TAMAT -