Pages

|

Wednesday, 10 May 2017

Influenza

Karya: Amir Chalil


KLINIK FELDA BUKIT ROKAN,
Gemencheh, Negeri Sembilan.


MALAM INI klinik dibuka melebihi waktu yang sepatutnya. Saat penduduk kampung sedang lena tidur, beberapa orang doktor dan jururawat masih berada di klinik itu. Sedang melakukan kajian terhadap satu jenis cecair yang dipercayai dapat merawat penyakit yang melanda Felda Bukit Rokan.
            Seorang doktor, iaitu ketua projek vaksin berkenaan berdiri ditengah-tengah mereka dan meminta perhatian semua doktor dan jururawat yang ada di dalam klinik itu.
            “Malam ini adalah malam yang penting bagi kita. Malam kita menghasilkan vaksin untuk menyembuhkan penduduk kampung kita. Tapi sebelum kita memberi vaksin ini kepada penduduk kampung, saya perlukan sukarelawan untuk mencuba vaksin ini.” Ujar doktor itu sambil menyimpul senyuman. Picagari yang berisikan cecair vaksin tersebut sudah tersedia digenggam pada tangan kanannya.
            Tiada seorang pun yang kehadapan untuk menjadi sukarelawan. Si doktor hanya tersenyum. Dia sudah menyangka perkara ini akan berlaku. Baginya semua yang ada disekelilingnya itu penakut. Cabul.
            “Since semua tak mahu beri kerjasama, I think I have to pick either one of you.” Si doktor belum berhenti tersenyum. Senyumannya seakan penuh dengan muslihat.
            “Apa kata doktor yang cuba pada diri doktor sendiri?”seorang jururawat lelaki mencadangkan.
            Senyuman si doktor mati.
            Si doktor bergerak laju merapati jururawat itu, memeluk kuat tubuh lelaki itu hingga dia tidak dapat bergerak lalu segera si doktor mencucuk picagari yang berisi vaksin itu ke lehernya. Kemudian, si doktor melepaskan jururawat tersebut.
            Dia menggelupur sakit. Si doktor mengundur sambil tersenyum lagi. Kemudian, tiba-tiba jururawat tadi terdiam. Semua doktor dan jururawat yang lain menghampirinya. Tanpa sedar, jururawat tadi sudah berubah menjadi sesuatu yang bukan manusia lalu terus menyerang mereka semua.
            “It’s showtime!” teriak si doktor sambil tertawa besar. Si doktor keluar meninggalkan klinik berkenaan bermandi darah. Pintu utama klinik dibiar terbuka.
           
***


21 Mei 2011
22:38 p.m


MALAM ITU malam yang sangat letih bagi Khairudin dan Samsudin sebagai Pemburu. Usai tiba di Felda Bukit Rokan selepas pulang daripada kes kanibal di Hulu Klang, Selangor mereka berdua terus mencari sebuah rumah tumpangan untuk disewa. Mujur di Felda Bukit Rokan itu wujud sebuah tempat khas untuk para pelancong datang menginap disitu. Jadi, mereka pun mengambil keputusan untuk menginap di rumah tumpangan “Che Tah Homestay” yang pada ketika itu tidak ramai pun pelanggan yang menginap. Suasana Felda Bukit Rokan pada waktu itu pun senyap sunyi, yang kedengaran hanya bunyi anjing menyalak serta bunyi manusia-manusia terbatuk dan bersin.
            “Nasib baik orang tak ramai. Kalau tak memang kita kena tidur dalam kereta ajelah gamaknya,” ujar Samsudin yang lebih senang digelar ‘Sam’.
            “Malam ni kita rehat. Esok pagi lepas Subuh kita kena mula buat kerja.” Khairudin memberi arahan kepada adiknya itu.
            Samsudin hanya diam dan mengangguk tanda setuju.
            Mereka masuk ke Che Tah Homestay dan menyewa bilik disitu, kemudian mereka berehat sebelum keesokan harinya mereka mula bekerja.

***

“So, beberapa orang penduduk Felda Bukit Rokan ni telah disahkan meninggal dunia akibat penyakit misteri yang tidak dapat dikenal pasti.” Samsudin membaca maklumat kes daripada sebuah fail yang ditinggalkan oleh arwah bapanya yang meninggal dunia ketika bertarung dengan Iblis Bermata Ungu.
            “And you know how they died?” Samsudin cuba menarik perhatian Khairudin terhadap kes yang mereka sedang cuba selesaikan.
            Khairudin hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
            “Mereka mati dalam keadaan yang lebih kurang sama. Pattern virus yang sama. Mereka mati selepas mengalami sakit kepala yang berlarutan, sendi jadi lemah, batuk kering berdarah, selsema teruk dan akhir sekali mereka muntah dengan mengeluarkan cecair hijau pekat yang berdarah.” Samsudin berasa geli membaca kes tersebut. Ngeri dan menjengkelkan.
            Tersembur air Milo yang dihirup Khairudin selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Samsudin.
            “Kau rasa penyakit ni disebabkan apa? Penyakit biasa? Virus Iblis seperti virus Coartoan tu?” soal Khairudin ingin tahu. Burger kosong Spicy Chicken McDeluxe hanya dibiarkan diatas meja. Tidak lalu untuk makan sewaktu berbincang tentang wabak penyakit tersebut.
            “I don’t know. Tapi yang pasti wabak penyakit yang menyerang dan menghantui Felda Bukit Rokan ni dipercayai disebabkan pencemaran sungai dan longkang. Ada yang membuang sisa toksik ke dalam sungai dan longkang berhampiran dengan kediaman penduduk kampung.” Jelas Samsudin kepada abangnya.
            Khairudin terdiam sejenak. Berfikir. Samsudin masih membelek fail tersebut sambil melakukan pencarian maklumat di Internet tentang virus-virus yang mungkin mempunyai kaitan dengan kes Felda Bukit Rokan ni.
            “Jadi …”
            “Influenza. Bukan sebab pencemaran sungai dan longkang.” Sapa satu suara daripada belakang mereka. Mereka berdua menoleh.
            Seorang wanita bertubuh sederhana tinggi, memakai tudung labuh biru dan ber-cardigan kelabu labuh menutupi t-shirt lengan pendeknya yang berwarna putih duduk disebelah mereka sambil tersenyum. Sebuah buku lama yang tebal diletakkan diatas meja makan mereka.
            “Siapa kau?” soal Khairudin. Agak terkejut melihat wanita itu tiba-tiba datang tanpa beri salam dan tanpa mereka sedar.
            “Aku Sarah. Mungkin kauorang tak kenal aku. Tapi aku kenal kauorang.” Ujar wanita itu memperkenalkan diri sambil plain burger milik Khairudin yang berada diatas meja dicapai lalu dimakan.
            “Woi!” Khairudin tampak berang tetapi dihalang Samsudin yang menyuruhnya supaya bersabar.
            “So, kau datang dari mana dan apa yang kau nak dari kitaorang?” soal Samsudin.
            “Tak perlu tahu aku datang dari mana tapi aku datang untuk tolong kauorang.” Sarah menghabiskan sisa burger milik Khairudin yang diambilnya. Khairudin masih berwajah bengang dengan wanita itu.
            “Really? Nak tolong kitaorang? Kau dari mana pun kitaorang tak tahu. Entah-entah iblis berwajah manusia ke apa tiba-tiba datang nak tolong kitaorang?” Khairudin mempersoalkan.
            “Tak percaya? Bagi aku air zam-zam yang kau dari tadi duduk pegang tunggu nak simbah dekat aku. Biar aku minum.” Sarah memang sedari awal menyedari Khairudin menunggu masa untuk menyimbah air suci zam-zam itu kepadanya. Dan dia sedar yang dirinya tidak dipercayai oleh dua orang beradik itu.
            Khairudin menghulur botol kecil berisi air zam-zam kepada Sarah, kemudian Sarah segera meneguknya. Tiada apa yang berlaku. Tubuh wanita itu tidak kepanasan, melecur ataupun tergelupar.
            “See?” Sarah tersengih.
            Khairudin dan Samsudin hanya saling berpandangan antara satu sama lain. Perasaan seakan tidak percaya bercampur perasaan lega yang dirasakan mereka sekarang ini.
            “So, apa yang kau boleh bantu kitaorang?” soal Samsudin.
            “I can help you to find Influenza.” Sarah membuka buku tua berwarna coklat yang diletakkan diatas meja tadi.
            “Siapa atau apa itu Influenza?” tanya Khairudin pula.
            “Ini.” Sarah menunjukkan fakta tentang Influenza yang terdapat dalam muka surat buku tua tersebut kepada mereka berdua.

***

Selepas makan disebuah restoran berdekatan dengan rumah tumpangan yang mereka sewa, Khairudin dan Samsudin bercadang untuk pulang ke Che Tah Homestay untuk melanjutkan penyiasatan dan penyelidikan tentang apa yang terjadi terhadap kampung Felda Bukit Rokan ini. Tapi kali ini mereka tidak hanya berdua.
            “Boleh aku ikut?” soal Sarah.
           Hendak atau tidak hendak, mereka berdua terpaksa membenarkan Sarah mengikuti mereka pulang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Influenza dan kaitannya dengan wabak penyakit di Felda Bukit Rokan.
      “Jadi kau rasa Influenza yang menyebabkan semua yang terjadi pada Felda Bukit Rokan ni?” Samsudin ingin memastikan yang dia tidak tersalah faham dengan kenyataan Sarah.
       “Ini dongeng orang kafir Kristian, Sarah. Apa kau ingat kitaorang nak percaya semua benda karut ni?” Khairudin tidak setuju.
         “Siapa kata aku percaya pada dongeng akhir zaman Kristian? Apa yang cuba aku beritahu sekarang, idea The Four Horsemen of Apocalypse ini diambil oleh penjenayah-penjenayah yang cuba mendapatkan keuntungan daripada wabak penyakit yang ada sekarang ni.” Sarah menjelaskan.
            “Influenza yang aku maksudkan ini adalah sebuah kumpulan atau organisasi yang mencipta virus dan menyebarkannya kemudian membuat vaksin dan menjualnya untuk mendapat keuntungan.” Tambah Sarah lagi.
            “Jadi, siapa Influenza ni? Manusia atau Iblis?” Khairudin bertanya.
            “Iblis.” Jawab Sarah.

***

Sementara itu, di sebuah bangsal terbiar di ceruk kampung Felda Bukit Rokan…

“Kalian semua dah sebarkan berita bahawa kita akan berikan vaksin pada mereka? You know, not give them for free. What I mean is, jual pada mereka.” Soal seorang lelaki bertubuh gempal berbaju kemeja biru dan bersut hitam.
            “Sudah bos.” Jawab salah seorang daripada mereka.
            “Bagus…”
            BANGG! Bunyi tembakan dilepaskan.
            Lelaki tadi rebah terbaring. Kepalanya berlubang ditengah dahi. Yang lain terkejut dan tertunduk takut.
            “Ada sesiapa yang tahu kenapa dia mati?” soal lelaki gempal tadi. Sinis.
            Masing-masing menggelengkan kepala.
            “Because he spare someone that he loved and menyangka yang aku takkan tahu apa yang dia dah buat! So, DON’T EVER TRY TO SPARE ANYONE OF THEM! Include your wife, husband, boyfriend, girlfriend, son, daughter, makcik, pakcik, atuk nenek korang sekalipun! Aku nak kauorang semua sebarkan virus kepada semua penduduk Felda Bukit Rokan ini dan jual vaksin itu kepada mereka. Faham??!” lelaki gempal tadi menengking. Pistol ditangan masih tergenggam membuatkan yang lain menggigil takut. Mengangguk hanya mengiyakan kata-kata lelaki gempal itu tadi.
            “Good.” Tersenyum sinis.

***

Setelah semalaman mengkaji apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan Influenza tersebut, Khairudin dan Samsudin bersiap sedia untuk memburu organisasi iblis itu.
            “Aku tertanyalah, kau tolong kitaorang ni mesti nakkan balasan kan?” soal Khairudin kepada Sarah.
            Sarah segera menjawab, “Maybe yes. Maybe not.” Tudung yang senget dibetulkan kedudukannya.
            “Jadi, apa yang kau nak in return?” giliran Samsudin pula bertanya.
            “Aku nak cincin Influenza.” Sarah jujur.
            “Apa yang ada dengan cincin Influenza?” Samsudin mula berasa ragu-ragu dengan Sarah.
            “Saja. Simpanan antik aku.” Sarah seolah mengelak untuk menjawab soalan Samsudin itu.
            “Kau tipu. Kan? Baik kau cakap cepat! Kalau tak…” belum sempat Khairudin menghabiskan kata Sarah mencelah.
         “Kalau tak, apa? Nak bunuh aku? Bunuhlah. Nak batalkan misi? Terpulang. Kau sendiri yang akan terlepas peluang keemasan ni.”
       Khairudin dan Samsudin seakan tiada pilihan. Mereka terpaksa mempercayai Sarah dan menyerahkan cincin itu kepada Sarah sekiranya Influenza berjaya dibunuh.

***

Khairudin dan Samsudin menyelinap masuk dalam bangsal usang di ceruk kampung Felda Bukit Rokan yang dipercayai tempat Influenza mengadakan pertemuan. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seperti doktor terbaring kaku diatas lantai bangsal. Tubuhnya penuh dengan darah, sebahagian dari tubuhnya sudah berulat dan mula berbau busuk. Mungkin mangsa dibunuh dua atau tiga hari yang lepas. Mereka menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk tersebut. Perlahan-lahan mereka berjalan di sekeliling bangsal. Lengang tanpa orang. Samsudin melihat EMF yang berada ditangan, tidak menunjukkan kehadiran sebarang entiti disitu.
            Tiba-tiba…
           “Samsudin, Khairudin dan perempuan jalang, Sarah…” bicara suara itu sambil tangannya ditepuk-tepuk berkali-kali.
            Sarah dan Samsudin terkejut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Tangan kanan memegang shotgun dan pistol berpeluru campuran garam dan lada hitam digenggam erat. Khairudin menyembunyikan Belati Sakti yang dipercayai dapat membunuh iblis di dalam jaketnya. Kini Influenza berada dihadapan mereka. Seorang lelaki gempal bersut hitam dan berkemeja putih berdiri tegak dihadapan mereka sambil tersenyum lebar.
“I’ve been waiting for all of you. Lama aku tunggu. Baru sekarang kauorang sampai eh?” Influenza cuba bermain psikologi dengan mereka bertiga.
Samsudin dan Sarah menarik picu. Khairudin bersedia dengan Belati Saktinya.
“Oh come on. Kauorang ingat aku boleh mati dengan senjata-senjata yang seperti itu? Ayat Qursi pun aku boleh ikut baca inikan pistol dan senapang.”
            “Mana kawan-kawan kau yang lain?” soal Khairudin. Cuba memberanikan diri.
            “Kawan? Siapa maksud kau? Oh… maksud kau mereka yang bodoh-bodoh mempercayai aku tu? Yang rasa mereka boleh mewah hidup di dunia ni dengan menipu dan mengorbankan keluarga dan kawan mereka sendiri? Oh mereka semua sudah menemui keluarga-keluarga mereka yang dah mereput di dalam tanah.” Influenza ketawa terbahak-bahak.
            “Tak guna…” Samsudin mulai berang.
            “Sabar Sam. Ikut plan.” Bisik Sarah.
            Influenza mula bertindak. Tidak menunggu lama untuk menghapuskan musuhnya itu. Cincin dijari tengah dipusingkan. Sarah dan Samsudin terduduk sakit. Mulut mereka mengeluarkan darah. Perut mereka seolah dicucuk-cucuk. Dada mereka seolah dihempap kuat.
            “Khairudin. Pendosa kesayangan Tuhan. Kau fikir Tuhan akan tolong kau dan mereka sekarang?” Sindir Influenza sambil ketawa terbahak-bahak.
            “Aku mungkin pendosa, tapi aku bukan penderhaka macam kau!” belum sempat Influenza memusingkan cincin dijarinya, Khairudin dengan pantas meluru kearah Influenza sambil Belati Sakti ditangan kanannya mencantas jari tengah Influenza. Terputus.
            “ARGHHH!!!” Influenza menjerit sakit. Sihir yang dikenakan kepada Samsudin dan Sarah terlerai. Samsudin dan Sarah terus menembak Influenza bertalu-talu sebelum Khairudin sekali lagi meluru kearah Influenza lalu menikam dada tepat ke jantung Influenza. Saat itu keluar cahaya merah dari mulut dan mata Influenza dan tidak lama kemudian, Influenza rebah. Tak bernyawa.
            Khairudin dan Samsudin menghela nafas lega.
            Khairudin menyerahkan cincin Influenza kepada Sarah.
            “Terima kasih.”
***

            “Nak tanya, kenapa kau nak sangat cincin tu?”
            “Sebab Influenza tu jasad abang aku.”



BERSAMBUNG