Pages

|

Tuesday, 6 August 2013

Taubat Berdarah



Karya: Hipoglycaemia


12Jun.
Tepat 2.00 pagi.

Azman menunggu tren untuk pulang. Keadaan keliling nampak senggang.
Kelihatan seorang nenek tua bongkok 3 di seberang. “Entah hape tah dia ni buat kat sini…”
Alih penglihatan.

-----

“Ahh akhirnya dapat jugak baring dekat kau, til.”
Azman, seorang penulis. Boleh dikatakan ‘busyman’ sebab bila menulis, apa jadi dekat sekeliling pun dia tak hirau.
“.. eh isyak tak solat lagi. Ehm esok-esok boleh buat”
Tidur.

-----

13Jun. 
11malam.

Amik mood nak menulis.
Badan direnggangkan serenggang-renggangnya.
“Here we go !”
Ketak ketuk bunyi papan kekunci berbunyi berselang-selikan dengan bunyi nguapan Azman.
“Kau ni buat kopi pun senyap la sikit. Kemain lagi bancuh macam nak pecah cawan nuh”, jerit Azman kepada ex housematenya, Fadhil.
Eh jap. Ex?
Oh ye  Fadhil kan dah meninggal 5tahun lepas.
“Hish benda ni saje la tu nak ngacau aku lagi”
Sambung menulis sampai subuh. Lepastu tidur terus. Solatnya entah ke mana.

-----

14Jun.
Tepat 2.00 pagi.

Azman menunggu tren untuk pulang. Keadaan keliling nampak senggang.
Perhati sekeliling
“Eh tu bukan nenek haritu tu ke? Macam nyanyuk je dia ni. Jahitan luka sana sini. Bawak bear lak tu. Kejadah.”
Tak hirau.
Seusai sampai je di rumah …
“Wohoi laptopku !”
Rutin harian. Dari celik mata sampai lewat hari. Menulis untuk novel keenamnya, ‘BELITAN BERDARAH’.
Setelah lama tak jenguk dapur, harini Azman masuk dapur. Berhabuk. Teruk betul jantan ni.
Ternampak saki baki air kopi dalam cawan atas singki.
“Eh..?” 

-----
16Jun.

Harini lunch dekat luar dengan member. Duduk meja paling tepi. Tepi tingkap. Tengah rancak bersembang tiba-tiba--
“Ekkkk (bunyi brek kereta la ni adui)… BOOOM!”
Jalan sesak.
Yang aku nampak cuma perempuan tua dan darah. Tapi muka dia familiar lah ..
“Eh nenek haritu! Ah buat tak pedulik ah. Bukan kenal pun”
Balik semula ke café
Seluk kocek. Rasa-rasa macam nak ambik kunci kereta. Hilang. Tercicir mungkin tadi.
Toleh belakang “Aikkk?”
“Mana semua orang….? Darah tadi pun banyak macam apa je tapi guane leh hilang camtu je?”
Bandar raya sesak. Diselang-selikan dengan bunyi hon kereta.
Ha! Ni pun kau. Tunduk sambil mengambil kunci kereta yang berlumuran darah.
Erk.
Sambil diperhatikan oleh nenek tua dicelah bangunan. 

-----

“Azman … solat Man ..dah berapa kali kau dah janji nak solat tapi tak buat pun. Man… aku letih Man. Dah lama kau tak beri aku makanan rohani. Man….” Cebisan imannya berbisik.
“ARGH! Bisinglah!”
Sambung menulis.
Allahuakbar Allahuakbar. Azan maghrib mengusik telinga Azman.
Tak dihiraukan. Heh.
Sandar di kerusi malas sambil meletakkan kaki di atas meja.
Kelopak mata mula memberat. 

-----

Gelap.
Suis lampu dipetik oleh seseorang. “Wei jangan kacau la aku nak tidur kot!”
Heh. Bilik apa ni?? Azman perhati sekeliling.
Kaki dan tangannya diikat di kerusi dalam bilik usang. Badannya dibaluti kawat besi.
Azman tidak mempercayai matanya. Dia cuba menutup mata dan sedapkan hati.
“Tak tak. Ni mimpi je ni..”
Buka mata. Keadaan bilik bertukar!
Dindingnya penuh dengan lelehan darah. Tapi masih, dirinya diikat dengan kawat besi. Dia tahu, kalau dia bergerak dia akan tercedera.
Satu pekataan. Berdebar.
Krekkkk.. Pintu usang diselak.
Eh …...
Nenek tu ..
Tolong … Suara Azman serak tiba-tiba.
Gelap.
Perempuan tua yang hampir reput dihadapannya cuma sengih melihat Azman. Sepertinya perempuan tua itu sedang menyembunyikan sesuatu dibelakangnya.
Kapak usang. Berkarat.
Azman tak sedarkan diri. Sedar-sedar je tengok dah ada atas tempat jenazah dimandikan.
Kaki & tangannya diikat. Mulutnya dijahit. Kelopak matanya ditahan dengan besi supaya tidak tertutup.
Perlahan-lahan perempuan tua itu menghayunkan kapaknya.
Zasss!
Kaki terputus. Tulang kakinya kelihatan.
Darah terpercik menghiasi bilik.
Jeritan Azman diselang-selikan dengan ngilaian perempuan tua itu. Terkoyak bibir. Jahitan besi di bibir Azman kelihatan seperti baru dijahit. Darah mengalir. Segar.
“Hahaha! Yang itu untuk kau yang malas nak dirikan solat. Kau tak guna kaki kau dengan baik. Siapa suruh..”
Sekarang …
Giliran tangan kau.
Yang ini .. untuk tangan yang penuh dengan maksiat.
Hayun ---- PUTUS!
Azman tak terdaya. Suaranya hilang.
“Hehe .. aku teringin nak pinjam mata kau ni. Lawa ….”
Perempuan tua itu perlahan mencungkil mata Azman
Dia cuba menutup rapat matanya tapi tak boleh. Sebab ada besi yg menahannya.
Terkoyak sedikit kelopak mata.
Jangann ………”
Urat dibelakang mata hampir terputus.
Pap!
Air mata bercampur darah.
Azman sempat mendengar perkataan yang dibisikkan oleh perempuan tua itu sebelum dia pengsan.
‘Taubat’

--------

“Allah!”
Matanya liar mencari kaki dan tangannya. Masih ada. Tadi tu cuma .. mimpi.
Bergenang air mata. Tanda syukur. Terdetik sesuatu dalam hati. Taubat.
 
--------
Sujud terakhir, dia menangis. Sungguh. Air mata darah. Kesan daripada mimpi tadi.
Seorang lembaga datang dari belakang –
Malaikat maut.
Kelihatan titisan darah di tikar sejadah.
Tak hiraukan keadaan sekeliling. Dia terus mencabut nyawa Azman.
Senyap. Tak bergerak.
Perempuan tua itu kembali dengan rupa yang baru. Muda. Rupanya menawan. Sengih selebar-lebarnya, bersama kapak digenggaman.

“Terima kasih kerana telah memperbaharui ‘aku’.” Zush. Hilang.

--------

Siapa perempuan tu?
Dia ialah iman Azman sendiri.

Fobia

Karya: Rachel Moore 



“Farina, abang kau pengsan lagi!”

“Lagi??? Astaghfirullah.”

Kata pujangga ayat berbunga mohon letak ke tepi. Nama aku Nur Siti Farina Binti Malik. Aku ada kembar namanya Mohd Hafiz Bin Malik. Sebenarnya bukan kembar pun. Rezeki arwah mama dapat dua orang anak lahir pada tahun yang sama. Seorang lahir pada 1 Januari, seorang lagi lahir pada 31 Disember pada tahun yang sama. Entah macam mana boleh jadi begitu pun, wallahua’lam. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun Fayakun, zumm! Semua jadi!

Walau bagaimanapun, sejak lahir lagi kami ada penyakit pelik dan sampai sekarang kami tak jumpa penawar nak sembuhkan penyakit kami. Kami keliru. Sama ada ini satu anugerah atau musibah sebenarnya.

*****

“Abang! Ok tak? Nak aku panggil cikgu?”

“Ina, kau ingat aku ni budak kecil ke nak mengadu dekat cikgu? Dah-dah pergi sana! Jatuh saham aku nanti.”

“Hantu jepun main bola sekali dengan abang ya?” Hilai tawaku memecah kesunyian.

Tiba aku rasa ada kepala aku dihentak dengan bola. Tak sakit tapi geram.

Heliophobia. Fobia terhadap cahaya matahari. Abang aku cepat pengsan di pagi hari dan paling kerap beliau pengsan pada waktu pembelajaran Pendidikan Jasmani. Almaklum sajalah, sukan yang ada memang berkait rapat dengan aktiviti luar dan aktiviti padang. Budak kelas aku pun dah mangli dengan caranya. Cikgu dah bagi pengecualian pun abang masih keras kepala. Nak main bola sepak katanya. Tak sedar diri yang dia itu sakit, melarat nanti siapa yang susah?


*****

‘Bukan aku minta jadi begini. Mengapa ramai yang susah hati?’

Ramai orang kata, aku dan adikku, Farina memang tak ada masa depan kalau kami tak mahu berubah untuk tepis segala fobia yang ada. Aku tahu Allah takkan ubah nasib seseuatu kaum itu melainkan kita sendiri yang ubah nasib itu. Aku tahu. Tapi pernah dengar tak perkataan ‘dugaan’ ‘cabaran’ ‘futur’? Ingat jalan kami lalui ini dibentangi dengan karpet merah diiringi lambungan bunga mawar mengharum? Yang kami pijak lantai duri. Sakit tapi tetap terus berjalan.

Suis terpadam. “Blackout ni. Rasanya tak ada sesiapa yang buka suis ni.”

“ABAAANNNGGGG! Tolonggg!!”

Bertuah adik aku seorang. Adik aku menghidap achluophobia. Takut kepada gelap. Kalau tak diselamatkan dengan cepat, memang pitamlah jawabnya. Ada sampai kes sawan pun ada.

“Sabarlah! Adohai… Cari torchlight dulu ni!”

Aku segera masuk ke dalam kamar adikku. Adikku sudah dibaluti selimut. Terdengar esakannya. Gaya macam orang putus cinta pun ada.

“Dahlah tu. Ni dah ada torchlight ni. Takut sangat dia ni.”

“Abang. Aku nampak ‘benda’ tu. Warna putih.”

“Istighfar. Bawa mengucap. Hmm.. Macam itulah aku kalau waktu siang. Stress kot.”

Lupa nak cakap! Faktor utama kenapa kami begitu fobia kerana kami senang nampak benda ghaib yang ada di sekeliling kami. Yang peliknya, aku boleh nampak waktu siang. Adik aku boleh nampak waktu malam. Kesimpulannya, fair and square. Alhamdulillah kes histeria tak berlaku lagi. Maintainkan iman itu penting.

“Sebab itu kita kena kuat semangat, abang. Tapi aku ni lemah sangat. Rasa nak berputus asa pun ada. Sebab penyakit inilah abang tak boleh nak buat outdoor games, orang panggil abang ‘anak mak’ ‘manja’ ‘vampire melayu’, abang terpaksa temankan aku malam-malam nak ke tandas, kadang-kadang abang temankan aku sampai aku tertidur. Tak rimas ke abang??” Airmata adik aku jatuh tanpa selindung.

“Satu saja abang ingat sampai bila-bila. Dunia memang memenatkan. Dunia memang bukan untuk berehat. Abang tak kisah pun berkorban kalau ini yang terbaik. Tapi, abang harap Allah permudahkan segalanya. Abang taknak kau jadi andartu besok, tak ada yang datang meminang.” Usikku.

Kahwin? Siapa taknak? Tapi kalau jodoh aku tak ada, aku harap adik akulah yang bawa waris untuk masa akan datang. Kami pun anak yatim piatu. Saudara-mara pun dah tak ada. Aku ingat lagi pada malam itu, arwah mama dan abah dapat jemputan ke suatu majlis makan malam. Sehingga kini, mama dan abah tak pernah balik. Ramai ingat mereka sudah mati. Tapi entahlah. Aku rasa mereka hidup lagi. Waktu itu aku terlalu kecil. 4 tahun mungkin. Mana nak ingat apa.

Sejak daripada itu, arwah Tok Abah yang jaga. Tok Abah jaga kami bagai menatang minyak yang penuh. Solat, aurat, akhlak, spiritual diri, keyakinan diri semua Tok Abah sapu. Kami ibarat dibasuh dengan ‘dawai besi’. Sakit tapi lama-lama jadi kebiasaan. Tok Abah selalu pesan, “Jangan terlalu percaya manusia. Ada yang suka menyamar.” Ringkas tapi tegas.

“Tak ada makna. Dahlah! Temankan aku sampai aku tertidur. Jom baca Al-Mulk sama-sama.” Farina tak jadi menangis. Alhamdulillah.

*****

Alhamdulillah. Aku dan abang baru sahaja habis peperiksaan SPM. Walaupun kami dikenali sebagai ‘budak pelik’ tapi boleh tahanlah result exam. One of top ten. Bukan riak tapi mahu beritahu saja. Mungkin mewarisi bijak mama dan abah. Dua-dua orang medik. Ok. Nampak over sangat.

Diizinkan oleh Allah S.W.T. , sementara aku dan abang nak tunggu result SPM, kami dapat kerja sambilan di sebuah syarikat swasta tapi sebagai pekerja cap ayam saja. Tetapi, pekerjaan ini sangat menguji keimanan kami kerana abang ambil kerja sebagai cuci tingkap pejabat (dari luar) dan aku kerja susun barang dalam stor. Aku pun rasa tak logik sebab gaji yang diberi sungguh lumayan. Nak harapkan harta pusaka memang tak ada maknanya. Dah sampai masa untuk berdikari.

Disebabkan abang terlalu fobia akan cahaya matahari, selalulah dengar dia menjerit atas bangunan berselang-seli dengan zikrullah yang dilafaz. Dah banyak kali mengadu dekat hal pengurusan tetapi hampa. Pakat-pakat tutup telinga semuanya. Kasihan abang tetapi kasihan lagi kepada aku. Tengah susun barang dalam bilik stor dengan lampu lip-lap-lip-lap, ada pula ‘akak comel’ yang merangkak bawah rak. Pegang tudung aku. Main tenung-tenung mata guwe. Eh, ini memang parah sebenarnya. 

Oh ya! Aku usha juga tengok abang selalu jalan bergandingan dengan seorang perempuan. Comel tapi tak bertudung. Simple tapi nampak aura kecantikannya. Aku rasa tak boleh tahan, dia pegang tangan abang aku. Melampau betul! Aku bukan cemburu tapi faham-fahamlah ajnabi. Kalau aku tak apalah, darah daging sendiri.

*****

“Abang, bila kau nak kahwin?”
Tersedak sandwich yang aku jamah dan aku muntahkan. Dengan selambanya aku telan balik semula. 

“Hish! Tak senonoh. Serious ni. Abang baik kahwin.”

Apa masalah budak ni?

“Dik, aku duit pun tak ada. Kerja pun tak ada. Belajar tak habis. Kahwin? Tolonglah.”

“Alah, janganlah macam tu. Aku pun nak tengok abang bahagia juga. Asyik berkepit dengan aku saja. Orang tengok nanti macam tak manis pula.”

“Dah tu? Kau ada calon isteri aku ke?”

Adik aku apehal? Setahu aku, dia paling alergi dengan bab kahwin. Entah ribut taufan mana melanda adik aku sorang ni nak aku pinang anak dara orang. Makwe pun jauh sekali.

“Alah. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Yang selalu dengan abang itu siapa?” Suaranya agak sinis sambil jarinya mencucuk lengan aku.
Aku terdiam. 

Cop. Bila masa aku berkepit dengan perempuan lain?

*******

Malam yang semakin tua. Masa mulai dicemburui. Masih ada lagi yang sepasang mata yang masih tidak dapat celikkan mata. Kondominium itu kelihatan mati. Gelap. 

Kelihatan seorang arjuna keluar rumah dalam keadaan berkaki ayam.
Itu Hafiz.

******

Baiklah. Abang keluar rumah. Rumah blackout lagi. Aku takut. Aku terjaga. Ada ‘benda’ yang kejutkan aku. Aku rasa nak pitam. 

Aku istighfar dalam hati. Aku baca apa yang patut dan apa yang terlintas dekat kepala. Ada seorang perempuan, berambut panjang hitam, berbaju putih, muka pucat duduk atas paha aku. Atas katil aku. Aku takut. Aku takut. Aku takut.

Hafiz pergi tempat jahannam. Kejar dia sebelum terlambat.
Bisikannya membuatkan mata aku terbuntang. “Apa?!” 

Dia bangun. Terbang ke tingkap. Tunding suatu tempat. Bangunan swasta. Wow. Wait a second! Perempuan yang aku jumpa hari itu. Manusia ke apa?

Aku toleh ke arah makhluk tadi namun dia sudah ghaib. Tanpa membuang masa, aku kaut tuala dan pin di leher terus keluar rumah. 

Aku tahu. Malam maknanya gelap! Memang banyak ‘benda’ aku jumpa malam ni!

********

“Hafiz.” 

Juwita itu memeluk tubuh itu dari belakang. Hafiz hanya membungkam. Tidak ditolak sama sekali pelukan itu
.
“Aku tahu kau derita sepanjang hidup kau. Mak ayah mati. Dapat penyakit pelik. Aku faham. Oleh sebab itu, kau rasa diri kau bersendirian. Adik kau? Dia tahu gunakan kau. Dia perdayakan kau. Jadi, kau mesti faham aku? Kita ada nasib yang sama. Aku ditinggalkan oleh keluarga. Dirogol oleh ayah sendiri. Dipaksa jadi pelacur. Aku dibunuh di sini selepas mereka buat benda hina kepada aku faham takkk???!” Suara gadis itu bertukar garau. Air matanya berwarna merah.

Hafiz membatukan diri. Istighfar. Itu godaan syaitan. Orang yang mati takkan akan kembali. Mungkin dia terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari sehinggakan dia tidak mengenali halusinasi dan realiti. Ataupun ini realiti?

“Jom terjun dari bangunan ini bersama dengan aku, Hafiz. Mungkin ini caranya menghapuskan penderitaan kita.” 

Aku tak boleh lawan. Allah!
 Ptannnggg!


“PULANGKAN ABANG AKU!”Muka Farina berdarah seperti dicakar hantu. Memang dicakar hantu. Peritnya hijab penglihatannya terbuka di malam hari. 

"HAHAHAHAHA! Selamat tinggal Farina!!!” Wanita itu menjerit mengilai lalu melompat terjun dari bangunan bersama Hafiz.

“Allahuakbar! Abang!!”
Farina melompat dan terjun dari bangunan  dan segera ingin mencapai tangan abangnya.

“Abang, kenapa...?” Air matanya menitis.

“Abang taktahu kenapa. Abang dah cuba lawan. Adik, jom baca syahadah sama-sama.”  Hafiz senyum dalam tangisnya.
Dua insan jatuh betul-betul di depan pintu utama bangunan itu.

*******

Mati dalam keadaan yang mengerikan. Namun, tangan itu tidak dilepaskan. Saling melengkapi seperti dunia perlukan bulan dan matahari. Hidup yang sadis.